Monday, September 3, 2012

SEPARUH JIWAKU PERGI

salam sahabat2 amal yg amat kasihi..
moga kalian sihat hendaknya.. moga iman sentiasa bertambah dari masa ke semasa..
insya'ALLAH, aminn..

SITI ZAINAB@ZAINAH BT SYEIKH OMAR, telah pergi meninggalkan aku buat selamanya..
kehilangannya membuatkan separuh kegembiraan ku di tarik oleh ALLAH..
tiada lagi seri dlm hidup nie.. tiada lagi lambaian dia sewaktu ku bertandang ke rumahnya..
tiada lagi suara2 yg membuatkan jiwaku tenang..
terkenang wajah keibuan di wajahnya dahulu.. yg sanggup menjaga ku ketika ku masih kecil dan sehingga ku besar.. sehingga umur ku 21 thun.. satu jangka masa yg agak panjang..sanggup menerimaku dlm hidupnya..
terkenang kata2nya yg ingin melihat aku berkahwin.. ALLAH..
tapi kini segala2nya telah tiada..

Janji ALLAH.. setiap yg hidup pasti akan mati..
ALLAH telah menamatkan segala kesakitan dia sewaktu dia di tahan wad..
sungguh sayu ku lihat wajahnya menahan kesakitan..
ingin sekali ku membantu dia mengurangkan kesakitan dia.. kerana dia selalu membantuku ketika ku dalam kesakitan..

Igt lagi sewaktu kecil, dia lah yg siap2kan aku nk g sek agama..
dia pkaikan aku tudung.. lambai aku g sek.. masak utk ku..
dia merupakan ibu keduaku..
sewaktu mak mula berkahwin dgn abah, aku duduk dgn dia..
sewaktu tue, aku masih belum dpt menerima kehadiran org baru dalam keluargaku..
dia, hanya dia yg memahamiku..

Apabila aku cuti sem, bertandang kerumah dia, tersenyum dia melihatku..
sewaktu tue, teringin sekali ku hendak bawanya berjalan2 ke terengganu..
aku menceritakan keindahan terengganu, jelas di wajahnya teringin melhatnya sendiri..

Ramadhan kali nie merupakan ramadhan terakhir ku dpt berbuka puasa bersama2 dia..
dia sgt takut makanan yg di hidangkan kpd ku tidak cukup.. sungguh ku terharu ketika itu..
dia sgt mengambil berat tentangku..
aidilfitri tahun ini juga merupakan aidilfitri terakhir ku bersama dia..
sempat lagi dia titipkan duit raya buatku dan adik beradik yg lain..
setiap tahun, dia berikan ku duit raya..
kadang2 duit kocek utk belajar.. ALLAH.. terlalu byk jasa dan kenangan bersama dia..

Pernah juga dahulu sewaktu dia mengalami penyakit yg membuat pkiran dia terlupa akan kehadiran anaknya..
dia berikan ku sedikit wang utk ku doakan agar anak lelakinya pulang kerumah..
dia rindu akan anaknya.. katanya, doa dariku makbul.. ALLAHUAKBAR!
ternyata aku tidak mampu menahan kesedihan sewaktu itu..
anak lelakinya ada je di rumah tue, cuma dia merasakan tue bukan anaknya..
anaknya keluar dan tidak pulang2..
ku katakan pada dia,"mak, doaku bukan selalunya di terima oleh ALLAH.. tapi sentiasa di dengari oleh ALLAH kerana ALLAH an maha mendengar.. ku akan sentiasa berdoa utkmu. ambillah kembali duit ini. sekalipun mak x berikan duit nie, ku tetap akan berdoa utknya.."
tapi, dia tetap mahu berikan wang itu kepadaku.. katanya upah utk ku berdoa.. ALLAH.. tiada upah dlm berdoa mak. berdoakan merupakan lambang pengabdian seorg hamba pada ALLAH..
amat2 serba salah ku di buatnya.. bukan nilai yg kecil, nilai yg terlalu besar buatku..

Dia lah org pertama yg mengungkapkan kata2 sebegitu yg membuatkan ku tergamam..
terlalu tinggi dia memandangku..
teringat ku bila dia rujuk kpdku tentang hal2 agama..
di tanyakan ku tentang solat.. bagaimana cara2 solat kalau dirinya sedang sakit..
alhamdulillah, sedikit sebanyak dpt ku kongsikan kpd dia..

Ku harap, seluruh keluarganya tabah dan redha dgn takdir ALLAH ini..
yg hidup pasti akan mati.. itu pasti..
setiap yg berlaku ade hikmahnya..  ALLAH sedang mengajarmu erti tabah..
moga keluarganya tidak meratapi pemergiaan dia..
ku amat2 bimbang roh juga turut bersedih melihat anaknya bersedih..
ku tahu dan ku pernah merasakan kehilangan seseorg yg kita sayang..
moga mereka tabah menghadapi dugaan ALLAH nie..


Tp kini tiada lagi dia di sisi..
sungguh kehilangannya membuatkan separuh jiwaku pergi..
kenangan bersama dia terlalu byk dan x mgkin ku lupakan..
jasa2nya tdk dpt ku balas.. terlalu byk..
ku akan sentiasa mendoakan dia di sana..
itu saja yg mampu ku lakukan..
pemergiannya pada 2 september 2012 merentap jiwaku..
semoga ALLAH tempatkan dia di kalangan org yg beriman..
semoga ALLAH mencucuri rahmatnya..
dan semoga dia tenang di sana..
insya'ALLAH.. aminn..