Sunday, February 9, 2014

MY INTERNSHIP PHASE.. ^^,

As Salam sahabat2 semua..
lama sudah amal x update ape di ruangan ini disebabkan terlalu sibuk menjadi pelajar tahun akhir..
sungguh, menjadi pelajar tahun akhir mmg byk urusan yg perlu dilakukan..
Amal arap semua sahabat2 sihat ye.. ^^,

Alhamdulillah, skrg amal sudah masuk sem 8, dan pada semester ini, amal dikehendaki menjalani latihan industri atau lebih glamor agi, praktikal.. tempoh praktikal amal adalah selama 6bulan.. hampir setengah tahun tu.

Alhamdulillah, kini amal berpraktikal di sebuah institusi perbankan di sekitar Johor.. Amal akui bekerja di bank ini amat2 memenatkan.. sntiasa ade kerja.. nk duk termenung kejap pon x dpt.. kerja sentiasa ade.. huhu.. tp syukur Alhamdulillah, kerana bidang amal amat2lah sesuai dan mngena apabila amal berpraktikal di bank.. kebanyakkan produk yg ditawarkan, amal faham dan ianya di ajar ketika amal di u dolu2.. tp, cara perlaksanaannya agak berbeza sedikit..

Apap2 pon, amal enjoy berkerja dgn mereka2 di bank.. waktu pgi, mereka masih di dalam mood yg baik, tp bila jejak lpas zuhur, msih2 stress.. hehe.. maklumlah, kerja bank, kne capai target.. ^^,

Hope with this oppurtunity, i'will get a lot of knowledge about the Islamic banking.. Insya'ALLAH..

Sayaonara sahabat2.. jupe di entri akan dtg..
Selamat berjuang, ganbate!!! ^^,

Sunday, November 3, 2013

This is Lata Belatan, Besut, Terengganu~~

Assalamualaikum wtb sahabat2 amal..
lama sudah tidak menulis di laman ini..
mgkin terlalu sibuk utk meluangkan masa, mklumlah, amal d tahun akhir, yeahh!! hehe
moga iman sahabat2 smua sntiasa bertambah ye..

Jumaat lalu, amal dan sahabat2 g jalan2 ke Lata Belatan, kt Besut.. saja jalan2 cuti semester.. padahal assgment bertimbun x siap, haha.. oppss!! maaf2, terlebih sudah gelak..

Alhamdulillah, smpai juga kami kt sini.. amal bukan tahu pon tmpt ni kt mane, redha dan pasrah je, seacrh google maps, hafal jln, main redah je, huhu.. kami pergi berlima..

kami mandi2, hmm, bukan mandi2 betul la, cuma maen2 air je, hehe.. air tmpat nie sejuk sgt, air terjun kan, air dr gunung tebu.. bertolak jam 8.10pg sampai kt sini dalam jam 9.15pg, laju x laju bawak kete, hehe..
kami siap bwk makanan2, cnthnye, mihun, bakar ayam, roti sardin dll.. biasa lah kan, mandi2, lapar, mkn, mandi semula, mkn lagi.. h0h0~~

masa kami sampai tu, org x ramai lagi.. tp ade sudah beberapa kluarga dtg.. tmpt ni mmg best, tenang, hijau, air sejuk je.. best la..

Alhamdulillah, dlm masa yg sama juga, amal rasa amat2 bersyukur krn dapat mengembirakan hati sahabat2 amal.. amal tgok dyeorg happy je, lega hati ni,, syukur sgt.. mklumlah, tahun terakhir kami bersama.. sedih itu ada, cuma belum terluah lagi, huhu.. kami betolak pulang dlm jam 2.15 ptg, selesai solat zuhur..

insya'ALLAH , jika ada rezeki, akan kembali semula ke sini.. tmpat mmg superb!!

Moga ALLAH kuatkan ikatan persahabatan kami.. Moga ALLAH redha dgn perhubungan ini, aminn2..

Wallahu'alam..


Monday, May 27, 2013

SOAL CINTA, KINI AKU REDHA

Bismillah..
Assalamualaikum wtb sahabat2 smua..
moga segalanya baik2 sahaja..
moga ALLAH sntiasa melindungi sahabat2 smua..
insya'ALLAH..

Entri kali nie berkaitan dgn cinta.. bila mana sy bercerita tentang cinta, yg pasti perjalanan cinta sy tdk pernah berakhir dgn "hepy ending" ok!.. huhu.. mungkin rezeki sy bukan di stu, ALLAH kurniakan rezeki sy di tmpt laen, bukan di bahagian penyatuan dua jiwa.. sy redha..

Sy suka byk org.. sy syg smua org.. bila sy suka org tu, sy bgtaw dia.. sy bukanlah gedik2 nk bgtaw, cuma niat sy, sy nk dia tahu yg saya suka dia.. kalau dia x suka, sy x paksa.. sy x de lah smpai nk nanges2, terjun bangunan ke, bunuh diri ke.. "nonesense".. mcm x de org laen je kan.. hahaha.. meskipun dia x suka, sy tetap suka.. suka dia sbg sahabat baik sy..sbb hubungan persahabatan akan kekal lama.. ukhuwah itu manis mcm eskrim.. nyum2,,,

Mungkin sepanjang sy hidup 21 tahun ini, ALLAH mngajar sy untuk kenal pelbagai jenis manusia.. hebatkan kuasaNYA.. bila kita pandang sesuatu musibah itu sbg sesuatu yg berharga, sbg suatu hadiah dr ALLAH, kita dpt merasakan bahawa ALLAH telah memberikan kita sesuatu yg amat2 berharga.. Tidak baik pada kita tp amat baik pada ALLAH.. Subhanallah.. ALLAH mmg hebat.. ^^,



Sy tidak pernah mengharapkan cinta sy dibalas org yg saya suka.. krn sy stahu cinta sy kepada ALLAH lebih utama dan ALLAH sentiasa membalas cinta sy.. kini, sy redha.. sy redha dgn ketentuanNYA.. siapa sy, ALLAH maha mengetahui.. SOAL CINTA, kini aku redha.. wallahualam..

Wednesday, May 22, 2013

SAHABAT UTK SELAMANYA

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wtb sahabat2 smua..
harap smua sihat2 dan moga2 ALLAH lindungi smua sahabat2,
insya'ALLAH..

Entri kali ini tentg sahabat.. tiada siapa di dunia ini yg buleh idup sendirian.. kte amat memerlukan seseorg utk bersama2 kte.. sama ada seseorg tu sahabat kte atau pasangan kte.. pasti ade yg menemani..

Saya juga punya sahabat.. sahabat sy ini adalah senior sy.. kami berkawan setahun sahaja, tp ukhuwah kami bagaikan sudah mengenali selama 5 thun.. Alhamdulillah.. Dalam diam sy kagum tentg dia.. dia amat aktif dalam pergerakkan mahasiswa.. bukan menentang tetapi dia berjuang utk menegakkan hak.. kadang2 dia ajak sy ikot serta tetapi sy menolak.. sy belum cukup berani seperti dia.. hehe

Dia juga salah seorg drpada aktivis GEMPUR (Gerakan Mahasiswa Pantai Timur)... dia aktif dan slalu sibuk ber"aktivis" di sekitar kawasan pantai timur.. Meski dia sibuk dgn aktivitinya, pelajaran dia tdk pernah tdk dijaga.. dia merupakan salah seorg stdent bijak dalam kos kami.. Alhamdulillah.. aktif ber"aktivis", aktif jua akademik nya.. sy kagum akan dia dalam dia.. ^_^

Dia juga turut menulis buku tetapi dia tidak pernah publish.. krn baginya hanya utk suka2.. dia amat suka membaca buku hasil nukilan "Faisal Tehrani".. berjenis2 buku milik Faisal Tehrani yg dia beli.. sahh! otaknya hanya kearah akademik.. dia tak minat juka sy hulurkan kpdnya buku2 novel.. kata nya itu smua "sampah",, =,=" .. ok.. sy je minat baca sampah2 nie.. hehe..



Apa pon dia, siapa pon dia, dia tetap menjadi sahabat sy.. Sy tdk akan pernah lupa bahawa ukhuwah ini pernah terjalin satu ketika masa dahulu.. Moga ALLAH lindungi sahabat sy ini, insya'ALLAH.. aminn..

Wallahu'alam..

Saturday, April 27, 2013

KEINGINAN SETIAP WANITA

Assalamualaikum wtb sahabat2 semua..
apakah kabar nyer iman semua?
harap semakin bertambah.. insya'ALLAH..

Entri hari ini, tentng apa dia keinginan setiap wanita.. termasuklah sy.. apa yg seorg wanita ingin kan? mari baca artikel ini yuk!

Ketika seorang wanita telah siap lahir dan batin.
Maka keinginan terbesar baginya adalah segera menuju gerbang 'PERNIKAHAN'.

Ia begitu merindukan untuk segera menjadi ibu rumah tangga.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi seorang isteri.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi seorang ibu dari anak-anaknya.

Dalam setiap doanya.
Dalam setiap sujud kepada-Nya.
Ia benar-benar merindukan seorang lelaki yang punya komitmen jelas untuk menjadi suaminya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memujinya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk merayunya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memacarinya.
Dan ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Ia hanya berharap seorang pemimpin.
Ia hanya berharap seorang pembimbing.
Ia hanya berharap seorang imam.

Yang akan menjadi penyempurna ibadahnya.
Yang akan membawanya mulia di hadapan-Nya.

Khusus Sahabat Hikmat yang masih dalam penantian.
Semoga Allah segera mempertemukan dengan pasangan yang baik.

Amin ya Rabbal 'Alamin...





*moga2 ALLAH permudahkan urusan jodohku pada masa akan datang.. insya'ALLAH, aminn3x.. 

waallahualam..

Friday, April 26, 2013

Ku tidak mengerti, apakah ertinya semua ini?

Assalamualaikum wtb sahabat2 semua..
smoga smua sihat, Alhamdulillah..
moga iman semakin bertambah, insya'ALLAH..

Sy menerima satu mesej dari seseorg.. byk juga sebelum ni msj2 berunsur nasihat yg dia berikan kpd sy.. sy rasa sgt dilindungi oleh dia.. juga dihargai, cewah.. hehe.. mesej ini adalah sebuah artikel yg bertajuk "sudikah awak menjadi isteri kedua saya".. pada mulanya, sy rasa biasa2 je.. mungkin dia nk share artikel dgn sy ke.. tp, bila lama2 sy tgok, sy je yg dye tagged artikel tu.. apa maksud dye sebenarnya? ada maksud x agak2? atau sekadar berkongsi? hmmm, ntah la.. mungkin dye sekadar ingin berkongsi, terlalu cepat utk menghukum atau membuat keputusan tntng perkara ni.. jom, sy share kan artikel itu.. sama2 bace yuk!

~AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA??~

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…


Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!


sekian saja artikel ini.. nnt sy kongsikan lagi artikel2 yg dia berikan kpd sy.. insya'ALLAH, moga ianya bermanfaat..


untuk "si dia" pemberi atau pengkongsi artikel, terima kasih awak!! kerana sentiasa mengingatkan diri ini ke jalanNYA..  

waallahualam..

Thursday, April 18, 2013

Usrah is my prority! thumb up!!!

Assalamualaikum wtb sahabat2..
moga kalian sentiasa sihat n sentisa recharge iman ye..
insya'ALLAH..

Entri hari nie... usrah.. atau keluarga.. atau family.. alhamdulillah, sehingga hari ni, byk yg dapat sy belajar di duniaNYA.. tentang kasih syg, tentng cinta dan mcm2 lagi.. segalanya dtg dr keluarga.. kadang2, terselit perasaan kesal, mgape aku yg dipilih hidup di duniaNYA ini.. naazubillah min zalik.. bukan niat utk tidak mensyukuri nikmatNYA.. tp hanya secalit perasaan terbit sedemikian.. hidup sy penuh dgn dosa.. dosa yg melimpah2.. meski sy belajar ilmu agama, still dosa yg dibuat.. ALLAH.. lemah sungguh diri ini.. iman hanya senipis kulit bawang..

Walaupun mcm tu, sy tetap ingin jd yg terbaik dlm keluarga.. antara adik beradik, sy seorg sahaja yg sek arab, alhamdulillah.. berkat doa mak.. jd, sy ingin sekali menjadi pencerah kpd keluarga sy.. bantu family sy agar tidak jauh drNYA.. Alhamdulillah, skrg nie pon mrk sentiasa mntk sy mnjadi rujukan.. hehe.. walau x pndai mana, sy tetap akan bantu mereka sbb mereka adalah keutamaan sy.. klu sy x sure tntg suatu perkara, sy search kt internet, x sure lagi, sy tnye sahabat2 sy yg ariff dlm bab2 nie.. hehe..

Baru2 nie, abang sy hadapi byk masalah.. ujian drNYA.. byk tekanan yg terpaksa di terima.. dia mntk sy kaunseling dia.. hehe, pada mulanya, sy rasa mcm kelakar je, adik kaunseling abg,, tp, lama2, sy rasa kan ianya perlu.. sy harus selamatkan abg sy.. sbb sy syg dia.. sy x nk dia susah, x nk dia gagal, sy nk berjaya dan tenang hadapi ujianNYA.. mak juga mtk tolong sy sentiasa bantu abg, kirimkan ayat2 AQ utk abg baca.. maklumlah, abg jauh dari kami.. abg di luar negara, kami di Malaysia.. sy dan mak risau kalau dia wat sesuatu luar kewarasan dia.. nauzzubillahi min zali'.. mtk2 tidak..

Sahabat baik sy adalah mak sy.. sape2 nk tahu cite tntg sy, tnye mak sy.. hehe.. mak, adalah sahabat paling terbaik yg ALLAH kurniakan pada sy.. selepas arwah ayah meninggal dunia, mak lah tmpat kami bergantung.. pengorbanan mak sgt besar.. x mampu utk sy balas sehingga sy menghembuskan nafas terakhir sy nnt.. huhu..

Apa yg sy nk cerita kt sini ialah, keluarga sy adalah keutamaan sy.. biasanya, sebelum sy bertindak apa2, keluarga yg sy utamakan.. di hati sy, ranking 1, ALLAH, second mak sy, third family.. mereka adalah org2 terpenting.. klu dulu, sy risau juga tntg jodoh sy, sibuk sgt nk cari, hahaha.. tp skrg, sy faham yg mana lebih aula.. mak kata, doalah, insya'ALLAH akan permudahkan.. aminn2.. sy ikot je ape mak sy kata.. sbb sy syg mak.. touching plak ase.. huhuhu



Sy, sentiasa doakan yg terbaik utk seluruh family sy.. mereka adalah segalanya2 bg sy.. tnpa mereka , x delah sy jadi mcm nie.. terima kasih mak, abg dan adik.. moga ALLAH sentiasa lindungi kita sekeluarga dr segala mushiba dan tetapkn hati kte utk tabah menghadapi ujianNYA.. moga ALLAH eratkan hubungan kte sekeluarga, insya'ALLAH..

""ur r the best gift from ALLAH.. L0vE u sO mUCh!!""

Monday, April 8, 2013

IKHTILAT..

Assalamualaikum wtb sahabat2 amal sekalian..
lama dah rasanye x menulis dan berkongsi ilmu di laman ini..
moga kalian sihat2 saja deh..
moga iman kalian juga semakin bertambah, insya'ALLAH..

Hari ini, sy nk kongsikan sedikit cerita yg sy peroleh dari satu page di fb.. bg saya, mmg menarik dan benar2 terjadi pada diri, cewah.. hahaha.. sedikit sebanyak ianya, dpt menyedarkan saya dan sahabat2 smua sblum jauh ke dasar salah.. huhu..insafi diri.. T__T

Jadi, jom, bace kisah nie.. ^^,

Wahai hati sang lelaki , apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu,

“Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”

Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.



#####################


"Salam ukhti,,,moga istiqamah di jalan dakwah,,ana doakan ukhti sentiasa thabat dalam jalan ini." Sender:Akh Umar 0141234567

Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum,,ada rasa bahagia yng menjalar di dalam dada,,,hati semakin berbunga,,
"ehh,,kenapa dengan aku ni??" Namun segera disangkal "ahh,,mungkin seronok kerana ada rakan seperjuangan yang mendoakan"

Dia terus mengunci pintu bilik,,merebahkan tubuhnya di atas katil sambil membawa secebis rasa bahagia membaca sms tadi yang sebahagian besar bukan kerana isinya,,tapi kerana nama pengirimnya,,


"Ana sedang berhalaqah,,doakan semoga mad'u-mad'u yang sedang ana dekati ini bertambah keimanannya terhadap Allah,,dan jangan lupa doakan ana juga,,;)" Sender:Akh Umar 0141234567

Lantal akal memprotes "haiisshh,,kenapa tiba-tiba dia cerita dekat aku??"namun entah mengapa,,terasa ada puputan bayu yang bertiup halus,, tanpa disangaka dirinya merasa bangga kerana dia menjadi wanita terpilih yang menerima sms tersebut,,

Keesokan harinya,,,dia menerima satu mesej lagi,,,

Salam ukhti,,ana doakan semoga ukhti dapa t menjawab imtihan dengan tenang,,yakinlah,,innallaaha ma'ana,,ma'at taufiq wannajah!!

Hatinya melonjak-lonjak gembira,,mesti aku boleh jawab betul-betul exam kali ni,,
tapi,

Sender:Ukhti Elya 0129876543

senyumannya semakin memudar,,,ahh ,,bukan dari dia,,frustnya,,T_T
namun,,

selang beberapa minit handphonenya berbunyi lagi,,


"Yakinlah Allah sentiasa memmbantu hambaNya yang memperjuangkan agamaNya,,,ana mendoakan ukhti berjaya dalam imtihan!!Sender:Akh Umar 0141234567

yess!!mesej dari dia!!Sinaran mentari pagi itu kelihatan seperti warna spektrum yang indah memancar. Senyumannya mengambang lagi. Hatinya bagai bunga-bunga yang mengambang di musim semi. Mekar dan indah.


_________________________________________________________________________________


cerita di atas adalah gerak hati para da'ie yang mungkin sangat dekat dengan kita,,,dan tidak mustahil juga gerak hati itu pernah hadir dalam hati kebanyakan daripada kita,,
mungkin juga ada yang tersenyum kecil sambil berkata ,,"ehhh,,macam cerita aku je ni"


Mari cermati bahagian akhir daripada cerita tadi. Kalimat SMS keduanya hampir sama, yang isinya mengucapkan dan mendoakan agar berjaya dalam peperiksaan. SMS yang sama tetapi menghasilkan perasaan yang amat jauh berbeza. Kerana baginya yang lebih utama itu siapa yang mengirimnya, bukan apa yang dikatanya.

Namun sebenarnya, apakah Allah itu membezakan doa antara lelaki dan perempuan? Mengapa menjadi bahagia saat dia yang berlawanan jantina yang mendoakan?

Perkara inilah yang perlu kita cermati dan lihat dari kaca mata yang benar. Terkadang kita tidak perasan dan membiarkan diri kita hanyut dalam alam luar sedar. Dengan berbekalkan alasan bahawa, "Itu hanya sebuah SMS,” atau “Alah, email je.”

Namun,,sedarlah bahawa
itulah perangkap syaitan. Ia menguji kita dengan menggunakan fitrah insani yang telah lama berada dalam jiwa. Fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).[Q.S. Ali ‘Imran, 3:14]

Apalah gunanya kita jadi bersemangat dan semakin kuat, lantaran sumber semangat dan kekuatan itu adalah sesuatu yang tidak jelas? Malah kemungkinan ia hanyalah jelas-jelas sebuah dosa. Kerana hati berbunga-bunga, menikmati sorotan nafsu di dalam jiwa. Jadilah zina hati yang membuahkan dosa.

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[Sahih Muslim, hadis ke 2282]

Wahai hati, apabila engkau menginginkan SMS-SMS seperti itu, maka tanyakanlah kepada hatimu. “Apa yang aku inginkan sebenarnya? Penghargaan daripada dia atau Dia?” Lalu beristighfarlah. Sungguh, kita semua mengetahui bahawa diri kita lemah. Maka kuatkanlah dengan zikrullah.


Wahai hati, apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu, “Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”
Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.


Yakinlah,,saat itu pasti datang jua,,biiznillah,,
Ada saatnya. Akan ada saatnya nanti telefon bimbit kita akan berdering dengan masuknya SMS-SMS romantis. SMS-SMS yang walaupun hurufnya hitam semua, tetapi tetap ber’aura’kan merah jambu. Untuk seseorang dan dari seseorang yang telah dihalalkan untuk berbagi hidup dan segala kata cinta yang ada di dalam kamus-kamus cinta. Cinta yang bermuara kepada pencipta-Nya. Cinta dalam Cinta.


Bersabarlah untuk saat indah itu.

“Salam. Abang nak mengisi dauroh ni. Kat depan ni ada lautan bidadari bertudung labuh. Tapi tak ada secantik bidadariku di istana Baiti Jannati. Tunggu abang balik ye.”



“Salam. Jaga hati ye. Nanti saya masak sedap-sedap untuk abang."

subhanallah,,so sweet!!



"" moga ALLAH menetapkan hati kita untuk terus berada di landasan syariat Islam, insya'ALLAH.."" 

Wallahualam..

Thursday, March 28, 2013

Mengapa WANITA sangat Istimewa?

Assalamualaikum wtb sahabat2 smua..
moga sentiasa sihat dan sentiasa dibawah lindungan rahmatNYA..
insya'ALLAH..

Topik kali ni, mengapa wanita sangat istimewa?? persoalan yang telah pon ALLAH jawab dan nyatakan dalam AQ melalui surah An-Nisak.. mari kita lihat situasi yg dapat kita sama2 fahami mengapa wanita itu istimewa:

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi....ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap.....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai...


 > tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

> ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo
coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

> Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet...buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok
kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

> dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan punade...adoi.. ..ok dah ...

> ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok
> sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni
eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

> aaahh...sedapnya dapat
baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring. ..panas pulak lotion nih...emm..sedapnya lelapkan mata..
Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

> So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

> Share info ini supaya kawan2 wanita anda juga tahu mereka hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...

Share juga kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan2 dengan lebih baik lagi...

> Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

> HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!! 



"Bersyukurlah wahai wanita.. kerana terciptanya dirimu itu sebagai penyeri dunia"" 

Waallahualam..

Saturday, March 23, 2013

SOAL HATI REMAJA 2

Assalamualaikum wtb sahabat2 smua..
moga segalanya baik2 sahaja..
moga iman kalian semakin bertambah, insya'ALLAH..
aminn2x..

Topik hari ini, tentang soal hati remaja, kahwin awal.. baru2 ini, sy berdiskusi bersama sahabat baik saya tntg pendapat dia dr perspektif lelaki tntg berkahwin awal.. sahabat saya, nama dia Syah, umo 23 thun, telah bekerja, status- telah berpunya, insya'ALLAH bakal mendirikan rumah tgga x lama lagi.. tgh berusaha katanya.. jd, saya ajukan soalan kepadanya.."kenapa x nk kawin je dgn pilihan hati tu, kesian buat si dia tertggu kamu".. katanya, "belum sampai masa, masih berusaha lagi.. diri x sempurna, duit x cukup.."

Sebagai perkongsian dr luahan hati seorg lelaki tntg berkahwin awal..:

Saya: klu ade rasa nk berkahwin dan mampu, silalah kahwin..
Syah: hahha..amboiii cik..sonang bonar ckp.. ingt smue brg bli gne air liur k?? kne gne duit ok.. nk wt kenduri, kad kenduri, bju nikah, hantaran, mas kawin, haneymonn..
Saya: buat simple2 sudaa, ikot sunnah..
Syah: kalu simple2 pn kne wt kenduri jgk kn?? utk memaklumkan pd warga setempat n sahabat handai..
Saya: buat juga, tp x grand sgt..
Syah:  ok,kenduri kne gne bajet trtentu utk tampung warga yg d jemput, amik gmbr kne upah photographer n wt album skali, baju walau sepasang,still kluar bajet.. utk undangan kenduri mayb kne gne kad, kalu nk saving jgk,just by word, haneymon??bajet slps nikah, tp yg kne d prsoal kn sbnr nye, dlm Islam mmg xmnyusah kn umat nye dlm hal prkahwinan, sgt d galak kn utk plbagai hikmah, tp d sbb kn keadaan skrg n pemikiran segelintir org,prkare yg sng brtukar jd ssh, sbb 2 rmai org bujang skrg, byk bnde kne consider, baju nikah mmg nk simple2 je,TP d sbb kn skali dlm idup,nk yg lawa skit... kenduri kawin biase2 je,TP d sbb kn rmai saudara n kwn2,kne wt ikut keadaan n ikatan saudara seseorg pnjg o skit, gmbr nikah kalu bleh tgkp sndri..  Tp, d sbb kn utk kenangan,nk kualiti yg tinggi skit, so kne gne kamera yg canggih skit, xkn nk gne kamera fon o digital camera je, walau byk bnde dh d simple kn,ttp kne kluar kn bajet trtentu, seawal mne prkahwinan prlu d pkir kn jge, umor 20?21?25?29?, hantaran utk keringanan pihak prempuan,mas kawin yg wajib, huhu..ok finish dh sy..
Saya: i'm speechless.. =,="

Setiap dari kte ade pendapat masing2.. x semestinye pendapat kita betul.. kte kne juga terima pendapat org lain.. pemikiran kita x seperti pemikiran org.. pemikiran saya x sama mcm pemikiran syah.. apa2 pon, saya terima pendapat dia dan stuju.. tp, sekiranya sahabat2 yg lain ada pendapat tersendiri, kongsi2kan lah.. ^^,



Untuk syah, Semoga berjaya deh.. buatlah persiapan sebaik mgkin,, bukan persiapan kewangan sahaja, persiapan rohani jgn lupa, nk didik isteri nnt,, moga keluarga yg dibina berlandaskan syariatNYA.. moga menjadi suami yg soleh..insya'ALLAH..
"kalau kawen dok jemput, siaplah.. sy g serang Gombak!!

Waallahualam..

.