Tahniah adik di atas kejayaan SPM 2011..kakak d0akan adik dpt memilih arah kehidupan adik pada masa akan datang dengan baik..kami sekeluarga sentiasa mendoakan semoga adik sentiasa di bawah rahmat ALLAH, di lindungi ALLAH..
kakak bersyukur kepada ALLAH kerana ALLAH mengurniakan kakak seorang adik yang baik mcm adik. Walau adik x selalu borak2 dengan kakak, tp kakak sayang pada adik sgt3. kakak percaya adik mampu menempuh hidup adik di bumi ALLAH ini..kakak sentiasa bersama adik jika adik memerlukan pertolongan..
Kejayaan adik dengan abang benar2 buat kakak gembira.walau kakak tidak sebijak adik dengan abang, kakak bersyukur kamu berdua bijak..di kurniakan 0leh ALLAH ilmu2 yg banyak..semoga adik dengan abang dapat memanfaatkan ilmu yg telah ALLAH pinjamkan pada kamu itu ya!
kakak bersyukur sangat2 pada ALLAH..kerana ALLAH telah kurniakan kakak sebuah keluarga yg bahagia.ALLAH kurniakan kakak seorang adik yg baik, seorg abang yg penyayang dan seorang ibu yg amat9 kasih pada kita..kakak bersyukur sgt..
kakak harap, adik dengan abang tidak lupakan kakak dengan ibu ya..bila berjaya kelak,jgn lupa pada kami..kami sentiasa mendoakan adik dengan abang dan sentiasa berharap adik dengan abang akan memilih jalan kehidupan berlandaskan AQS dan semoga hidup kamu sentiasa di bawah payung rahmat ALLAH..
l0ve u all..^^"
ANTARA DUA CINTA YANG INGINKU MILIKI CINTA INSANI DAN CINTA ILLAHI.. PASTI YANG UTAMA CINTA ILLAHI.. KERNA CINTANYA YANG HAKIKI.. ANTARA DUA INSAN YANG INGINKU MILIKI KEKASIH HATI DAN SAHABAT SEJATI.. PASTI YANG UTAMA SAHABAT SEJATI.. KERNA SETIANYA SUKAR DI TEMUI..
Wednesday, March 21, 2012
Friday, March 9, 2012
Hati labuhan lelaki lain..
Aku tidak
ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya
boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan
lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku
ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga
tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan
kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau
aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu
menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku
kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik
menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak ku
nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan
disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku
mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia
semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal
menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.
Diriku
yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin
berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku
kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah
kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya
adakah aku berada di tebing kebinasaan?
Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya
membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah
wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat
perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu.
Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman
hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain,
dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke
arah tujuan yang satu.
Tidak
perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas
perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi
Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku
terpikat.
Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu.
Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan
yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih
tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah
Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi
kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku
tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari
redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang
penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu,
mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di
medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan ku
keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku
pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh
cintamu kepadaku.
Cukuplah
kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai
Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada
cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di
syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!
kredit: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/hati-labuhan-lelaki-lain/#ixzz1octTyxST
Subscribe to:
Posts (Atom)