Friday, October 15, 2010

"CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI"

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

MASIH SUAMI ISTERIKAH DI AKHIRAT??

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

MUNAJAT CINTA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.