Monday, May 16, 2011

SEBELUM LELAP....

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan izinMu ‘relung-relung hati ‘ ini mampu menyedari dan merasai suatu kekosongan yang sebenarnya perlu di isi.....KOSONG...

KOSONG…Kau melihat hati ini begitu kosong malah asing sekali untuk terus merasa Kau ada untukku selama ku bernafas sebelum aku lelap..

Sebelum aku lelap, aku begitu mengharapkan setiap nafas adalah butir-butir tasbih ku padaMu..Begitu sekali aku dambakan Ya Allah, kerana aku begitu mengharap ‘relung-relung hati’ selalu kembali kepadaMu walau ada kalanya berlari jauh dariMu..

Dambaku Ya Allah, Ku harapkan hari lelap itu datang tika mulut, hati ,jiwa dan semuanya mampu menyebut namaMu..Ya Allah..Dambaku agar saat lelap itu datang tika aku begitu dekat denganMu..mengisi ‘Relung-relung hati'...

Buat sahabat dan saudaraku, detik lelap sudahpun tertulis bila waktunya mahupun dimana..Dan kita semua semakin menghampiri waktu lelap itu..samada lambat ataupun cepat..

Saudaraku, ambillah sebentar masamu untuk berfikir tentang detik kematian yang sesungguhnya paling hampir denganmu..Entah BILA, entah DI MANA , entah BAGAIMANA..

Adakah lelap tika hati berbuat maksiat kepada Allah..nauzubillah..Doakan hati dalam dada itu tidak sombong , merasakan sudah beriman,

YA! mungkin sekarang kau beriman dan percaya tuhanmu adalah Allah..malah mulutmu juga masih lancar menyebut ALLAH..Tapi entah bagaiman kelak hati itu tika waktu lelap sampai..adakah hati itu kan beku..tidak tahu siapa TUHANmu.. Nauzubillah..

Entah bagaimana mulut itu, adakah lidahkan keras..tiada apa yang boleh diungkapkan lagi..Nauzubilllah..Mohonlah agar hati masih boleh menyebut Allah tika lidah itu kelu..

Saudaraku,
saat ini tundukkanlah
wajahmu.. Tundukkanlah hatimu itu kepadaNya..
sementara kau bernafas sebelum lelap..
Lalu berdoalah sahabatku..
Ya Allah janganlah Kau pesongkan hati kami setelah Kau memberi petunjuk dan hidayah kepada kami. AMIN

SIAPA TEMAN DI KUBUR?
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran"

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa “Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : “Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!”

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata : “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat”.”Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi”. Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga”

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Saudaraku, cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al-Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Rasa yang membaluti aku kemas
Rasa itu seperti menjerut mahukan jiwaku sesak
urat nadi yang terikat tercincang halus
sakit bukan kepalang..
pedih…ngilu sekali..
Akhirnya datang..
sebuah kematian yang tidak diundang
terkujur sebuah jasad yang terpinga tanpa tahu mengapa begitu rasanya
terkebil-kebil sendiri dalam pembaringan..
degup kian lelah..
lelap..
MATI..

~INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIU’N...~