Monday, May 28, 2012

program insan taqwa

salam sahabat2 sekalian,

mari rapat2, dekat2, erat2..saya nk k0ngsi 1 cerita...
baru2 nie, saya ik0t program di GPMS Batu Rakit, Kuala Terengganu. Program nie sgt2 menarik dan mencabar segala kesabaran, ketenangan, mental, fizikal, dan segala2nya..

tujuan program ini adalah untuk mentarbiah peserta2 yg terpilih di kalangan mereka kearah yg lebih baik. bertepatan dengan tagline program nie, "menjana insan taqwa". peserta kebanyakkannya datang dari kelompok yg istimewa. seriusly, mereka memang istimewa. bukan mereka tidak baik, mereka baik sebenarnye. setiap dari mereka mempunyai kebaikkan tersendiri. cuma, mereka terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. mereka ada niat dalam hati untuk berubah, tp mereka x kuat untuk menghadapi perjalanan perubahan kerana dek kawan2 mereka sendiri.



saya dan sahabat2 yg lain, cuba untuk mengubah mereka, dan memberi mereka semangat untuk berubah. benar, kami tidak mampu untuk mengubah seseorg tue, melainkan dalam hati mereka ade rasa untuk berubah. nielah barisan fasilitator..^^"


hari pertama kami menerima kunjungan peserta dengan penuh debaran dlm hati..takut jgk nk berhadapan mereka2 nie..



nielah, mereka..takut terasa di hati melihat wajah2 mereka.. hu3..
barisan pelajar lelaki..^^,










barisan pelajar perempuan...^^"




                                                         sewaktu pendaftaran peserta.... 



malamnye kami, ade slot ceramah bersama urusetia yg di lantik..esok pagi, kami ade riadah bersama peserta..






selepas tue, kami ade slot bersama urusetia sekali shingga petang. pada malamnye, kami ade slot muhasabah diri. benar2 menyentuh hati saya. sayu..

pada hari terakhir, kami ade slot terakhir bersama urusetia utk kali terakhir. lpas tue, kami ade mjlis penutup bersama2. terasa sayu di hati nk berpisah dgn mereka2. sedihnya..hu3



SELAMAT TINGGAL ADIK2..insya'ALLAH jumpa lagi..^^,




















Sunday, May 27, 2012

takdirNYA


  "Ikatan ini, bukan ikatan biasa. 
 Tapi ikatan ketentuan Dia. Harus reda. Biar pahit ditelan jua."

--
Hanya wanita yang tabah dan hatinya berserah pada Allah semata-mata yang sanggup menuruti pilihan ayahanda dan bonda. Berkat keredhaan orang tua, dapat keredhaan Allah jua.

Terbaik. Tidak mudah jadi wanita sebegini. Bukan wanita biasa.

Dedikasi pada mereka yang bernikah atas pilihan keluarga.

"Kerana takdirNya..."


Wednesday, May 23, 2012

Dua Belas Tidur Yang Sunat Dikejutkan.


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.

Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:




Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:



Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)

Friday, May 18, 2012

panduan memilih jodoh

ADAKAH YANG HANYA 'BERAGAMA'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri.
Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.