Friday, July 29, 2011

~Harapan ramadhanku~


WAHAI TUHAN..INI HARAPANKU PADA RAMADHANMU..~

Ramadhan, masih adakah kesempatan waktu untuk kita bertemu?Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan tiba.

Dalam mengira detik-detik yang akan berlalu hingga menemui Ramadhan, hati terasa amat berdebar-debar juga merasa sayu. Apakah masih ada lagi waktu untuk diri kita mengecapi kemanisan Ramadhan yang mungkin hanya bakal tiba dalam seminggu dua?

Masih adakah hari-hari esok untuk kita bertemu dengan Ramadhan?

Setelah setahun kita menunggu, apakah masih ada Ramadhan untuk kita pada kali ini?

Ya, debaran ini mungkin lebih indah dari menghitung hari pernikahan. Ia adalah satu kekasih yang ditunggu-tunggu saban tahun. Yang datang hanya sementara. Yang datangnya meminta kita mengorbankan hal-hal keduniaan lalu menumpukan sepenuhnya diri kita kepada Pencipta.

Sungguh, inilah bulan kemuliaan. Moga Allah menyampaikan kita kepada bulan kerahmatanNya ini. Moga kita bertemu dengan Ramadhan kali ini. Dan moga kita telah persiapkan diri untuk menemui bulan yang kita nanti. Puasa kita, ibadah kita, tilawah kita, moga Allah memberi keberkahan atas setiap persediaan diri kita.

Doa daripada Rasulullah s.a.w diriwayatkan daripada Anas r.a:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan."(H.R Baihaqi)

Moga dalam keberkahan persediaan ini, Allah menyampaikan kita kepadanya.

~✿ Wahai Tuhan, sampaikanlah kami kepada bulan kerahmatan dariMu, Ramadhan Kareem. Hari demi hari dihitung, mogakan bertemu wahai bulan yang dirindu oleh semua kaum mukminin..✿~

Tuesday, July 26, 2011

Lelaki kacak untuk didampingi..


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat
dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila
seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang
mendiami antara dadanya dan kain kafan itu Bila
selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli
keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan
datanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cuba untuk
memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat
membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal
dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang
kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke
syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala
dengan suara yang kuat.""Janganlah engkau bimbang.
Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak
akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai,
orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu
hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu
adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat
Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa
berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita
adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan
sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah
ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan
mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun
untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi ! yang
akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali
amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah
menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung
dan janji Allah itu adalah benar.

Friday, July 22, 2011

~DOA UNTUK KEKASIH.. ~


Ya Allah.... Seandainya telah
engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah
kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu
abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha
mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup
ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau
takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh
dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari
ingatanku... Dan peliharalah aku dari
kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya
jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan
merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa
bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah
hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah
patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan
takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau
takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana
engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik
buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi
pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini
mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah
kemaksiatan dan kemungkaran... Maka
kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat
membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang
Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Tuesday, July 19, 2011

~SETIAP WANITA ITU CANTIK….~


Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya
“Mengapa ibu menangis?”
“Kerana ibu seorang wanita,” dia berkata kepada anaknya.
“saya tidak mengerti,” jawab anak kecil tersebut.
Sang ibu memeluk anaknya dan berkata “Dan kamu tidak akan pernah mengerti”
.
Kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya
“Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?”
“Semua wanita menangis tanpa ada alasan,” hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya.
Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih merasa hairan mengapa wanita menangis.
.
Akhirnya dia mengadu pada Tuhan, dan dia bertanya,
“Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”
Tuhan berkata “Aku menciptakan wanita istimewa.
Aku menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia,
tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.”
“Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan karenah dari anak-anaknya”
“Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat semua orang sudah menyerah,
dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah maupun sakit.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun mereka menyakitinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”
“Aku memberinya kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isetrinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dicurahkan.
Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan.”
“Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan luaranya, atau cara dia menyisir rambutnya.“
“Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam.

Saturday, July 16, 2011

~nisfu sya'aban~


Nisfu Sya'ban... Renung2kan dan selmat beramal;-)

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Friday, July 8, 2011

Cinta datang dan pergi

tika cinta itu datang,kita akan merasa kebahagiaan itu milik kita se0rang..ketika cinta itu pergi,kita merasakan diri kita kehilangan sesuatu yg berharga..cinta..mudah datang dan pergi..aku tidak mampu menghalangmu pergi..aku tidak mampu menyuruhmu setia padaku..kerna aku manusia biasa..kadang kala mengikut perasaan semata-mata...kadang kala juga,aku tidak mampu utk bertahan menanggung beban ini...ingin sekali aku lari dari smua ini..ingin sekali aku tidur buat selamanya utk meninggalkan urusan dunia ini..ya,ALLAH..bantulah diriku ini...lindungilah diriku dari melakukan perkara2 yg mendatangkan kemurkaanMU..amin ya rabbal alamin..


Wednesday, July 6, 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah" "Baitullah tu apa?" ... "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah" "Allah ada dalam tu?" "Tak.." "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?" "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.." "Kamu sembah apa?" "Saya sembah Allah swt" "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?" "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.." "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.." "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?" "Pernah.. selalu.." "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?" "Tengok perlawanan bola la.." "Di mana?" "Dalam tv la.." "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.." "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.." "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.." "So..?" "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?" "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.." "Peliknya.." "Sebab apa pulak pelik?" "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.." "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.." "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?" "Ya.. tak pelik.." "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.." "Erk.. kau betul.." sila sila la share~~