Wednesday, March 30, 2011

"Cintailah seseorang itu kerana ALLAH"

Bila kita cintakan seseorang kerana ALLAH..tiada apa yg dapat memisahkan kita melainkan kematian..
Ana pasti semua orang pernah melalui perasaan yg ALLAH anugerahkan ini..tidak terkecuali ana..tapi,bilamana kita ikhlas cintakan seseorang itu kerana ALLAH,kita tidak akan merasa resah,takut dan gelisah kerana takut orang yang kita cintai itu di minati atau di cintai oleh orang lain..kita akan sentiasa tenang kerana kita percaya pada takdir yg telah ALLAH tetapkan untuk kita..benarlah kata pepatah,kalau dah jodoh tak kemana..so,kenapa kita nak rase gelisah,tak senang dududklah apelah bila orang yg kita cintai itu di cintai oleh orang lain..tenangkan hati..dan yakin pada kuasa ALLAH..kalau benar dia bukan milik kita,pasti ade hikmah yg ALLAH cuba sampaikan pada kita..kita tidak boleh menyalahkan takdir ALLAH..kerana ALLAH nak selamatkan kita daripada kemungkinan yg berlaku..
Bila kita cintakan seseorang itu kerana ALLAH,tidak perlulah kita mendampingi dirinya selalu..
Ana tahu kebanyakkan remaja diluar sana kalau boleh mahu sentiasa bersama dengan orang yg mereka cintai..sebagai seorang muslim dan muslimah wajarkah kita berbuat demikian?kalaulah sebelum kawin lagi kita dah buat macam tue,hari-hari nak berjumpa..lepas kawin nanti kita akan mula merasa jemu..kerana apa yang kita nak buat semua dah kita buat sebelum kawin..sebab tue ALLAH berfirman"jauhilah zina"..segala apa yang ALLAH perintahkan itu ade hikmah yang tersembunyi..ade musabab-musabab yg tertentu..kenapa kita perlu ingkar padaNYA?kenapa kita perlu mendatangkan kemarahanNYA?..jawapan itu ade pada diri antum dan antuna semua..tepuk dada,tanya iman...waallahua'alam...(^_^)