ANTARA DUA CINTA YANG INGINKU MILIKI CINTA INSANI DAN CINTA ILLAHI.. PASTI YANG UTAMA CINTA ILLAHI.. KERNA CINTANYA YANG HAKIKI.. ANTARA DUA INSAN YANG INGINKU MILIKI KEKASIH HATI DAN SAHABAT SEJATI.. PASTI YANG UTAMA SAHABAT SEJATI.. KERNA SETIANYA SUKAR DI TEMUI..
Wednesday, September 28, 2011
HaWa,AmBillah Ikhtibar Dari Pohon Semalu…
salam bl0gger..
j0m2 dg0r cerita nie..^^"
sm0ga ianya memberi manfaat buat kamu..>____<
Pada suatu hari, rasullullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpihjak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan…
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasullullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut….
Rasullullah menyambung kata-katanya lagi. Kaum hawa hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek...
Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa perempuan perlu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya ).
Kedua : semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, perempuan perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga : semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna perempuan solehah hendaklah mempunyai keterikaan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul ‘Alamin.
Dan akhir sekali : semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu kaum hawa sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Subscribe to:
Posts (Atom)