(`'•.¸ Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka
yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik
dan lebih tinggi dariku”.
(`'•.¸ Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam
hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan
diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik
dariku”..
(`'•.¸ Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam
hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama
dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
(`'•.¸ Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka
ucapkanlah (dalam hatimu):“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan
kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa
yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
(`'•.¸ Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka
katakanlah (dalam hatimu) :“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh
(tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui
akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia
tentu lebih baik dariku.”
(`'•.¸ Jika bertemu dengan orang kafir, maka
katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di
akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di
akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk..
InsyaAllah..muhasabah bersama..^^