moga kalian sentiasa sihat dan sentiasa di bwah lindunganNYA..
insya'ALLAH.. aminn3x..
Musim2 cuti nie, ramai sahabat2 amal yg bakal mendirikan rumah tangga.. hehe.. bina masjid la katakan.. benda yg baik, tdk elok dilambat2kan.. ^^,
Disini, amal ingin kongsikan, sedikit ucapan doa yg boleh kita ucapkan kpd sahabat2 kita yg bakal berkahwin.. sbg sahabat, sudah tentu kita ingin lihat sahabat2 kita sentiasa bahagia kan.. moga2, sahabat amal ini, menjadi suami/isteri yg soleh/solehah.. insya'ALLAH.. mari kita sama2 renungkan..
Dari
al-Hasan: Bahawasanya ‘Aqil bin Abi Thalib menikah dengan seorang
wanita dari kabilah Jusysyam. Kemudian datanglah para tamu.
Mereka mengucapkan, “BIRRAFA’ WAL BANIN (SEMOGA BAHAGIA DAN BANYAK ANAK).”
Dia menjawab: “Janganlah kalian melakukannya, sebab Rasullullah SAW melarangnya.”
Mereka bertanya: ” Lalu apa yang harus kami ucapkan wahai Abu Zaid”
Dia
menjawab: “Ucapkanlah “BARAKALLAHU LAKUM WA BARAKA ‘ALAIKUM (SEMOGA
ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN PADA KALIAN DAN SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN
KEBERKAHAN ATAS KALIAN).” Begitulah kami diperintahkan”
Jadi
doa kita yang sebaiknya pada pengantin adalah seperti yang diajarkan
nabi. Bukan kata-kata lain yang biasa kita ucap dan dengarkan seperti:
“Semoga berbahagia di kehidupan baru…”
“Semoga kekal ke anak cucu…”
“Semoga murah rezeki…” dan sebagainya. Bukan kerana ucapan-ucapan itu salah, tetapi lebih kepada substance menyeluruh yang ingin disampaikan dalam ucapan dan doa-doa kita itu.
“Semoga berbahagia di kehidupan baru”,mungkin
saja akan ada suatu masa yang mereka tidak bahagia. Mana ada orang yang
berbahagia sepanjang masa di kehidupan baru. –melainkan kehidupan
barunya itu syurga!
“Semoga kekal ke anak cucu”, mungkin
saja mereka kekal di pandangan mata tapi ‘jauuuuuh’ di pandangan hati
dan nurani mereka. Anak cucu ramai tak terkira tapi hati mereka tak
sebahagia pasangan muda…
“Semoga murah rezeki”, mungkin
saja mereka kaya harta melimpah-limpah, tetapi dibebani ketakutan dan
kebakhilan. Ditimpa masalah kesihatan atau masalah lain yang tak pernah
mereka inginkan!
Dan begitulah seterusnya juga untuk ucapan-ucapan lain…
Pendek kata, ada SISI NEGATIF dalam setiap doa mereka yang mereka LUPA untuk MENDOAKAN!!!
Barakah KEPADA kamu..
Barakah KEATAS kamu..
DIKUMPULKAN kalian dalam kebaikan..
“Semoga barakah KEPADA kamu”, adalah doa buatKEGEMBIRAAN yang bakal mereka terima buat perkara-perkara yang mereka sukai dari perkahwinan itu, dan “Semoga barakah KEATAS kamu” pula adalah doa buat KESUSAHAN, KESEDIHAN, ONAK DURI dan CABARAN yang bakal mereka hadapi dari perkahwinan itu! Dan akhir sekali adalah doa semoga mereka dikumpulkan dalam kebaikan…
Subhanallah
doa yang diajarkan nabi ini merangkum SEMUA aspek, duniawi dan ukhrawi,
realiti dan fantasi! Perkahwinan dan pernikahan adalah bukan
semata-mata janji-janji indah yang bakal diterima oleh pasangan
melainkan sebuah keindahan dalam pahit manis sebuah pengabdian.
Ingatlah wahai diri dan teman-teman, tanggungjawab untuk yang mahu
menghuni syurga tidak seringan dan semudah yang kita sangka.Kita harusUSAHA, REDHA, SABAR dan SYUKUR dengan segala nikmatnya… insya'ALLAH.. aminn3x..
Moga panduan ini dapat memberikan sedikit sebanyak input utk sahabat2 amal..
Sentiasalah mendoakan yg terbaik utk sahabat2 kita.. Moga2 ALLAH turut kembalikan apa yg di doakan kita kpd sahabat kita akan kembali kpd kita semula.. insya'ALLAH..
- Barakallahu lakum kullu sohibi.. ^^,
salam..
ReplyDeletetime kasih..info yg bermakna..tuan empunya diri belum mendirikan masjid ke?
amir
wsalam.. sama2.. masih blum lagi, insya'ALLAH nnt, jika ALLAH sudah pertemukan sy dgn "dia" yg sudah tertulis di luh mahfuz itu, masjid tu dirilah.. :)
ReplyDelete