Pemilihan calon suami
a. Menerangkan ciri-ciri bakal suami & isteri
¨ Berharta.
¨ Berketurunan baik.
¨ Cantik.
¨ Beragama.
b. Menghurai perempuan yang haram dikahwini
i. Haram selama-lamanya, ada 3 faktor / sebab utama :
· Faktor keturunan. Contoh :
1) Ibu, nenek dan ke atas.
2) Anak, cucu, cicit dan ke bawah.
3) Adik beradik perempuan seibu sebapa.
4) Adik beradik perempuan seibu.
5) Adik beradik perempuan sebapa.
6) Emak saudara sebelah bapa.
7) Emak saudara sebelah ibu.
8) Anak saudara dari adik beradik perempuan dan ke bawah.
9) Anak saudara dari adik beradik lelaki dan ke bawah.
· Faktor penyusuan. Contoh :
1) Ibu susuan.
2) Adik beradik ibu susuan.
3) Adik beradik susuan.
4) Anak saudara ibu susuan.
5) Ibu mentua susuan.
· Faktor musaharah / persemendaan. Contoh :
1) Ibu mentua dan ke atas.
2) Ibu tiri dan ke atas sama ada telah disetubuhi atau tidak.
3) Anak tiri (jika ibunya telah disetubuhi).
4) Menantu perempuan dan isteri cucu lelaki dan ke bawah sama ada telah disetubuhi atau tidak.
ii. Haram buat sementara waktu
· Perempuan yang ditalak tiga.
· Isteri orang.
· Perempuan yang masih dalam idah.
· Perempuan yang sedang hamil hasil perzinaan.
· Perempuan yang tidak beragama samawi.
· Mengumpul isteri dengan mahramnya seperti adik beradiknya atau anak saudaranya dalam satu masa.
· Perempuan yang hendak dijadikan isteri kelimanya sedangkan ia sedang memiliki 4 orang isteri.
| |
Peminangan dan batas-batas pergaulan
a. Merisik
§
Maksud: langkah awal dalam proses memilih calon
isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dihendaki oleh
seseorang
§ Islam mengharuskan seseorang lelaki dan perempuan melihat bakal tunangnya.
b. Meminang
§ Maksud: lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.
§ Konsep :
- Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri.
- Boleh dilakukan dengan lafaz terang atau kiasan.
- Biasanya
pihak lelaki memberikan hadiah kepada pihak perempuan ( ia tidak
bertentangan dengan ajaran islam, asalkan tidak berlaku pembaziran
atau ada unsur maksiat ).
c. Batas pergaulan dalam tempoh pertunangan :
§ Masih seperti orang asing / ajnabi.
§ Diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa mahram.
| |
Rukun-rukun nikah
1. Bakal suami.
2. Bakal isteri.
3. Wali;
·Syarat wali;
i. Islam.
ii. Berakal.
iii. Adil.
iv. Bukan dalam ihram.
v. Baligh.
vi. Lelaki.
vii. Dengan rela sendiri.
· Jenis-jenis wali ;
i. Wali nasab ( keturunan ).
a. Wali mujbir.
b. Wali bukan mujbir.
ii. Wali hakim
- Mereka
yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan
perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan
wali nasab untuk mengahwinkannya.
· Susunan wali ;
È Bapa (wali mujbir).
È Datuk sebelah bapa (wali mujbir).
È Adik beradik lelaki seibu sebapa.
È Adik beradik lelaki sebapa.
È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki seibu sebapa dan ke bawah.
È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki sebapa dan ke bawah.
È Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas
È Bapa saudara dari sebelah bapa.
È Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu).
È Anak lelaki dari bapa saudara pihak bapa (sepupu).
È Raja (wali hakim).
· Syarat perkahwinan dari wali mujbir;
i. anak dan bapa tidak bermusuhan.
ii. bakal suami sekufu dengan anaknya.
iii. mas kahwinnya tidak kurang dari mas kahwin adik-beradik perempuannya.
iv. bakal suami anaknya mampu membayar mas kahwin.
v. bakal suami anaknya mampu menanggung keperluan hidup / tidak mendatangkan mudarat.
· Sebab yang mengharuskan perpindahan wali nasab kepada wali hakim.
i. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan.
ii. Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati.
iii. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah.
iv. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi.
v. Wali sedang dalam ihram haji atau umrah.
vi. Wali mnyembunyikan diri.
vii. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan.
viii. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya.
ix. Wali enggan mewalikan perempuan itu.
4. 2 orang saksi;
· Syarat saksi;
i. Baligh.
ii. Adil.
iii. Berakal.
iv. Merdeka.
v. Sempurna penglihatan & pendengaran.
5. Lafaz ijab dan kabul;
· Syarat lafaz ijab;
· Dilafazkan oleh wali atau wakilnya.
· Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis.
· Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran.
· Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi.
· Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul.
· Ditentukan / disebutkan nama pengantin perempuan.
· Syarat lafaz kabul;
· Tidak menyalahi ijab.
· Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya.
· Menyebut nama bakal isteri atau banti namanya.
· Dalam satu majlis.
· Ucapan kabul selepas ijab.
· Tidak diselangi dengan apa-apa ucapan atau diam yang lama.
· Bahasa yang jelas dan mudah difahami.
· Tidak dengan lafaz taklik.
|
Mahar
a. Maksud mahar :
· Suatu
pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam
bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah.
b. Hukum nahar :
· wajib.
c. Jenis nahar :
· Mahar musamma:
- Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
· Mahar misil :
- Mahar yang ditentukan kadaarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri.
d. Kadar mahar:
· Islam tidak menetapkan kadar mahar.
· Ia bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak bakal suami dan isteri
· Kedudukan isteri dan suami diambil kira sebagai asas penentuan.
e. Hikmah kadar mahar tidak ditetapkan oleh islam:
· Membolehkan pihak suami dan isteri berbincang mengenai kadar yang sesuai dan berpatutan.
· Islam tidak mahu membebankan umatnya dengan menetapkan perkara yang diluar kemampuan dan taraf umatnya.
· Islam mahu umatnya mengamalkan sifat bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.
f. Syarat mahar :
· Ulamak
mazhab syafie dan hanbali berpendapat bahawa semua barang atau
manfaat yang boelh dijadikan bayaran atau upah boleh dijadikan
mahar.
· harta yang bernilai.
· bukan harta yang dirampas.
· bersih dan halal.
· kadar dan jenis disebut dengan jelas.
g. Hikmah diwajibkan mahar :
· Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama.
· Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga.
· Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri.
· Memulia dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita.
|
Walimatul urus
a. Maksud walimatul urus :
· kenduri / jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.
b. Hukum walimatul urus :
· Sunat muakkad.
c. Adab walimatul urus :
· Diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolok gadai.
· Tidak menimbulkan sifat riyak dan bangga diri.
· Tidak
mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan
upacara tepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan
mahram tanpa batas.
d. Hikmah walimatul urus :
· Melahirkan rasa kesyukuran kepada allah kerana dapat membina rumahtangga.
· Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
· Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin.
· Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangantelah menjadi suami isteri yang sah.
|