Thursday, June 9, 2011

~BUAT HAWA YANG MENCARI CINTA..~




Duhai Hawa yang hidup merata di bumi sebagai perhiasan,..Tahukah apa itu cinta yang sebenarnya sekalian Hawa ku? Mungkin saja kamu pernah menjadi orang yang menyesal kerana pernah mengenali cinta, mungkin saja kamu sering merasakan bahawa cinta itu selalu menyakiti hatimu.. kerana ketika itu kamu buta dan tidak mempelajari apa makna cinta itu yang sebenarnya..

Duhai Hawa yang wangi mekar bak bunga, cantik bak kelopak nan indah,. Sungguh, cinta itu menyenangkan bagi pemiliknya.. Cinta itu bisa menjadikan dari yang tidak memahami menjadi sangat memahami, itulah cinta jika difahami ertinya…

Cinta tidak seharusnya memiliki, tidak seharusnya menguasai, tidak seharusnya berkorban bermati-matian…tetapi cinta itu adalah sebuah anugerah bagi mereka yang mencari sebuah cinta yang diiringi keredhoan Allah yang telah menciptakan cinta itu…

Duhai Hawa yang hatinya rapuh bak kaca… cinta itu sebuah perasaan, yang di dalam perasaan itu ada rasa syukur dan mengerti.. itulah cinta duhai hawa.. Namun apakah di antara kita menghargai semua itu? Tidak.., tidak semua hawa menghargai itu..ada diantara kita yang terus membazirkan air mata kerana terlalu kecewa… Bangkitlah dan lihatlah langit, lihatlah mendungnya…tidak selamanya terus seperti itu..


Air mata bukanlah bayaran bagi sebuah harga diri, tetapi air mata itu adalah salju yang membasahi pipimu sewaktu hatimu bertemu Tuhanmu di malam sepi penuh kegelapan tanpa cahaya…




Duhai Hawa yang terlindung dengan kelembutan… hatimu milik Allah satu-satunya.. mengapa harus mengorbankan hatimu untuk sebuah cinta yang tidak pasti milikmu?? Itu hanya sebuah pembaziran yang tidak terlihat oleh matamu yang indah itu…

Buat Hawa yang mencari sebuah cinta…
Dekatkanlah dirimu dengan sering membaca ayat-ayat Allah.. pasti di dalamnya kamu akan menemui dan mengerti cinta yang sesungguhnya… yang sama sekali tidak akan menyakiti hatimu, malah akan lebih menyenangkan hatimu,..dan itulah cinta yang dimiliki oleh hamba-Nya yang ikhlas lagi bersyukur…..insyaAllah..~

No comments:

Post a Comment

my chat