Ketika Allah Memilihmu Untukku..
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..
Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..
Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..
ANTARA DUA CINTA YANG INGINKU MILIKI CINTA INSANI DAN CINTA ILLAHI.. PASTI YANG UTAMA CINTA ILLAHI.. KERNA CINTANYA YANG HAKIKI.. ANTARA DUA INSAN YANG INGINKU MILIKI KEKASIH HATI DAN SAHABAT SEJATI.. PASTI YANG UTAMA SAHABAT SEJATI.. KERNA SETIANYA SUKAR DI TEMUI..
Saturday, January 29, 2011
Wednesday, January 12, 2011
"Insya'ALLAH Bukan Alasan Mungkir Janji"
"Insyaallah" Bukan Alasan Mungkir Janji
Soalan :
Kita selalu dengar orang berkata “Insya Allah” setiap kali berjanji hendak
melakukan sesuatu perkara yang diminta atau menghadiri sesuatu majlis jemputan dan
sebagainya. Sesetengah mereka menggunakan ucapan “Insya Allah” sebagai alasan
untuk tidak menunaikan janji yang dibuat itu malah kadangkala ucapan itu saja sudah
menggambarkan bahawa janji-janji itu tidak mungkin ditunaikan. Apakah pandangan
Islam terhadap perkara ini?
Jawapan :
Islam mengambil berat kesejahteraan dan keselesaan hidup umatnya. Banyak ayat al-Quran dan hadis menganjurkan supaya umat Islam hidup berbaik-baik, hormat menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain.
Menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam seperti firman Allah yang bermaksud : “Dan penuhi (sempurnakanlah) perjanjian (dengan Allah dan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”-(Al-Israk:34).
Malah, dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah s.w.t., seperti firman-Nya yang bermaksud: “…..Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji……” – (AL-Baqarah:177).
Di samping itu, banyak pula hadis yang menuntut supaya umat Islam menjadi umat yang menghormati janji. Malah, Rasulullah sendiri pernah keluar menunggu beberapa hari kerana menunaikan janjinya hendak berjumpa seseorang. Demikian juga umat Islam dituntut supaya menjadi umat yang bertanggungjawab terhadap janji yang dibuat, kecuali ada keuzuran atau halangan yang tidak dapat dielakkan. Besar dosanya bagi orang yang suka membuat janji dan sengaja tidak mahu menyempurnakannya, kerana perbuatan itu boleh menyusahkan orang lain dan dianggap tergolong dalam golongan orang munafik.
Sebagai seorang muslim yang yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah, maka setiap kali membuat janji hendaklah menyebut “Insya Allah” yang bermaksud : “Jika dikehendaki Allah”.
Bagaimanapun, perlu diingat bahawa ucapan itu bukanlah satu alasan untuk tidak menunaikan janji yang dibuat.
Ucapan “Insya-Allah” itu hendaklah disertai dengan ‘azam untuk menunaikan janji itu supaya dia tidak tergolong dalam golongan orang yang munafik. Sebutan “Insya Allah” itu adalah sebagai tanda keimanan dan keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah, kerana kita yakin bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu kecuali dengan izin Allah.
Allah berfirman, maksudnya : “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya-Allah”. Dan ingatlah akan tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan tuhanku memimpinku ke jalan pertunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”. – (AL-Kahfi : 23-24).
Dalam sebuah hadis, Rasulullah menceritakan bahawa pada satu malam, Nabi Allah Sulaiman yang mempunyai banyak isteri,.0 bersumpah dengan menyatakan bahawa: “Pada malam ini aku akan mendatangani semua isteriku dan masing-masing akan mengandung dan melahirkan anak lelaki yang akan menjadi mujahid (pejuang) menegakkan agama Allah.”
Ucapan itu tidak disertai dengan “Insya-Allah” dan akhirnya yang mengandung hanyalah seorang isterinya. Itupun melahirkan anak yang cacat.
Sabda Rasulullah, bermaksud “Kalaulah Nabi Allah Sulaiman berkata “Insya-Allah” nescaya akan lahirlah zuriat yang akan menjadi mujahid (pejuang) pada jalan Allah”. (Fath al-Bari; jld. 6; m.s.558)
Kesimpulan ; Berdasarkan kepada hujjah dan alasan yang tersebut di atas dapat kita faham bahawa betapa pentingnya menjaga hubungan kita dengan Allah dan juga manusia. Sehingga Islam mensyariatkan bahawa seseorang itu melafazkan kalimah “Insya Allah” sekiranya ia berjanji hendak melakukan sesuatu perkara yang ia tidak pasti dapat melakukannya atau tidak, tetapi janganlah pula ini dijadikan alasan untuk melarikan diri daripada menyempurnakan janji yang dibuat. Kerana kalau kita tahu bahawa kita tidak akan dapat melakukan suatu perkara atau menunaikan janji itu maka seharusnya kita berterus terang sahaja, kalau tidak maka kita telah melakukan suatu pembohongan yang terancang.
Wallahua’alam
(dipetik dari group Bincang Agama)

Subscribe to:
Posts (Atom)