Nak share tentang KEKASIH diriku? (diriku metaip huruf besar itu sebab diriku terlampau sayang kat DIA) penyayang sifatNya....Betul, tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan itu. Apa taknya, masa diriku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Tentu akan datang bantuan. Bila diriku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA. direct. Yang bestnya itu, bila diriku ngadu kat DIA, terasa aman saja. Sudah tentulah....KEKASIH, kan? Ish beruntung betul dapat KEKASIH cam nie... Tak pernah sakitkan hatiku. Bila-bila masa saja diriku boleh contact DIA.
Yang seronoknya, sebab betul-betul rasa DIA dekat ngan hati ini! Yer lah kan, cinta punya pasalkan? DIA tak kisah pun kalau diri tak ingat kat DIA. Tapi rugilah diriku, sebab kalau diriku ingat dan contact DIA, pasti macam-macam boleh dapat. Tak kiralah, material ke spiritual ke... emmm memang
KEKASIH sejati ler tu! Bila diriku rindu kat DIA, baca saja surat-surat yang DIA bagi tu.
Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example nak bagi diriku
faham. Sebelum ini pernah jugak diriku frust, memang sedih betul pada masa
itu. Yerlah kan, cinta bagai nak rak tiba-tiba putus begitu saja. Tapi KEKASIH aku yang ini lain ,DIA tak kisah pun dengan cerita diriku yang frust itu. Siap bagi semangat lagi.DIA tak cemburu sikit pun. Cuma diriku yang cemburu dengan DIA.
Memang ramai yang jatuh cinta dengan DIA, jadi aku kenalah betul-betul. Kata orang putih...what you give, you get back...jadi, kalau diriku berusaha lebih sikit diriku dapat lebih kan? KEKASIH diriku ini teramat baik .Perfect! Tu yang kadang-kadang area 3-4 pagi di tengah malam, kalau diriku terjaga, sudah tentu diriku akan contact DIA. Rindulah! Sebenarnya KEKASIH diriku ni kaya. millionaire..billionaire. dan ntah apa-apa naire lagi..
DIA tu sangat pemurah. Semua keperluan hidup diriku DIA support. caya tak? Free of charge. tapi diriku tak sedap hatilah..mesti kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak selalu kata, kalau orang dah bagi tu, ambil sahaja walau kita suka atau tak suka. Lepas tu,pandai-pandailah membalas budi. Tu yang buat diriku sanggup apa saja. DIA suruh belajar bersungguh-sungguh.
Kalau boleh belajar segala ilmu. Sebab, KEKASIH diriku ini memang
bijak, pandai, genius dan lain-lain. DIA kata, tanpa ilmu setiap amal yang aku buat jadi sia-sia saja. DIA pun tambah sayang kat diriku kalau rajin belajar. Malu nak cakap ni, sebenarnya emmmmm,. diriku belum pernah jumpa dengan DIA. Belum bersedia laa. Tapi KEKASIH diriku ini dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ini menghitung hari diriku ni. Tapi kecut perut jugak! Takuttt !! Diriku mesti bersedia awal-awal.
Daripada surat DIA yang ada tu, diriku tahu apa yang DIA suka dan apa yang DIA tak suka. Mestilah diriku nak buat apa yang DIA suka, jadi bertambah-tambah sayang DIA kat diriku, kan? Tak apa laaa, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji dengan sesiapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang tak pernah diriku terfikir pun! Ish!! Rindu sangat dah ni!
KEKASIHKU. AKU BERJANJI,AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI. WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK
PERNAH BERJUMPA AKU TETAP BAHAGIA..ITULAH KEKASIHKU.....ALLAH S.W.T. CINTA TERAGUNGKU!!!
Wallahu A'lam....