Wednesday, May 26, 2010

NILAI KETULUSAN SEBUAH PERSAHABATAN

DALAM DUNIA INI KITA TIDAK PUNYA SESIAPA KECUALI DIRI SENDIRI.TETAPI,DALAM KITA BERSENDIRIAN,KITA BERUNTUNG KERANA APA?KERANA KITA MEMPUNYAI SEORANG SAHABAT YANG MEMAHAMI KITA.SEBAGAIMANA KITA MENGHARAPKAN KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN SEORANG SAHABAT,BEGITULAH JUGA DIA.TETAPI KITA SERING TERLUPA AKAN HAL ITU.

CUMA MENGAMBIL KIRA TENTANG HARAPAN DAN PERASAAN KITA.KITA RASA DIKHIANATI BILA DIA TIDAK MENEPATI JANJINYA.KITA TIDAK MEMBERI DIA PELUANG UNTUK MENERANGKAN KEADAANYA.BAGI KITA,ITU ALASAN UNTUK MENUTUP KESILAPAN DAN MEMBELA DIRI.

KITA JUGA PERNAH MEMBIARKAN DIA TERNANTI-NANTI KERANA KITA JUGA ADA JANJI YANG TIDAK DITEPATI.KITA BERI SERIBU ALASAN MEMAKSA DIA TERIMA ALASAN KITA.WAKTU ITU TERFIKIRKAH KITA PERASAANNYA??SEPERTI KITA,DIA JUGA TAHU RASA KECEWA?TETAPI KITA SERING TERLUPA.

UNTUNGNYA MEMPUNYAI SEORANG SAHABAT YANG SENTIASA MEMAHAMI.YANG SELALU BERADA DI SISI PADA WAKTU KITA MEMERLUKANNYA.DIA MENDENGAR LUAHAN PERASAAN KITA,SEGALA RASA KECEWA DAN KETAKUTAN.HARAPAN DAN IMPIAN JUGA KITA LUAHKAN.DIA MEMBERI JALAN SEBAGAI LALUAN PENYELESAIAN MASALAH.SELALUNYA KITA TERLALU ASYIK MENCERITAKAN TENTANG DIRI KITA HINGGA KADANG-KADANG KITA TERLUPA SAHABAT KITA JUGA ADA CERITA YANG INGIN DIKONGSI BERSAMA.PERNAHKAH KITA MEMBERI DIA PELUANG UNTUK MENCERITAKAN TENTANG RASA BIMBANGNYA,RASA TAKUTNYA?PERNAHKAH KITA MENENANGKAN DIA SEBAGAIMANA DIA PERNAH MENYABARKAN KITA.

IKHLASKAH KITA MENDENGAR TENTANG KEJAYAAN DAN BERITA GENBIRANYA?MAMPUKAH KITA MENJADI SUMBER KEKUATANNYA SEPERTIMANA DIA MENIUPKAN SEMANGAT SETIAP KALI KITA RASA KECEWA DAN MENYERAH KALAH?DAPATKAH KITA YAKINKAN DIA YANG KITA BOLEH DIPERCAYAI,KITA BOLEH DIJADIKAN TEMPAT UNTUK DIA BERSANDAR BILA TERASA LEMAH,AGAR TIDAK REBAH??

BOLEHKAH KITA MENJADI BAHU UNTUK DIA BERSANDAR HARAPAN?SESEKALI JADILAH SAHABAT YANG MENDENGAR DARI HANYA BERCERITA.AMBILLAH MASA UNTUK MEMAHAMI HATI DAN PERASAAN SAHABAT.KERANA DIA JUGA SEORANG MANUSIA.DIA JUGA ADA RASA TAKUT,ADA RASA BIMBANG,SEDIH,DAN KECEWA.DIA JUGA ADA KELEMAHAN DAN MEMERLUKAN SEORANG SAHABAT.

SEBAGAI KEKUATAN,JADILAH KITA SAHABATNYA.KITA SELALU MELIHAT DIA KETAWA,TETAPI MUNGKIN SEBENARNYA DIA TIDAK SETABAH YANG KITA SANGKAKAN.DISEBALIK SENYUMANNYA MUNGKIN BANYAK CERITA SEDIH YANG INGIN DILUAHKAN.DISEBALIK KESENANGANNYA MUNGKIN TERSIMPAN SERIBU KEKALUTAN.KITA TIDAK TAHU.TETAPI,JIKA KITA CUBA JADI SAHABAT SEPERTINYA,MUNGKIN KITA AKAN TAHU.....

Tuesday, May 25, 2010

SOALAN JIBRIL KEPADA KERBAU,KELAWAR,CACING

PADA SUATU HARI,ALLAH SAW MEMERINTAHKAN MALAIKAT JIBRIL MENEMUI SEEKOR KERBAU DAN MEMINTANYA BERTANYAKAN SATU SOALAN KEPADA HAIWAN BERKENAAN.JIBRIL SEGERA MEMATUHI PERINTAH ITU.

PADA WAKTU SIANG YANG PANAS ITU,SI KERNAU SEDANG BERENDAM DI SUNGAI.MALAIKAT JIBRIL MENDEKATINYA LALU BERKATA:"HAI KERBAU,APAKAH KAMU SELESA DIJADIKAN OLEH ALLAH SWT SEBAGAI SEEKOR KERBAU?."

KERBAU MENJAWAB:"MASYA ALLAH!!ALHAMDULILLAH.AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT YANG MENJADIKAN AKU SEBAGAI SEEKOR KERBAU.INI SANGAT BERBEZA JIKA AKU DIJADIKAN SEBAGAI SEEKOR KELAWAR YANG MANDI DENGAN AIR KENCINGNYA SENDIRI."

MENDENGAR JAWAPAN ITU,JIBRIL SEGERA PERGI MENEMUI SEEKOR KELAWAR YANG PADA KETIKA ITU SEDANG TIDUR BERGANTUNGAN DI DALAM SEBUAH GUA.

KEMUDIAN JIBRIL BERTANYA:"HAI KELAWAR,APAKAH KAMU SELESA DIJADIKAN OLEH ALLAH SWT SEBAGAI SEEKOR KELAWAR?"KATA KELAWAR ITU:"MASYA ALLAH!!ALHAMDULILLAH.AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH YANG MENJADIKAN AKU SEEKOR KELAWAR DARIPADA MENJADIKAN AKU SEEKOR CACING.TUBUHNYA KECIL,TINGGAL DI DALAM TANAH DAN BERJALAN MENGGUNAKAN PERUTNYA,"JAWAB SI KELAWAR.

MENDENGAR JAWAPAN ITU,MALAIKAT JIBRIL SEGERA PERGI MENEMUI SEEKOR CACING YANG SEDANG MERAYAP DI ATAS TANAH.

LALU JIBRIL BERTANYA KEPADA SI CACING:"WAHAI CACING YANG KECIL,APAKAH KAMU SELESA DIJADIKAN OLEH ALLAH SWT SEBAGAI SEEKOR CACING?"

SI CACING MENJAWAB:"MASYA ALLAH!!ALHAMDULILLAH.AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH YANG MENJADIKAN AKU SEEKOR CACING DARIPADA MENJADIKAN AKU SEBAGAI MANUSIA.
"APABILA MEREKA TIDAK MEMILIKI IMAN YANG SEMPURNA DAN TIDAK BERAMAL,KETIKA MEREKA MATI MEREKA AKAN DISEKSA SELAMA-LAMANYA."

Monday, May 24, 2010

BAKAL PENGANTIN BERHAK LIHAT PASANGAN SEBELUM KAHWIN

S:APAKAH BOLEH SEORANG PEMUDA ITU MELIHAT GADIS SEBELUM MEMINANGNYA??

JAWAPAN:

KALAU KITA LINAT DI NEGARA BARAT,LELAKI BUKAN SAJA BOLEH MELIHAT SI GADIS YANG HENDAK DIPINANG TETAPI LEBIH DARI ITU IA BOLEH BAWA GADIS ITU KESANA DAN KEMARI,KE PESTA ATAS ALASAN UNTUK MENGUJI.PADA SATU PIHAK TRADISIONAL PULA,MEREKA MENGHARAMKAN LELAKI MELIHAT WANITA YANG HENDAK DIPINANG ITU.MEREKA MELARANG KEDUA-DUANYA SALING BERPANDANGAN SEHINGGALAH TIBA SAAT DIKAHWINKAN.

SESUNGGUHNYA KEDUA-DUA SIKAP TERSEBUT ADALAH TERCELA.YANG BENAR ADALAH PENDAPAT PERTENGAHAN DARIPADA KEDUA-DUA PENDAPAT BERKENAAN SEPERTI YANG DIAJAR SYARAK DAN DIPERINTAHKAN OLEH NABI SAW,IAITU AGAR LELAKI HENDAKLAH MELIHAT WANITA YANG HENDAK DILAMAR SEBAGAIMANA DALAM SEBUAH HADIS YANG BERMAKSUD"PERNAH SEORANG LELAKI DATANG KEPADA BAGINDA SAW SERAYA BERKATA,"SAYA TELAH MEMINANG SEORANG PEREMPUAN ANSAR."LALU NABI SAW BERTANYA,"APAKAH ENGKAU TELAH MELIHATNYA?"DIA MENJAWAB,"BELUM."BAGINDA SAW MENJAWAB,"PERGILAH ENGKAU MELIHATNYA,KERANA PADA MATA ORANG-ORANG ANSAR ITU(BIASANYA)ADA SESUATU(CACAT).(RIWAYAT AN-NASA'I)

BEGITU JUGA HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH TARMIZI IAITU AL-MUGHIRAH BIN SYU'BAH PERNAH MEMINTA IZIN ATAU MEMBERITAHU KEPADA NABI SAW BAHAWA DIA HENDAK MEMINANG SEORANG WANITA,LALU NABI SAW BERTANYA,"ADAKAH ENGKAU SUDAH MELIHATNYA?"DIA MENJAWAB,"BELUM."KEMUDIAN BAGINDA SAW BERSABDA,"LIHATLAH DIA,KERANA YANG DEMIKIAN ITU LEBIH MENJAMIN UNTUL MELANGSUNGKAN HUBUNGAN KAMU BERDUA."(RIWAYAT AL-TARMIZI)

ERTINYA DENGAN MENGIKUT CARA YANG DIANJURKAN DALAM HADIS,KELAK AKAN TERBINALAH KERUKUNAN,KEHARMONIAN DAN KESERASIAN DI ANTARA KEDUANYA(SUAMI DAN ISTERI).INI ADALAH PERINTAH DARIPADA BAGINDA.SABDA BAGINDA LAGI,"APABILA SALAH SEORANG DI ANTARA KAMU MEMINANG SEORANG WANITA DAN KAMU MAHU MENGAHWININYA,MAKA HENDAKLAH IA MELIHAT SEBAHAGIAN DARI APA YANG DAPAT MENDORONGNYA UNTUK MENGAHWININYA."(RIWAYAT ABU DAUD)

DARIPADA HADIS DI ATAS,DAPATLAH KITA KETAHUI BAHAWA LELAKI YANG MAHU MEMINANG BERHAK,BAHKAN HARUS MELIHAT WANITA YANG AKAN DIPINANG ITU DAN KELUARGA SI WANITA ITU HENDAKLAH MEMBERI KEMUDAHAN KEPADANYA UNTUK MELAKUKANNYA,SEHINGGA IA SI LELAKI DAPAT MELIHAT SI WANITA DAN SI WANITA DAPAT MELIHAT LELAKI TERSEBUT.SETERUSNYA WANITA BERHAK UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK PINANGAN TERSEBUT.JUSTERU KEDUA-DUA BELAH PIHAK PERLU SALING MELIHAT SATU SAMA LAIN SEBELUM MELAKSANAKAN PERKAHWINAN.DENGAN CARA ITU,KEHIDUPAN RUMAH TANGGA DAPAT DIBINA DIATAS TAPAK YANG KUKUH DAN TIANG YANG KUAT.

BOLEH JUGA LELAKI MELIHAT WANITA YANG AKAN DIPINANG ITU TANPA PENGETAHUAN WANITA DAN KELUARGANYA,KERANA PENGETAHUAN KELUARGA DAN WANITA ITU BUKANLAH SYARAT.IA JUGA SUPAYA SI WANITA TIDAK TERSINGGUNG PERASAANNYA.DIRIWAYATKAN DARIPADA JABIR BIN ABDULLAH,BAHAWA BELIAU BERCERITA MENGENAI ISTERINYA SELEPAS DIKAHWINKAN.KATANYA,"SESUNGGUHNYA SAYA DULU BERSEMBUNYI DI BAWAH POHON UNTUK MELIHATNYA SEHINGGA SAYA DAPAT MELIHAT SEBAHAGIAN DARI SESUATU YANG DAPAT MENDORONG SAYA UNTUK MENGAHWININYA."

Friday, May 21, 2010

Eeee,GELINYA...

DI SINI ANA NAK TUNJUKKAN SATU PERUMPAMAAN BAGI MEREKA YANG SUKA MEMPERKATAKAN HAL ORANG LAIN...ANA HARAP VIDEO INI AKAN MEMBUATKAN ANTUNA SEMUA SEDAR AKAN KEBURUKAN MENGUMPAT ATAU MEMPERKATAKAN PERIHAL MANUSIA LAIN TANPA KEIZINAN DARINYA..

MENGENDERAI NAFSU SYAHWAT

KETAHUILAH BAHAWA KEINGINAN NAFSU SYAHWAT INI ADALAH MERUPAKAN KEINGINAN YANG PERKASA YANG MANA IA MAMPU MENEWASKAN KEKUATAN AKAL KETIKA MANA IA BERGELOJAK.IA HANYA MENDORONG DAN MENUNTUT MANUSIA MELAKUKAN KEJAHATAN.RAMAI MANUSIA HARI INI YANG MENINGGALKANNYA KERANA MALU ATAU UNTUK MEMELIHARA TUBUHNYA,DALAM HAL INI PENGORBANAN INI SEDIKIT PUN TIDAK DI PANDANG OLEH ALLAH SWT.KEUTAMAAN DAN PAHALA YANG BESAR HANYA DIDAPATI JIKA PERNUATAN MENINGGALKAN KEINGINAN SHAYHWAT ITU DILAKSANAKAN LANTARAN TAKUT KEPADA ALLAH DISERTAI KEMAMPUAN MELAKSANAKANNYA,LEBIH-LEBIH LAGI DIKALA SYAHWATNYA SEDANG BERGELOJAK.

KALI INI ANA INGIN MEMBAWA KISAH YANG BERLAKU KEPADA SULAIMAN B. YASAR.KETIKAMANA SULAIMAN BERANGKAT UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH HAJI DARI MADINAH BERSAMA SEORANG RAKANNYA,MEREKA SINGGAH TELAH SINGGAH DI ABWA'.BERDIRILAH KAWANNYA MENGAMBIL TEMPAT MUSAFIR DAN DIA TELAH BERSENDIRIAN DALAM KHEMAH.DIRIWAYATKAN BAHAWA DIA ADALAH ANTARA MANUSIA YANG PALING TAMPAN WAJAHNYA DAN PALING WARA' DI KALANGAN KAUMNYA.

KETIKA ITU ADA SEORANG WANITA BADWI YANG SEDANG MEMERHATIKANNYA DARI ATAS BUKIT DAN TURUNLAH WANITA TERSEBUT MENUJU KEPADANYA DENGAN MEMAKAI PENUTUP MUKA.MAKA DIBUKALAH PENUTUP SEHINGGA MENYERLAHKAN WAJAHNYA YANG SEAKAN BELAHAN BULAN SERAYA BERKATA,"BUATLAH AKU SENANG."SULAIMAN MENYANGKA BAHAWA PEREMPUAN ITU MENGINGINKAN MAKANAN LALU DISERAHKAN LEBIHAN MAKANAN YANG DIBAWA.BERKATALAH PEREMPUAN ITU,"AKU TIDAK MENGHENDAKI ITU,AKU HANYA INGINKAN APA YANG SERING DILAKUKAN OLEH SEORANG SUAMI TERHADAP ISTERINYA."MAKA BERKATALAH SULAIMAN,"IBLIS TELAH MENGHASU KAU KEPADAKU."KEMUDIAN DIA MELETAKKAN DIANTARA KEDUA LUTUNYA LANTAS MENANGIS TANPA HENTI.

MAKA DATANGLAH KAWAN SULAIMAN DAN DILIHATNYA SULAIMAN TELAH BENGKAK KEDUA MATANYA KERANA MENANGIS.MAKA SAHABAT BERTANYA,:APA YANG MENYEBABKAN KAMU MENANGIS?"DIA BERKATA,"AKU TERINGAT KISAH KETIKA KU KECIL."TETAPI KAWANNYA TIDAK PERCAYA DAN TERUS MENDESAK SEHINGGA DIA TERPAKSA MENCERITAKAN KEADAAN SEBENAR.APABILA MENDENGAR CERITA SULAIMAN,KAWANYA PULA MENANGIS DENGAN TANGISAN YANG MEMILUKAN.MAKA SULAIMAN BERTANYA,"APA PULA YANG MENYEBABKAN KAMU MENANGIS?"DIA MENJAWAB,"AKU LEBIH BERHAK MENANGIS DARIPADA ENGKAU,KERANA AKU KHUATIR JIKA AKU BERADA DITEMPAT ENGKAU,TENTU AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN MENGHADAPI PEREMPUAN ITU."LALU KEDUA-DUANYA MENANGIS TANPA HENTI.

TATKALA SULAIMAN TELAH BERADA DI MEKAH DIA TELAH TERTIDUR.TIBA-TIBA DATANGLAH SEORANG LELAKI YANG TAMPAN DALAM MIMPINYA.BERKATALAH SULAIMAN KEPADANYA,"SEMOGA ALLAH MERAHMATI ENGKAU,SIAPAKAH ENGKAU?"LELAKI ITU BERKATA"AKU YUSUF".MAKA DIA BERKATA,"KISAHMU DAN ISTERI AL-AZIZ SUNGGUH MENAKJUBKAN."LELAKI ITU BERKATA,"KISAHMU DENGAN PEREMPUAN ABWA' ITU LEBIH MENAKJUBKAN."

"SEMOGA KISAH INI DAPAT MENGUATKAN TEKAD KITA UNTUK MENANGANI GELOJAK NAFSU SYAHWAT DAN MENGGANTIKANNYA DENGAN CINTA KEPADA AL-KHALID,SATU NIKMAT YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA"

Thursday, May 20, 2010

CONTOHI RASULULLAH JAGA KESIHATAN

MENCONTOHI NABI BUKAN SERACA SERPIHAN TAPI DALAM SEGALA ASPEK KEHIDUPAN KITA.ANTARA CARA HIDUP NABI YANG KITA HENDAK LIHAT KALI INI ADALAH CARA HIDUP NABI YANG SIHAT.

BAGINDA BERSABDA YANG BERMAKSUD"KAMU LEBIH MENGETAHUI URUSAN DUNIA KAMU."TETAPI ITU BUKAN BERERTI BAGINDA TIDAK MENGETAHUI MASALAH DUNIAWI.TIDAK BERERTI JUGA NABI BEBAS DARIPADA PENYAKIT.NAMUN NABI HANYA PERNAH SAKIT BOLEH DIBILANG DENGAN JARI.

YANG LAINNYA,NABI SENTIASA DALAM KEADAAN SIHAT WALAUPUN MENGGALAS TUGAS YANG TERAMAT BERAT DAN MENCABAR.

BERBEZA DENGAN MANUSIA SEKARANG,PENUH DENGAN PENYAKIT DAN PENDERITAAN.WALAUPUN BADAN SIHAT TETAPI HATI MEREKA SANGAT BERPENYAKIT.

BERIKUT ADALAH BEBERAPA CARA HIDUP SIHAT YANG BAGINDA AMALKAN:

1-SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

RASULULLAH MENGAJAK UMATNYA UNTUK BANGUN SEBELUM SUBUH BAGI MELAKSANAKAN SOLAT SUNAT,SOLAT FARDU,SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH.HAL INI MEMBERI HIKMAH YANG MENDALAN ANTARANYA MENDAPAT LIMPAHAN PAHALA,KESEGARAN UDARA SUBUH YANG BAIK TERUTAMA UNTUK MERAWAT PENYAKIT TIBI SERTA MEMPERKUATKAN AKAL FIKIRAN.

2-AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

RASULULLAH SAW SENTIASA BERSIH DAN RAPI.SETIAP KHAMIS ATAU JUMAAT BAGINDA AKAN MENCUCI RAMBUT HALUS DI PIPI,MEMOTONG KUKU,BERSIKAT SERTA MEMAKAI MINYAK WANGI."MANDI PADA HARI JUMAAT ADALAH SANGAT DITUNTUT BAGI SETIAP ORANG-ORANG DEWASA.DEMIKIAN PULA MENGGOSOK GIGI DAN PEMAKAI HARUM-HARUMAN."(HR MUSLIM)

3-TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

SABDA RASULULLAH SAW:KAMI ADALAH SATU KAUM YANG TIDAK MAKAN SEBELUM LAPAR DAN APABILA KAMI MAKAN TIDAK TERLALU BANYAK(TIDAK SAMPAI KEKENYANGAN),"(MUTTAFAQ ALAIH).
DALAM TUBUH MANUSIA ADA TIGA RUANG UNTUK BENDA:SEPERTIGA UNTUK UDARA,SEPERTIGA UNTUK AIR DAN SEPERTIGA LAINNYA UNTUK MAKANAN.BAHKAN ADA SATU PENDIDIKAN KHUSUS BAGI UMAT ISLAM IAITU DENGAN BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN BAGI MENYEIMBANGKAN KESIHATAN SELAIN NABI SELALU BERPUASA SUNAT.

4-GEMAR BERJALAN KAKI

RASULULLAH SAW BERJALAN KAKI KE MASJID,PASAR,MEDAN JIHAD DAN MENGUNJUNGI RUMAH SAHABAT.DENGAN BERJALAN KAKI,PELUH AKAN MENGALIR,ROMA TERBUKA DAN PEREDARAN DARAH AKAN BERJALAN LANCAR.INI PENTING UNTUK PENYAKIT JANTUNG.BERBANDING KITA SEKARANG YANG LEBIH SELESA MENAIKI KENDERAAN.KALAU MAHU MELETAKKAN KENDERAAN,MESTI LETAK BETUL-BETUL DI HADAPAN TEMPAT YANG HENDAK KITA PERGI.

5-TIDAK PEMARAH

NASIHAT RASULULLAH SAW"JANGAN MARAH"DIULANGI SAMPAI TIGA KALI.INI MENUNJUKKAN HAKIKAT KESIHATAN DAN KEKUATAN MUSLIM BUKANLAH TERLETAK PADA JASAD,TETAPI LEBIH KEPADA KEBERSIHAN JIWA.ADA TERAPI YANG TEPAT UNTUK MENAHAN PERASAAN MARAH IAITU DENGAN MENGUBAH POSISI KETIKA MARAH,BILA BERDIRI MAKA HENDAKLAH KITA DUDUK,DAN APABILA SEDANG DUDUK,MAKA PERLU BARING.KEMUDIAN MEMBACA TA'AWWUDZ KERANA MARAH ITU DARIPADA SYAITAN,SEGERA MENGAMBIL WUDUK DAN SOLAT DUA RAKAAT BAGI MENDAPAT KETENANGAN SERTA MENGHILANGKAN GUNDAH DI HATI.

6-OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

SIKAP OPTIMIS AKAN MEMBERIKAN KESAN EMOSIONAL YANG MENDALAM BAGI KELAPANGAN JIWA SELAIN PERLU BANYAKKAN SABAR,ISTIQOMAH,BEKERJA KERAS SERTA TAWAKAL KEPADA ALLAH SWT.

7-TIDAK PERNAH IRI HATI

BAGI MENJAGA KESTABILAN HATI DAN KESIHATAN JIWA,SEMESTINYA KITA PERLU MENJAUHI DARIPADA SIFAT IRI HATI."YA ALLAH,BERSIHKANLAH HATIKU DARI SIFAT-SIFAT MAZMUMAH DAN HIASILAH DIRIKU DENGAN SIFAT-SIFAT MAHMUDAH."

8-PEMAAF

PEMAAF ADALAH SIFAT YANG SANGAT DITUNTUT BAGI MENDAPATKAN KETENTERAMAN HATI DAN JIWA.MEMAAFKAN ORANG LAIN AKAN MEMBEBASKAN DIRI KITA DARIPADA DIBELENGGU RASA KEMARAHAN.SEKIRANYA KITA MARAH,MAKA MARAH ITU AKAN MELEKAT PADA HATI.JUSTERU,JADILAH SEORANG YANG PEMAAF KERANA YANG PASTI BADAN AKAN SIHAT.BAHAGIA SEBENARNYA BUKAN MENDAPAT TETAPI DENGAN MEMBERI.SEBENARNYA,BANYAK LAGI CARA HIDUP SIHAT RASUL SEMOGA HATI KITA SEMAKIN DEKAT DENGAN NABI YANG AMAT KITA RINDUKAN PERTEMUAN DENGANNYA.

Wednesday, May 19, 2010

TERTAWA DI DUNIA..MENANGIS DI AKHIRAT..

DALAM SATU HADITH,NABI SAW BERSABDA"BANYAK TERTAWA DAN TERGELAK-GELAK ITU MEMATIKAN HATI".BANYAK TERTAWA MENJADIKAN HATI SEMAKIN MALAP DAN TIDAK BERSERI.LAMPU HATI TIDAK BERSINAR DAN AKHIRNYA TERUS TIDAK MENYALA.HATI TIDAK BERFUNGSI LAGI.
NABI MUHAMMAD MELARANG UMATNYA DARI GELAK KETAWA YANG MELAMPAUI BATAS.MENURUT HADITH,BANYAK KETAWA MENGHILANGKAN AKAL DAN ILMU.BARANGSIAPA KETAWA TERBAHAK-BAHAK,AKAN HILANG SATU PINTU DARIPADA PINTU ILMU.

*****KENAPA DILARANG KETAWA BERDEKAH-DEKAH*******

DALAM KEADAAN SUKA YANG KETERLALUAN,HATI KITA AKAN LALAI DAN LUPA SUASANA KAHIRAT DAN ALAM BARZAKH YANG BAKAL KITA TEMPUH KELAK.SEDANGKAN DAHSYATNYA ALAM TERSEBUT TIDAK DAPAT DINUKILKAN DALAM SEBARANG BENTUK MEDIA.KITA SEDANG MENUJU KE SATU DESTINASI YANG BELUM TENTU MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN YANG ABADI.SEPATUTNYA KITA BERFIKIR BAGAIMANA KEDUDUKAN KITA DI SANA NANTI,SAMA ADA BAHAGIA ATAU MENDERITA.BERBAHAGIA DI DUNIA BERSIFAT SEMENTARA TETAPI DI AKHIRAT BERPANJANGAN TANPA HAD.PENDERITAAN DI DUNIA HANYA SEKETIKA TETAPI DI AKHIRAT AZAB YANG BERTERUSAN DAN BERKEKALAN.MERENUNG DAN MEMIKIRKAN KEADAAN INI CUKUP UNTUK KITA MENGHISAP DIRI SERTA MENYEDARKAN DIRI KITA TENTANG BAHAYA YANG AKAN DITEMPUH.

"TERTAWA-TAWA DI MASJID MENGGELAPKAN SUASANA KUBUR".DEMIKIAN DITEGASKAN OLEH NABI SAW.KITA SEDIA MAKLUM,KUBUR IALAH RUMAH YANG BAKAL KITA DUDUKI DALAM TEMPOH YANG PANJANG.KITA KESEORANGAN DAN KESUNYIAN TANPA TEMAN DAN KELUARGA.KUBUR ADALAH PINTU KE SYURGA ATAU NERAKA.BETAPA DALAM KEGELAPAN DI SANA KITA DIGELAPKAN LAGI DENGAN SIKAP KITA YANG SUKA TERBAHAK-BAHAK DI DUNIA...

KETAWA YANG MELAMPAUI BATAS MENJADIKAN KITA KURANG BERILMU.APABILA KURANG ILMU AKAL TURUT MENJADI KURANG.KEPEKAAN TERHADAP AKHIRAT JUGA MENURUN.NABI SAW.PERNAH BERSABDA:"BARANGSIAPA TERTAWA-TAWA NESCAYA MELAKNAT AKAN DIA OLEH ALLAH (AL-JABBAR) MEREKA YANG BANYAK TERTAWA DI DUDNIA NESCAYA BANYAK MENANGIS DI AKHIRAT"

SAIDINA ALI SENTIASA MENGELUH "....JAUHNYA PERJALANAN...SEDIKITNYA BEKALAN.."WALAUPUN HEBAT ZUHUD DAN IBADAT BELIAU,NAMUN MERASAKAN MASIH KURANG LAGI AMALANNAYA.BETAPA KITA YANG KERDIL DAN MALAS INI SANGGUP BERGEMBIRA 24 JAM.

DALAM HADITH LAIN,NABI SAW BERSABDA "BARANGSIAPA BANYAK TERTAWA-TAWA NESCAYA MERINGANKAN OLEH API NERAKA.(MUDAH DIMASUKKAN KE NERAKA)."

KITA TIDAK PULA DILARANG MENUNJUKKAN PERASAAN SUKA TERHADAP SESUATU.CUMA YANG DILARANG IALAH BERTERUSAN GEMBIRA DENGAN KETAWA YANG BERLEBIHAN.SEBAIK -BAIK CARA BERGEMBIRA IALAH SEPERTI YANG DICONTOHKAN OLEH NABI SAW.BAGINDA TIDAK TERBAHAK-BAHAK TETAPI HANYA TERSENYUM MENAMPAKKAN GIGI TANPA BERSUARA KUAT.

****PARA SAHABAT PERNAH BERKATA "KETAWA SEGALA NABI IALAH TERSENYUM..TETAPI KETAWA SYAITAN ITU TERGELAK-GELAK.."



BILA DI SAAT ORANG LAIN DALAM KEGELAPAN.TERPESONA ATAU CEMAS MELIHAT SESUATU KEJADIAN,
BAGI ORANG YANG BIJAKSANA HANYA DITERIMA DENGAN SENYUMAN,SEBAB DENGAN ILMUNYA IA MENGETAHUI BAHAWASANYA HAL YANG SEBEGITU MULANYA,PASTI BEGINI AKHIRAT...

Tuesday, May 18, 2010

MENANGISLAH DISINI SEBELUM MENANGIS DISANA

DETIK WAKTU BERSAMA KELAHIRAN SEORANG BAYI DIHIASI TANGISAN.NYARING BERKUMANDANG MENYARING SEGALA SUARA YANG MENYAPA TELINGA IBU.LINJAK HATINYA KEMUNCAK GEMBIRA,PENAWAR SAKIT DAN LESU.LALU BERMULALAH SEBUAH KEHIDUPAN YANG MEWARNAI BUMI,BERPENAKAN HATI,BERDAKWATKAN AIR MATA.
AIR MATA ADAKALA PENYUBUR HATI,PENAWAR DUKA.ADAKALANYA BUIH KEKECEWAAN YANG MENYEMPIT PERASAAN,MENYESAKKAN KEHIDUPAN.AIR MATA SEORANG MANUSIA HANYALAH UMPAMA AIR KOTOR DI PERLIMPAHAN.NAMUN SETITIS AIR MATA KERANA TAKUTKAN ALLAH PERSIS PERMATA,INDAHNYA GEMERLAPAN.PENGHUNI SYURGA IALAH MEREKA YANG BANYAK DUKACITANYA DI DUNIA.
TIDAK TERKUMPUL DUA PERKARA DALAM SATU MASA.BARANGSIAPA YANG BANYAK GEMBIRA DI DUNIA AKAN BERDUKACITA DI AKHIRAT.BARANGSIAPA YANG BANYAK DUKACITANYA DI DUNIA AKAN GEMBIRA DI AKHIRAT.
PENCINTA DUNIA MENANGIS KERANA DUNIA YANG HILANG.PERINDU AKHIRAT YANG MENANGIS KERANA DUNIA YANG DATANG."ALANGKAH SEMPIT KUBURKU,"KELUH SEORANG ABID."ALANGKAH SEDIKIT HARTAKU,KESAL SI HARTAWAN.
DARI MATA YANG MENGINTAI SETIPA KEMEWAHAN YANG MULUS PELUH RAKUS,MENGALIRLAH AIR KECEWA KEGAGALAN,DARI MATA YANG REDUP MERENUNG HARI AKHIRAT YANG DIRASAKAN DEKAT,MENGALIRLAH AIR MATA INSAF MENGHARAP KEMENANGAN."PENGHUNI SYURGA ITULAH ORANG-ORANG YANG MENANG."(AL-HASR:20)
TANGIS ADALAH BASAHAN HIDUP.JUSTERU,HIDUP DIMULAKAN DENGAN TANGIS,DICELAHI OLEH TANGIS DAN DIAKHIRI DENGAN TANGIS.MANUSIA SENTIASA DALAM DUA TANGISAN.SAMADA YANG MEMBAWA UNTUNG ATAU MERUGIKAN SABDA RASULULLAH SAW."ADA DUA TITISAN YANG ALLAH CINTAI,PERTAMA TITISAN PARA SYUHADA' DAN TITISAM AIR MATA YANG JATUH KERANA TAKUTKAN ALLAH."NABI MUHAMMAD BERSABDA LAGI,"TANGISAN SEORANG PENDOSA LEBIH ALLAH CINTAI LEBIH DARI TASBIH PARA WALI."
OLEH ITU BERHATI-HATILAH DALAM TANGISAN,KERANA ADA TANGISAN YANG AKAN MENGAKIBATKAN DIRI MENANGIS LEBIH LAMA DAN ADA TANGISAN YANG MEMBAWA BAHAGIA UNTUK SELAMA-LAMANYA.SEORANG PENDOSA YANG MENANGIS KERANA DOSA ADALAH LEBIH BAIK DARI ABID YANG BERANGAN-ANGAN TENTANG SYURGA MANA KELAK IA AKAN BERTAKHTA.NABI BERSABDA,"KEJAHATAN YANG DIIRINGI OLEH RASA SEDIH,LEBIH ALLAH SUKAI DARI SATU KEBAIKAN YANG MENIMBULKAN RASA TAKBUR."
KETAWA YANG BERLEBIHAN TANDA LALAI DAN KEJAHILAN.KETAWA SEORANG ULAMA' DUNIA HILANG ILMU,HILANG WIBAWANYA.KETAWA SEORANG JAHIL,SEMAKIN KERAS HATI DAN PERASAANNYA NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA,"JIKA KAMU TAHU APA YANG AKU TAHU,NESCAYA KAMU BANYAK MENANGIS DAN SEDIKIT KETAWA."SEORANG HUKAMA' PERNAH BERSYAIR,"AKU HAIRAN DAN PELIK,MELIHAT ORANG KETAWA KERANA PERKARA-PERKARA YANG AKAN MENYUSAHKAN,LEBIH BANYAK DARIPADA PERKARA YANG MENYENANGKAN."
SALAFUSSOLH MENANGIS WALAUPUN BANYAK BERAMAL,TAKUT-TAKUT TIDAK DITERIMA IBADATNYA.KITA KETAWA,WALAUPUN SEDAR DIRI KOSONG DARIPADA AMALAN.LUPAKAH KITA NABI PERNAH BERSABDA,"SIAPA YANG BERBUAT DOSA DALAM KETAWA,AKAN DI CAMPAKKAN KE DALAM NERAKA DALAM KEADAAN MENANGIS."


BERTAMBAH LUAS AKAL,
BERTAMBAH LUASLAH HIDUP,
BERTAMBAH DATANGLAH BAHAGIA,
BERTAMBAH SEMPIT AKAL,
BERTAMBAH SEMPITLAH PULA HIDUP,
BERTAMBAH DATANGLAH CELAKA.

Monday, May 17, 2010

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT

KALAU KITA PERHATIKAN PADA MASA KINI,PARA IBUBAPA MEMANDANG REMEH TENTANG PERLAKSANAAAN AURAT DIKALANGAN ANAK PEREMPUAN MEREKA.RAMAI YANG BERPENDAPAT ASALKAN BERPAKAIAN SOPAN SUDAH MEMADAI.MEREKA MENYANGKA BAHAWA KEHIDUPAN MODEN TIDAK MEMERLUKAN PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT.ATAU PADA MEREKA,YANG TERLEBIH PENTING ADALAH PENDIDIKAN AKADEMIK ANAK-ANAK MEREKA.APABILA KITA MEMPERKATAKAN PAKAIAN WANITA MENUTUP SELURUH BADAN MAKA DENGAN SENDIRINYA TERMASUKLAH TUDUNG KEPALA SEPERTI MANA YANG TELAH DISYARIATKAN OLEH ALLAH DI DALAM AL-QURAN:
"DAN KATAKANLAH OELHMU WAHAI MUHAMMAD TERHADAP PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN SUPAYA MENUNDUKKAN PANDANGAN MEREKA DAN MENJAGA KEHORMATAN DIRI MEREKA DAN JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN DISEBALIK PAKAIAN MEREKA KECUALI YANG ZAHIR SAHAJA DAN HENDAKLAH MELABUHKAN TUDUNG KEPALA MEREKA SEHINGGA MENUTUPI PARAS DADA."(SURAH AN-NUR)
BERDASARKAN AYAT DIATAS,TUDUNG KEPALA MERUPAKAN PAKAIAN YANG WAJIB DIPAKAI OLEH SETIAP MUSLIMAH TANPA MENAMPAKKAN WALAU SEURAT RAMBUT.SEDIHNYA SERINGKALI KAUM WANITA MENYALAHGUNAKAN TUDUNG DAN DIJADIKAN SEBAGAI FESYEN.SERINGKALI TUDUNG DIPAKAI TIDAK LENGKAP,MENAMPAKKAN SEBAHAGIAN RAMBUT ANTARA MAHU PAKAI DAN TIDAK.GAYA YERKINI KEBANYAKKAN REMAJA MUSLIMAH DIDAPATI TUDUNG DIKENAKAN DENGAN SELUAR JEAN DAN BAJU YANG SANGAT KETAT TETAPI DIPAKAI TUDUNG DIRASAKAN LENGKAP.TANPA DISEDARI SEMUANYA ITU ADALAH MEMPEROLOK-OLOKKAN TERHADAP PEMAKAIAN TUDUNG YANG DISYARIATKAN OLEH ALLAH.
PEPATAH MENGATAKAN BAHAWA MELUNTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA.MAKA,DALAM KITA MENDIDIK ANAK-ANAK KITA,HENDAKLAH DIMULAKAN DARI KECIL.JIKA KITA INGIN ANAK-ANAK KITA BIASA MENUTUP AURAT,BIASAKAN MEREKA DARI KECIL.JANGAN KITA SANGKA BAHAWA TIDAK SESUAIN MEMAKAI TUDUNG LABUH UNTUK ANAK-ANAK PEREMPUAN KITA YANG MASIH KECIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI APA-APA.AKAN TETAPI DISITULAH LETAKNYA KESILAPAN.APABILA KANAK-KANAK TERSEBUT SUDAH TERBIASA DENGAN PAKAIAN YANG TERDEDAH AURAT APABILA BESAR KELAK,MEREKA AKAN BERASA JANGGAL DAN RIMAS DENGAN PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT.MULAKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK DARI KECIL.
RAMAI YANG BERTUDUNG HANYA SEMASA SESSI PERSEKOLAHAN SAHAJA.ADA ORANG YANG MEMBENARKAN ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA MEMAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT SECARA MENIPU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN KETAT YANG MENAMPAKKAN SUSUK TUBUHNYA DAN MEMAKAI TUDUNG DIRASAKAN LENGKAP.DENGAN MENGANGGAP BAHAWA INILAH PAKAIAN ISLAM KERANA TIDAK MENDEDAHKAN TUBUH KEPADA UMUM.PADA HAL SEBENARNYA ITU BUKAN PAKAIAN ISLAM.SEMUA PERKARA INI TELAH DIBERI AMARAN OLEH RASULULLAH SAW DALAM SATU HADIS SAHIH YANG BERMAKSUD:
"DUA JENIS MANUSIA YANG AKAN MENJADI AHLI API NERAKA YANG AKU TIDAK SEMPAT MELIHAT MEREKA KERANA TIDAK ADA DI ZAMANKU,MEREKA AKAN WUJUD DI AKHIR ZAMAN,YANG PERTAMA IALAH YANG MEMPUNYAI PEMIAT-PEMIAT DAN CEMETI-CEMETI LAKSANA EKOR LEMBU.DIA MEMUKUL KE KIRI DAN KE KANAN,MELAKUKAN KEZALIMAN TANPA PERHITUNGAN KEPADA MANUSIA.DAN YANG KEDUA,PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERTELANJANG DAN YANG MEMAKAI PAKAIAN TETAPI PAKAIAN YANG MENGGODA,NIPIS,KETAT YANG MENIPU AURAT,DI ATAS KEPALA MEREKA DIHIAS,RAMBUTNYA LAKSANA GOH-GOH UNTA,MEREKA TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA.SESUNGGUHNYA BAU SYURGA ITU BOLEH DICIUM PADA JARAK BERTAHUN-TAHUN LAMANYA."(RIWAYAT MUSLIM)
AKHIR ZAMAN INI,YANG MUNGKAR ITU SUDAH TIDAK DIPANDANG MUNGKAR.MALAH ANTARA MUNGKAR DAN MAKRUF SUDAH BERCAMPUR SEBATI MENJADI SATU.SAMPAI SUATU TAHAP MANUSIA SUDAH TIDAK MELIHAT YANG MAKRUF SEBAGAI MAKRUF DAN MUNGKAR SEBAGAI MUNGKAR,ANTARA MAKRUF DAN MUNGKAR SEOLAH-OLAH BERWAJAHKAN SAMA.KITA DAH TAK TAU NAK BEZAKAN ANTARA PAKAIAN YANG HALAL DAN HARAM DIPAKAI.RAMAI REMAJA YANG BERTUDUNG SEKARANG NI,TAPI MALANGNYA TIDAK MENEPATI CIRI-CIRI MENUTUP AURAT YANG SEMPURNA:-BERSELUAR JEAN KETAT YANG SENDAT DI PUNGGUNG DAN MENGGODA,JELAS MEMAPARKAN LEKUK/BENTUK TUBUH.ADA YANG BERBAJU BERLENGAN PENDEK TERDEDAH LENGAN TAPI BERTUDUNG DI RASAKAN LENGKAP.BAJU DIPAKAI PENDEK DAN TIDAK MELEPASI/MENUTUPI PUNGGUNG.BILA BANGUN DARI DUDUK,PURA-PURA TARIK-TARIK BELAKANG BAJU..PEHAL??MEREKA SANGAT GEMAR(RIAK)MENUNJUKAN GAYA ALUNAN BADAN GOYANGAN PUNGGUNG(TERGEDIK-GEDIK)KETIKA BERJALAN.BERTUDUNG TETAPI TELANJANG.MENJADI TONTONAN SI MATA KERANJANG.
BILA SUDAH TERBIASA DENGAN GAYA SEBEGINI,AKHIRNYA YANG MUNGKAR ITU SUDAH TIDAK DIPANDANG MUNGKAR.ANTARA MAKRUF DAN MUNGKAR,SEOLAH-OLAH BERWAJAH SAMA.YANG SEDIHNYA,PARA IBUBAPA PUN SEPERTI MEREDHAI ANAK-ANAK MEREKA BERPAKAIAN SEBEGINI!!KONONNYA SUDAH SOPAN DAN MENUTUP AURAT,TAPI HAKIKATNYA TIDAK LENGKAP.CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK ADA DALAM DIRI MEREKA.MEREKA MEMANDANG REMEH TENTANG KEWAJIPAN MENUTUP AURAT.AMBILLAH SERIUS PERKARA INI!!KERANA BILA IA SUDAH MENJADI KEBIASAAN BERPAKAIAN MUSLIMAH,SUDAHNYA ANTARA MUNGKAR DAN MAKRUF PUN SUDAH TIADA BEZANYA.JANGANLAH MENJADI LELAKI DAYUS YANG MEMBIARKAN SAHAJA KEMUNGKARAN BERLAKU DALAM KELUARGA!!
PELIHARALAH DIRI DAN KELUARGAMU DARI API NERAKA..(AT-TAHRIM AYAT 7)
KAUM WANITA PERLU MENYEDARI DENGAN MENDEDAHKAN AURATNYA(BERPAKAIAN SENDAT MENONJOLKAN BENDA BUKAN-BUKAN,TABARRUJ,TERDEDAH RAMBUTNYA DLL),SETIAP LELAKI YANG MELIHATNYA AKAN MEMPEROLEH DOSA SETIPA KALI MEMANDANG.TETAPI YANG BERATNYA ADALAH SI WANITA BUKAN SAHAJA SATU DOSA BAGI KESALAHAN ITU,TETAPI JUGA MERAIH SETIAP DOSA SEMUA LELAKI YANG MEMANDANGNYA.BAYANGKANLAH BERAPA BANYAK DOSA YANG DIPEROLEHI HANYA DENGAN PEMBUKAAN AURAT DI SUATU HARI.
IA BERDASARKAN SABDA NABI SAW YANG DI ERTIKANNYA:"SESIAPA YANG MEMPELOPORI SESUATU YANG BURUK,MAKA KE ATASNYA DOSA DAN DOSA SETIAP ORANG YANG MEMBUATNYA TANPA SEDIKIT KURANG PUN DOSANYA.."(RIWAYAT AHMAD DAN LAIN-LAIN:SOHIH)
TERMASUKLAH DALAM ERTI MEMPELOPORI APABILA SESEORANG ITU MEMPELOPORI PEMBUKAAN AURATNYA DI HARI ITU,YANG MNEYEBABKAN LELAKI MELIHATNYA MENDAPAT DOSA.PASTINYA SI WANITA ITU JUGA MENDAPAT DOSA TANPA KURANG BAGI SETIAP MATA YANG MEMANDANG.ADAKAH HATI ORANG SEBEGINI BOLEH DIKIRA BAIK???SETELAH GUNUNGAN DOSA MENGARATKAN HATINYA?PERKARA INI AMATLAH MERBAHAYA BAGI UMAT ISLAM.DISINILAH KEMENANGAN PIHAK KAFFIR YAHUDI DAN NASRANI DALAM AGENDA JAHAT MEREKA..
****BERTUDUNG TETAPI MENAIKI MOTOR SAMBIL MENAYANGKAN BETIS SEPANJANG JALAN****
DIRIWAYATKAN DALAM SEBUAH HADITH ERTINYA:ALLAH SENTIASA MERAHMATI PARA WANITA YANG MEMAKAI SELUAR PANJANG(DI SEBELAH DALAMNYA)(RIWAYAT AL-'UQAYLI,DAR QUTNI DARI ABU HURAIRAH)
MENURUT IMAM MUJAHID,HADITH INI BERLAKU DI SUATU KETIKA ADA SEORANG WANITA TERJATUH DARI KENDERAANNYA SEHINGGA TERSELAK KAINNYA DI HADAPAN NABI DAN PARA SAHABAT,MAKA DENGAN SEGERA NADI SAW MEMALINGKAN WAJAHNYA,MAKA PARA SAHABT BERKATA DIA(WANITA ITU)MEMAKAI SELUAR.LALU RESPOND RASULULLAH SAW MEMUJI DAN MENYEBUT HADITH DI ATAS.(AL-BAYAN WA AT-TA'RIF,IBN HAMZAH AL-HUSYANI)
BERDASARKAN DALIL INI JUGA,BERMAKNA ALLAH SENTIASA MELAKNATI WANITA YANG TIDAK BERSELUAR PANJANG(DI SEBELAH DALAMNYA)SEMASA NAIK KENDERAAN.DEMIKIAN MENURUT KAEDAH MAFHUM MUKHALAFAH DI DALAM ILMU USUL FIQH..

SEPOTONG ROTI PENEBUS DOSA

DIRIWAYATKAN OLEH ABU BURDAH BIN MUSA AL-ASY'ARI KETIKA MENJELANG WAFATNYA ABU MUSA,LELAKI ITU BERKATA KEPADA PUTERANYA:"WAHAI ANAKKU,INGATLAH KAMU AKAN CERITA PERIHAL SESEORANG YANG MEMPUNYAI SEPOTONG ROTI."
ZAMAN DAHULU,DI SEBUAH TEMPAT IBADAT,ADA SEORANG LELAKI YANG SANGAT TEKUN MENJALANKAN SURUHAN ALLAH SWT DAN DILAKUKANNYA KIRA-KIRA 70 TAHUN ,SELAIN TIDAK PERNAH MENINGGALKANTEMPAT IBADAT ITU KECUALI PADA HARI YANG DITENTUKAN.
BAGAIMANAPUN,SATU HARI DIA DIGODA SEORANG WANITA SEBELUM BERGELUMANG DI DALAM DOSA SELAMA TUJUH HARI.SELEPAS TERSEDAR,DIA BERTAUBAT DAN MENGEMBARA SELAIN TIDAK PERNAH LUPA UNTUK MENJALANKAN SURUHAN-NYA.
AKHIRNYA,DALAM PENGEMBARAANNYA,DIA SAMPAI KE SEBUAH PONDOK YANG DIHUNI 12 FAKIR MISKIN.KERANA KELETIHAN,DIA TERTIDUR DI PONDOK BERKENAAN BERSAMA KUMPULAN FAKIR MISKIN ITU.
DI SEBELAH PONDOK BERKENAAN,TINGGAL SEORANG LELAKI YANG MEMBERI SEBUKU ROTI KEPADA SETIAP FAKIR MISKIN DI SANA SETIAP MALAM.
PADA SUATU HARI,DATANG INDIVIDU LAIN MEMBERI SEBUKU ROTI KEPADA SETIAP DARIPADA MEREKA.
BAGAIMANAPUN,SEORANG DARIPADA FAKIR MISKIN BERKENAAN TIDAK MENERIMA ROTI KERANA BAHAGIANNYA SUDAH DIBERIKAN KEPADA LELAKI YANG BERTAUBAT ITU.
BERTANYALAH FAKIR MISKIN ITU:"MENGAPAKAH KAMU TIDAK MEMBERIKAN ROTI ITU KEPADAKU?"INDIVIDU BERKENAAN MENJAWAB:"KAMU DAPAT MELIHAT SENDIRI,ROTI YANG AKU BAHAGIKAN SEMUANYA SUDAH HABIS DAN AKU TIDAK MEMBAHAGIKAN KEPADA MEREKA LEBIH DARIPADA SEBUKU ROTI SETIAP SEORANG."
MENDENGAR UNGKAPAN INDIVIDU YANG MEMBAHAGIKAN ROTI,LELAKI YANG BERTAUBAT ITU MENGAMBIL ROTI DITERIMANYA DAN DISERAHKAN KEPADA FAKIR MISKIN YANG TIDAK MENDAPAT BAHAGIANNYA.KEESOKKAN HARINYA,DIA MENINGGAL DUNIA.
DI DEPAN ALLAH SWT,DITIMBANG AMAL IBADAT YANG PERNAH DILAKUKAN LELAKI BERKENAAN SELAMA KIRA-KIRA 70 TAHUN DENGAN DOSA TUJUH MALAMNYA.TERNYATA HASIL DARIPADA TIMBANGAN ITU,AMAL IBADATNYA DIKALAHKAN OLEH MAKSIAT TERBABIT.
BAGAIMANAPUN,KETIKA DOSA YANG DILAKUKANNYA SELAMA TUJUH MALAM DITIMBANG DENGAN SEPOTONG ROTI YANG PERNAH DIBERIKAN KEPADA FAKIR MISKIN YANG SANGAT MEMERLUKAN,TERNYATA AMAL SEPOTONG ROTI ITU DAPAT KALAHKAN PERBUATAN DOSA TERBABIT.
KEPADA ANAKNYA,ABU MUSA BERKATA:"WAHAI ANAKKU,INGATLAH OLEHMU AKAN ORANG YANG MEMILIKI SEPOTONG ROTI ITU."

Saturday, May 15, 2010

11 KEISTIMEWAAN WANITA

1-DOA PEREMPUAN LEBIH MALBOL DARIPADA LELAKI KERANA SIFAT PENYAYANGMYA YANG LEBIH KUAT DARIPADA LELAKI.KETIKA DITANYA KEPADA RASULULLAH SAW AKAN HAL ITU,JAWAB BAGINDA SAW,"IBU LEBIH PENYAYANG DARIPADA BAPA DAN DOA ORANG YANG PENYAYANG TIDAK AKAN SIA-SIA.
2-APABILA SESEORANG PEREMPUAN MENGANDUNG JANIN DALAM RAHIMNYA,MAKA BERISTIGHFAR MALAIKAT UNTUKNYA.ALLAH SWT MENCATATKAN BAGINYA SETIAP HARI DENGAN 1000 KEBAJIKAN DAN MENGHAPUSKAN DARIPADANYA 1000 KEJAHATAN.
3-APABILA SESEORANG PEREMPUAN MULAI SAKIT HENDAK BERSALIN,MAKA ALLAH SWT MENCATATKAN BAGINYA PAHALA ORANG BERJIHAD PADA JALAN ALLAH SWT.
4-APABILA SESEORANG PEREMPUAN MELAHIRKAN ANAK,KELUARLAH DIA DARIPADA DOSA-DOSA SEPERTI KEADAAN IBUNYA MELAHIRKANNYA.
5-APABILA LAHIR ANAK LALU DISUSUI,MAKA BAGI IBU ITU SETIAP HARI SATU TEGUKAN SUSUNYA DIBERI SATU KEBAJIKAN.
6-APABILA SEMALAMAN IBU TIDAK TIDUR DAN MEMELIHARA ANAKNYA YANG SAKIT,MAKA ALLAH SWT MEMBERIKANNYA PAHALA SEPERTI MEMERDEKAKAN 70 HAMBA DENGAN IKHLAS UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH SWT
7-BARANG SIAPA YANG MENGEMBIRAKAN ANAK PEREMPUAN,DARJATNYA SEUMPAMA ORANG YANG SENTIASA MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH SWT DAN ORANG YANG TAKUTKAN ALLAH SWT AKAN DIHARAMKAN API NERAKA KE ATAS TUBUHNYA.
8-HENDAKLAH MENDAHULUKAN ANAK PEREMPUAN DARIPADA ANAK LELAKI.MAKA BARANG SIAPA YANG MENGEMBIRAKAN ANAK PEREMPUAN SEOLAH-OLAH DIA MEMERDEKAKAN ANAK NABI ISMAIL.
9-WANITA YANG SOLEHAH(BAIK) ITU LEBIH BAIK DARIPADA 1000 LELAKI YANG SOLEH.
10-APABILA MEMANGGIL AKAN ENGKAU DUA ORANG IBU PABAMU,MAKA JAWABLAH PANGGILAN IBUMU DULU.
11-SYURGA ITU TERLETAK DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.

Friday, May 14, 2010

~salam mahabah~

TEMAN..

KITA SERING MAHUKAN HARI YANG CERAH
TAPI ALLAH LEBIH MENGETAHUI HAKIKATNYA HUJAN PERLU DITURUNKAN..
KITA SERING INGINKAN KESERONOKAN..JAUH SEKALI KESUSAHAN..
TETAPI ALLAH LEBIH TAHU KESUSAHAN ITULAH YANG MENGAJAR KEHIDUPAN..
KITA SERING INGINKAN KETENANGAN..HAKIKATNYA DIRI INI PENUH DENGAN DOSA DAN KEJAHATAN..
TAPI MANUSIA TAK DAPAT LARI DARIPADA KESILAPAN..
SEMUA ITUBUKANLAH SUATU HUKUMAN..
TAPI SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG ALLAH...

DOA BUAT SAHABAT YANG KU CINTAI

YA ALLAH,MURAHKANLAH REZEKI SAHABATKU INI..
PANJANGKANLAH UMURNYA KERANA SESUNGGUHNYA AKU BELUM
HABIS MENGENALI DIA..
LIMPAHKANLAH RAHMATMU PADA KELUARGANYA AGAR
DIA BAHAGIASENTIASA..
MUDAHKANLAH ILMU-MU KEPADANYA..
DEKATKANLAH HATINYA KEPADA-MU DAN KEKALKANLAH
IMAN DALAM HATINYA...
DAN BERKATILAH PERSAHABATAN KAMI
JIKA MEMANG DITAKDIRKAN KAMI BERSAMA....

cintaku

INSAN TERSAYANG BUKAN YANG SELALI DI DEPAN MATA
YANG SENTIASA DISISI TETAPI...
YANG SETIA DI HATI DAN DIINGATI DALAM SETIA
BISIKAN DOANYA..

APA ITU CINTA????

CINTA.......

satu ungkapan yang belum pasti keindahanya
kerana disebalik keindahan itu tersirat seribu
kepahitan...
pasti akan merentap kedamaiann jiwa
seorang pencinta tatkala ikatan diundang
kekecewaaan....
namun ia tetap betah menjemput setiap
jiwa yang punya hati dan perasaan...
hakikat yang tersimpan disebalik anugerah
ini tidak terungkai dengan bicara bibir..
tak tergambar dengan lakonan begitu syahdunya
kurniaan illahi lahir dari hati seorang insan..
yang berakal,beremosi,penyayang dan perasaan..