Saturday, September 22, 2012

PERJALANAN HIDUP INI

Salam sahabat2 sekalian..
moga iman semakin bertambah..
jgn lupa di recharge iman tue ye..

Pejam celik, pejam celik, dah 2minggu amal berada di sekitar kuala terengganu bg meneruskan perjuangan sebagai seorg petuntut dlm meneroka ilmu ALLAH di bumiMU yg amat2 luas ini..
sepanjang 2 minggu nie, terlalu byk kerja, meeting yg perlu amal attend..
arggh!! setiap malam ada meeting.. kadang2 stress juga rasa..
tapi, nk buat mcm mana, itu kan sudah tanggungjawab, harus jua ku tempuh..
jgn mengeluh wahai diri, teruskan perjuanganmu sehingga ke penghujungnya..
moga ALLAH permudahkan urusanku.. insya'ALLAH, aminn..

kadang kala, apabila terlalu byk kerja, amal kadang2 jadi blurr.. sampai x blh nk manage the daily schedule..
byk perkara yg perlu di fikirkan, byk masalah yg perlu di selesaikan.. mujur amal dpt merehatkan diri dgn menunaikan solat.. ALLAH, sehinggakan nk menghubungi ibu tercinta di johor turut terkandas.. cian mak, mak yg menghubungi amal sendiri bertanya khabar anaknya ini.. lama katanya aku tidak menghubungi dia.. maafkan anakmu ini ye mak.. bukan ku tidak mahu menghubungi mu, tetapi kadang kala aku sendiri tidak dpt berfikir dgn baik.. maafkan kesalahan ku ye mak.. T___T
klau di rumah blh lah amal ceritakan segala masalah dgn mak, tp di sini, amal hanya blh bercerita dgn ALLAH.. dgn sahabat2, mereka sendiri sudah tentu punya masalah tersendiri, dan amal tidak mahu menyusahkan mereka.. kadang kala, ku inginkan seseorg yg blh membantuku menguruskan kehidupan ini, seseorg yg boleh ku berpaut padanya apabila ujian ALLAH menimpa diri.. tp, kata mak, mgkin, jodoh ku tidak smpai lagi.. kata mak lagi,"bersabarlah sayang, sesungguhnya ALLAH maha mengetahui perihal itu berbanding kita.." terima kasih mak atas nasihat2 mak.. akan ku igt hingga keakhir nafasku..

Sering aku fikirkan, bagaimanakah rasanya hidup tanpa pegangan? tanpa hala tuju..
Adakah aku akan hidup dlm keadaan baik2 saja..
tentu tidak kan.. alhamdulillah, sehingga kini, aku masih berada dalam agamaMU..
dan ku harap, seluruh umat Nabi Muhammad turut tetap pada agamaMU..
dan moga2 ALLAH matikan kami dalam keadaan yg baik.. insya'ALLAH, aminn..

Benarlah kata org" pengalaman mematangkan diri"..
begitulah yg ku rasakan..
kehidupan kita di dunia ini hanya persinggahan sementara..
jaraknya di antara azan dan iqomah..
singkat bukan? terlalu singkat.. seharusnya kita gunakan peluang yg ALLAH berikan utk mencari dan bersungguh2 menyediakan bekalan utk ke akhirat, yg kekal abadi..
tetapi, mengapa ada di antara kita tidak merasakan begitu? mengapa masih berterusan melakukan sesuatu yg mendatangkan kemurkaan ALLAH.. mengapa tidak kamu melakukan sesuatu yg mendatangkan keredhaan ALLAH..
mudah utk kita mendapatkan kemurkaan ALLAH, tp bukan mudah utk kita mendapatkan keredhaan ALLAH..



" akan ku teruskan usahakan utk mendapatkan keredhaanMU..
kerana ku tahu, bukan mudah.. tp sekali redhaMU ku peroleh, pasti ianya membawa seribu pengertian buatku..
redhaMU ku ketahui di akhirat kelak..
moga segala tingkah laku ku, segala perbuatanku, segala percakapanku, mendapat redhaMU..
moga segalanya ALLAH permudahkan..
insya'ALLAH, aminn.. "

Monday, September 3, 2012

SEPARUH JIWAKU PERGI

salam sahabat2 amal yg amat kasihi..
moga kalian sihat hendaknya.. moga iman sentiasa bertambah dari masa ke semasa..
insya'ALLAH, aminn..

SITI ZAINAB@ZAINAH BT SYEIKH OMAR, telah pergi meninggalkan aku buat selamanya..
kehilangannya membuatkan separuh kegembiraan ku di tarik oleh ALLAH..
tiada lagi seri dlm hidup nie.. tiada lagi lambaian dia sewaktu ku bertandang ke rumahnya..
tiada lagi suara2 yg membuatkan jiwaku tenang..
terkenang wajah keibuan di wajahnya dahulu.. yg sanggup menjaga ku ketika ku masih kecil dan sehingga ku besar.. sehingga umur ku 21 thun.. satu jangka masa yg agak panjang..sanggup menerimaku dlm hidupnya..
terkenang kata2nya yg ingin melihat aku berkahwin.. ALLAH..
tapi kini segala2nya telah tiada..

Janji ALLAH.. setiap yg hidup pasti akan mati..
ALLAH telah menamatkan segala kesakitan dia sewaktu dia di tahan wad..
sungguh sayu ku lihat wajahnya menahan kesakitan..
ingin sekali ku membantu dia mengurangkan kesakitan dia.. kerana dia selalu membantuku ketika ku dalam kesakitan..

Igt lagi sewaktu kecil, dia lah yg siap2kan aku nk g sek agama..
dia pkaikan aku tudung.. lambai aku g sek.. masak utk ku..
dia merupakan ibu keduaku..
sewaktu mak mula berkahwin dgn abah, aku duduk dgn dia..
sewaktu tue, aku masih belum dpt menerima kehadiran org baru dalam keluargaku..
dia, hanya dia yg memahamiku..

Apabila aku cuti sem, bertandang kerumah dia, tersenyum dia melihatku..
sewaktu tue, teringin sekali ku hendak bawanya berjalan2 ke terengganu..
aku menceritakan keindahan terengganu, jelas di wajahnya teringin melhatnya sendiri..

Ramadhan kali nie merupakan ramadhan terakhir ku dpt berbuka puasa bersama2 dia..
dia sgt takut makanan yg di hidangkan kpd ku tidak cukup.. sungguh ku terharu ketika itu..
dia sgt mengambil berat tentangku..
aidilfitri tahun ini juga merupakan aidilfitri terakhir ku bersama dia..
sempat lagi dia titipkan duit raya buatku dan adik beradik yg lain..
setiap tahun, dia berikan ku duit raya..
kadang2 duit kocek utk belajar.. ALLAH.. terlalu byk jasa dan kenangan bersama dia..

Pernah juga dahulu sewaktu dia mengalami penyakit yg membuat pkiran dia terlupa akan kehadiran anaknya..
dia berikan ku sedikit wang utk ku doakan agar anak lelakinya pulang kerumah..
dia rindu akan anaknya.. katanya, doa dariku makbul.. ALLAHUAKBAR!
ternyata aku tidak mampu menahan kesedihan sewaktu itu..
anak lelakinya ada je di rumah tue, cuma dia merasakan tue bukan anaknya..
anaknya keluar dan tidak pulang2..
ku katakan pada dia,"mak, doaku bukan selalunya di terima oleh ALLAH.. tapi sentiasa di dengari oleh ALLAH kerana ALLAH an maha mendengar.. ku akan sentiasa berdoa utkmu. ambillah kembali duit ini. sekalipun mak x berikan duit nie, ku tetap akan berdoa utknya.."
tapi, dia tetap mahu berikan wang itu kepadaku.. katanya upah utk ku berdoa.. ALLAH.. tiada upah dlm berdoa mak. berdoakan merupakan lambang pengabdian seorg hamba pada ALLAH..
amat2 serba salah ku di buatnya.. bukan nilai yg kecil, nilai yg terlalu besar buatku..

Dia lah org pertama yg mengungkapkan kata2 sebegitu yg membuatkan ku tergamam..
terlalu tinggi dia memandangku..
teringat ku bila dia rujuk kpdku tentang hal2 agama..
di tanyakan ku tentang solat.. bagaimana cara2 solat kalau dirinya sedang sakit..
alhamdulillah, sedikit sebanyak dpt ku kongsikan kpd dia..

Ku harap, seluruh keluarganya tabah dan redha dgn takdir ALLAH ini..
yg hidup pasti akan mati.. itu pasti..
setiap yg berlaku ade hikmahnya..  ALLAH sedang mengajarmu erti tabah..
moga keluarganya tidak meratapi pemergiaan dia..
ku amat2 bimbang roh juga turut bersedih melihat anaknya bersedih..
ku tahu dan ku pernah merasakan kehilangan seseorg yg kita sayang..
moga mereka tabah menghadapi dugaan ALLAH nie..


Tp kini tiada lagi dia di sisi..
sungguh kehilangannya membuatkan separuh jiwaku pergi..
kenangan bersama dia terlalu byk dan x mgkin ku lupakan..
jasa2nya tdk dpt ku balas.. terlalu byk..
ku akan sentiasa mendoakan dia di sana..
itu saja yg mampu ku lakukan..
pemergiannya pada 2 september 2012 merentap jiwaku..
semoga ALLAH tempatkan dia di kalangan org yg beriman..
semoga ALLAH mencucuri rahmatnya..
dan semoga dia tenang di sana..
insya'ALLAH.. aminn..


Sunday, September 2, 2012

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Pemilihan calon suami
a. Menerangkan ciri-ciri bakal suami & isteri
¨ Berharta.
¨ Berketurunan baik.
¨ Cantik.
¨ Beragama.
b. Menghurai perempuan yang haram dikahwini
i. Haram selama-lamanya, ada 3 faktor / sebab utama :
· Faktor keturunan. Contoh :
1) Ibu, nenek dan ke atas.
2) Anak, cucu, cicit dan ke bawah.
3) Adik beradik perempuan seibu sebapa.
4) Adik beradik perempuan seibu.
5) Adik beradik perempuan sebapa.
6) Emak saudara sebelah bapa.
7) Emak saudara sebelah ibu.
8) Anak saudara dari adik beradik perempuan dan ke bawah.
9) Anak saudara dari adik beradik lelaki dan ke bawah.
· Faktor penyusuan. Contoh :
1) Ibu susuan.
2) Adik beradik ibu susuan.
3) Adik beradik susuan.
4) Anak saudara ibu susuan.
5) Ibu mentua susuan.
· Faktor musaharah / persemendaan. Contoh :
1) Ibu mentua dan ke atas.
2) Ibu tiri dan ke atas sama ada telah disetubuhi atau tidak.
3) Anak tiri (jika ibunya telah disetubuhi).
4) Menantu perempuan dan isteri cucu lelaki dan ke bawah sama ada telah disetubuhi atau tidak.
ii. Haram buat sementara waktu
· Perempuan yang ditalak tiga.
· Isteri orang.
· Perempuan yang masih dalam idah.
· Perempuan yang sedang hamil hasil perzinaan.
· Perempuan yang tidak beragama samawi.
· Mengumpul isteri dengan mahramnya seperti adik beradiknya atau anak saudaranya dalam satu masa.
· Perempuan yang hendak dijadikan isteri kelimanya sedangkan ia sedang memiliki 4 orang isteri.
Peminangan dan batas-batas pergaulan

  a. Merisik
              § Maksud: langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dihendaki oleh seseorang
§ Islam mengharuskan seseorang lelaki dan perempuan melihat bakal tunangnya.
b. Meminang
§ Maksud: lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.
§ Konsep :
- Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil seseorang wanita sebagai isteri.
- Boleh dilakukan dengan lafaz terang atau kiasan.
- Biasanya pihak lelaki memberikan hadiah kepada pihak perempuan ( ia tidak bertentangan dengan ajaran islam, asalkan tidak berlaku pembaziran atau ada unsur maksiat ).
c. Batas pergaulan dalam tempoh pertunangan :
§ Masih seperti orang asing / ajnabi.
§ Diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa mahram.
Rukun-rukun nikah
1. Bakal suami.
2. Bakal isteri.
3. Wali;
·Syarat wali;
i. Islam.
ii. Berakal.
iii. Adil.
iv. Bukan dalam ihram.
v. Baligh.
vi. Lelaki.
vii. Dengan rela sendiri.
· Jenis-jenis wali ;
i. Wali nasab ( keturunan ).
a. Wali mujbir.
b. Wali bukan mujbir.
ii. Wali hakim
- Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya.
· Susunan wali ;
È Bapa (wali mujbir).
È Datuk sebelah bapa (wali mujbir).
È Adik beradik lelaki seibu sebapa.
È Adik beradik lelaki sebapa.
È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki seibu sebapa dan ke bawah.
È Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki sebapa dan ke bawah.
È Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas
È Bapa saudara dari sebelah bapa.
È Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu).
È Anak lelaki dari bapa saudara pihak bapa (sepupu).
È Raja (wali hakim).
· Syarat perkahwinan dari wali mujbir;
i. anak dan bapa tidak bermusuhan.
ii. bakal suami sekufu dengan anaknya.
iii. mas kahwinnya tidak kurang dari mas kahwin adik-beradik perempuannya.
iv. bakal suami anaknya mampu membayar mas kahwin.
v. bakal suami anaknya mampu menanggung keperluan hidup / tidak mendatangkan mudarat.
· Sebab yang mengharuskan perpindahan wali nasab kepada wali hakim.
i. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan.
ii. Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati.
iii. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah.
iv. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi.
v. Wali sedang dalam ihram haji atau umrah.
vi. Wali mnyembunyikan diri.
vii. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan.
viii. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya.
ix. Wali enggan mewalikan perempuan itu.
4. 2 orang saksi;
· Syarat saksi;
i. Baligh.
ii. Adil.
iii. Berakal.
iv. Merdeka.
v. Sempurna penglihatan & pendengaran.
5. Lafaz ijab dan kabul;
· Syarat lafaz ijab;
· Dilafazkan oleh wali atau wakilnya.
· Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis.
· Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran.
· Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi.
· Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul.
· Ditentukan / disebutkan nama pengantin perempuan.
· Syarat lafaz kabul;
· Tidak menyalahi ijab.
· Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya.
· Menyebut nama bakal isteri atau banti namanya.
· Dalam satu majlis.
· Ucapan kabul selepas ijab.
· Tidak diselangi dengan apa-apa ucapan atau diam yang lama.
· Bahasa yang jelas dan mudah difahami.
· Tidak dengan lafaz taklik.
Mahar
a. Maksud mahar :
· Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah.
b. Hukum nahar :
· wajib.
c. Jenis nahar :
· Mahar musamma:
- Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
· Mahar misil :
- Mahar yang ditentukan kadaarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri.
d. Kadar mahar:
· Islam tidak menetapkan kadar mahar.
· Ia bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak bakal suami dan isteri
· Kedudukan isteri dan suami diambil kira sebagai asas penentuan.
e. Hikmah kadar mahar tidak ditetapkan oleh islam:
· Membolehkan pihak suami dan isteri berbincang mengenai kadar yang sesuai dan berpatutan.
· Islam tidak mahu membebankan umatnya dengan menetapkan perkara yang diluar kemampuan dan taraf umatnya.
· Islam mahu umatnya mengamalkan sifat bersederhana dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.
f. Syarat mahar :
· Ulamak mazhab syafie dan hanbali berpendapat bahawa semua barang atau manfaat yang boelh dijadikan bayaran atau upah boleh dijadikan mahar.
· harta yang bernilai.
· bukan harta yang dirampas.
· bersih dan halal.
· kadar dan jenis disebut dengan jelas.
g. Hikmah diwajibkan mahar :
· Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama.
· Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga.
· Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri.
· Memulia dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita.

Walimatul urus
a. Maksud walimatul urus :
· kenduri / jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.
b. Hukum walimatul urus :
· Sunat muakkad.
c. Adab walimatul urus :
· Diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolok gadai.
· Tidak menimbulkan sifat riyak dan bangga diri.
· Tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara tepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa batas.
d. Hikmah walimatul urus :
· Melahirkan rasa kesyukuran kepada allah kerana dapat membina rumahtangga.
· Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
· Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin.
· Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangantelah menjadi suami isteri yang sah.