Saturday, March 16, 2013

perjalanan hidup, perjalanan dakwahku

Assalamualaikum wtb sahabat2..
moga iman sentiasa bertambah dan sentiasa sihat hendakNYA..
insya'ALLAH..

Dakwah.. ble disebut dakwah, jauh dari sudut hati ini ingin sekali berdakwah di jalanNYA.. kini, aku masih merangkak2 untuk berdakwah.. ilmu yang ku punya hanya sekecil benih sawi.. aku harus belajar dan mencarinya dengan lebih lagi. kini, sasaran dakwahku adalah cuba untuk mengenalkan islam kepada roomate ku.. roomate ku beragama lain.. dia seorang indian, student law, sem 4.. jauh dari sudut hatiku, sedih melihat dia.. dia seorang yg sgt baik padaku, selalu menghulurkan pertolongan saat ku perlukan, kami selalu bertukar2 cerita..  hatiku menjerit2"alangkah indahnya dapat ku bawa dia ke agamaMU ya ALLAH.."

Tapi, dakwah berseorangan bukan mudah.. meski kami seperti sahabat, kadang kala bertikam lidah juga apabila berdebat mengenai agama.. ALLAH, sungguh aku amat2 perlukan sokongan dan sandaranMU..
aku tidak cukup kuat utk melakukannya seorang diri.. kerana ilmu tidak cukup byk utk menjawab segala persoalan dia.. aku harus berusaha ya ALLAH..

kini aku masih lagi dalam memperjuangkan agamaMU.. seketika, aku terbaca mengenai sebuah cerita yang mana seorang pemuda meletakkan perjuangan dakwah itu sebagai isteri pertamanya.. ALLAH, sgt indah ya ALLAH.. terdetik dihati, ingin sekali aku diperjodohkan dgn org seperti itu.. aku tidak mahu mengganngu perjuangan dakwahnya.. aku hanya ingin berjuang bersama2nya.. belajar darinya tentang langkah2 dakwah.. tapi, masih adakah yg sudi?



Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya ditanganMU.. aku redha ya ALLAH.,. meski aku mahu yg itu, bg ku ianya sgt baik tapi bgMU ia tdk baik..

ya ALLAH, ku amat perlukan sokonganMU.. untuk ku teruskan perjalanan dakwahku.. pertemukanlah ku dgn seseorang yg dapat membantu perjuangan dakwahku.. moga ENGKAU redha segalanya.. aminn..

waallahualam..


"" ku tidak mahu menggangu perjuangan dakwahnya, tapi ku mahu dakwah bersama2nya..""