Monday, December 27, 2010

"Andai kata Rasulullah menjadi tetamu kita"

Andai kata Rasulullah Menjadi Tetamu Kita?
Bayangkan apabila Rasulullah dengan keizinan Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Beliau datang dengan tersenyum dan mukanya yang bersih berada dihadapan pintu rumah kita, Apa yang akan kita lakukan? kita pasti akan sangat berbahagia, memeluk beliau seeratnya dan lantas mempersilahkan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian tentunya kita akan meminta sangat agar Rasulullah sudi tinggal beberapa hari di rumah kita.
Beliau tentu tersenyum........

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah menunggu seketika di depan pintu kerana kita teringat VCD atau Vedio game yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.

Beliau tentu tetap tersenyum........

Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang atau gambar-gambar artis pujaan yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.
Barangkali kita akan memindahkan bingkai lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu.

Beliau tentu tersenyum.......

Bagaimana pula apabila Rasulullah bersedia tinggal di rumah kita? Barangkali kita teringat bahawa kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai mempelajarinya.

Beliau tentu tersenyum........

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal pula nama-nama artis, penyanyi barat dan AF (akedemik fanta***).
Barangkali kita terpaksa membersihkan satu bilik penyimpan barang menjadi ruang solat. Atau barangkali kita teringat bahawa ibu, kakak, atau adik perempuan kita di rumah tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk menutup aurat ketika berhadapan dengan Rasulullah.

Beliau tentu tersenyum........

Belum lagi koleksi buku-buku kita. Belum lagi koleksi keset kita. Belum lagi koleksi karaoke. Kemana kita harus memyembunyikan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang.

Beliau tentu tetap tersenyum........

Barangkali kita menjadi malu kerana pada waktu Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat berjemaah.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-Qur'an. Malah, ada juga yang tidak pernah membacanya.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.

Beliau tentu tersenyum.......

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sapu sampah yang setiap hari berjalan di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum beliau masih ada di situ........

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilahkan beliau masuk dan menginap di rumah kita?

Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita penat dan malu.

Maafkan kami ya Rasulullah.........
Malunya kami kepada mu...


Tapi.....
Masihkah beliau tersenyum?

Senyum pilu, senyum sedih atau senyum getir........?

Ya Allah! betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah........

Maafkan kami ya Rasulullah.. diri mu terlalu mencintai ummat mu,
Sedangkan kami ummat mu?? Mungkin melupakan mu...
Maafkan kami ya Rasulullah...!

Friday, December 24, 2010

Assalamualaikum w.t.b..(^_^)

Bismillahirrahmannirrahim..

di sini sy ingin berkongsi sesuatu.. jika ada yg lebih arif dri sy sila2 lah berkongsi..

Mungkin ada di antara sahabat semua yg sudah mengetahui akan hakikat ini..alhamdulillah.
Kpd yg belum ketahui akan hal ini, marilah kita bersama2 mengambil ikhtibar dan berfikir sejenak tentang apa yg berlaku kpda umat islam pd masa kini..terutama pd sahabat2 yg bergelar muslimah..kpda kaum adam berkongsilah kpd kaum hawa di sekeliling anda terutama ahli keluarga..
Sy pernah terbaca dlm sebuah buku agama yg mengatakn bahwa jika adik lelaki, abng,ayah atau saudara lelaki tidak menegur saudara perempuannya menutup aurat..dgn senangnya mereka akn menanggung dosa itu kerana tidak mempeduli akn hal ini..subhanallah

Betapa besarnya tnggungjwb seorng wanita..merekalah yg senang masuk syurga, dn yg pling senang msuk neraka..masyaAllah!
Lelaki pula walaupun tnggungjwb tehdp diri mereka tidk seberat wanita yg perlu menjga hmpir seluruhnya tidk boleh mgmbil mudh akn hal ini..kerana jika tidk ditegor kalian akn terikut sama keNeraka..jika dgn percakapan tidk berjya dgn hati lah kita guna..

sahabat..perhatikan lah apa yg telah berlaku di sekeliling kita. dan tnya hati kita sejenak...

Adakah wanita islam dikatakn menutup aurat jika Mereka memakai tudung tp lengan baju pendek??..

Adakah wanita islam itu dikatakan menutup aurat jika menanpakkan bentuk tubuh badannya yg sngat jelas itu?

Adakah wanita islam itu dikatakn manutup aurat jika dia berpakaian sopan tp tidak memakai tudung??..
Astaghfirullahalazim..

Sahabat..jika seseorng itu smbhyng cukup 5 waktu tp masih melakukn kemungkaran tnpa niat sedikitpun utk bertaubat..memng berdosa dn salah seolah2 dia mempermainkn agama kita..tp tidakkah itu antara dia dngn allah? Kita ini hnya hmba-Nya yg lemah tidk layak menilai..betpa bnyknya dosa dia..tp sebagai umat islam yg wajib taat kpda yg esa tidakkah kita patut bersama2 saling ingat-meningatkn antra satu sma lain2???.
Begitu jugalah dgn hadis ini..Renungkanlah hadis ini..

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka".. – riwayat Abu Daud...

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KPD MEREKA...

agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya
agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya...sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Lindungi kami.. wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.....
By: Nazirul Hazim

bukn shja di sebabkn menyamai agma lain tetapi menampakkan bentuk leher wanita itu dgn jelas sekali..buknkah ini juga salah satu cara menampakkan salah satu bentuk drpd anggota bdn kita juga???

sebenarnya msih bnyak jajahan kafir yg mahu mghncurkan kita..jika tidak secara fizikal, mental pula..jika tidak cara kasar, halus pula..perasnkah shbt2 akn jajahn makanan yg dicmpur bhn2 haram utk dimakan.. Budya2 yg tidk elok utk diikuti..persn atau tidak sahja kn??..
Kdng kala tulisn nama allah dijadikn alas kaki..mashaAllah..betapa busuknya hati mereka..

Oleh itu sama2 lah kita memerhatikn sekeliling dn nasiht2lh antra kita..
"jika pershbtn e2 suci,
Takkan wujud nokhta penghujungnya,
jika prshbtn e2 sejati,
Kan sama2 kita kejalannya"

insyaAllah...

Thursday, December 23, 2010

"Andai se0rang perempuan datang"

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."

"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."

"Kau dah seperti abang kandungku."

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."

"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."

"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."

"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,

Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang...

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...

Andai seorang perempuan itu datang...

selawat~

Wednesday, December 22, 2010

"UNTUKMU WANITA"

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

"Kekuatan s0lat tahajjud membina hubungan dengan ALLAH"

Sahabat yang dirahmati Allah,



Sebagai seorang Mukmin, hidup kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Sentiasa melaksanakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang oleh-Nya. Semua bentuk ibadah samaada yang wajib atau pun sunat semuanya akan difokuskan untuk melahirkan jiwa hamba, tunduk dan patuh dan menyerahkan diri sepenuhnya tanpa banyak bicara.

Solat satu ibadah khusus solat sunat yang amat dituntut untuk dikerjakan oleh seorang Mukmin adalah solat tahajjud. Kekuatan solat tahajjud adalah dapat membina hubungan hati dengan Allah s.w.t.

“Tahajjud” bermaksud bangun dari tidur pada waktu tengah malam. Solat tahajjud boleh dikerjakan di permulaan, pertengahan atau penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat Isyak. Akan tetapi sebaik-baik waktu melakukannya ialah sepertiga malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya solat tahajjud dikerjakan dua rekaat.

Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Dalam satu riwayat Aishah berkata kepada Nabi s.a.w.: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari)

Sekarang kita bandingkan amalan Rasulullah s.a.w. ini dengan diri kita sendiri yang bergelumang dengan dosa dan amat kurang sekali melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. untung nasib belum dipastikan samada Syurga atau Neraka. Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat tahajjud ini? Adakah kita menganggap diri kita sebanding atau lebih baik daripada Rasulullah s.a.w.?


Firman Allah s.w.t maksudnya :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.

(Surah al-Israa’ ayat 79)



“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)



Memang benar solat Tahajjud ini hanyalah solat sunat tetapi ianya adalah solat sunat mu’akkad (yang di tuntut). Sekiranya junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. begitu bersungguh-sungguh memastikan ibadah ini dilaksanakan sehingga bengkak-bengkak kakinya kenapa kita masih berat hati untuk melakukannya. Apatah lagi solat tahajjud ini merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.



Sahabat yang dimuliakan,

Dalam sebuah hadis dari Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamul lail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosaatau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”

( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)


Dari Sayidina Umar Ibnu Khattab, dari Nabi s.a.w bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengerjakan solat di waktu malam (tahajjud) serta membaguskan solatnya, Allah akan memberikan dia kemuliaan sembilan macam. Lima macam di dunia, dan empat macam di akhirat.


“Yang lima macam di dunia, ialah :


1. Allah akan memeliharanya dari segala macam bahaya.

2. Ditunjukkan tanda-tanda sebagai orang yang taat pada mukanya.

3. Ia akan dicintai di hati orang-orang mukmin dan segenap hati manusia umumnya dan

4. Pembicaraannya berisi hikmat ,

5. Dijadikan dia orang bijaksana, yakni dia dikurnai fikiran cerdas.



“Yang empat macam di akhirat nanti, ialah :



1. Dibangkitkan dia dari kubur, wajahnya putih bercahaya,

2. Akan dimudahkan dia waktu dihisab,

3. Ia akan melintas di atas shirat (titian) seperti kilat, dan

4. Diberikan buku amalannya di tangan kanannya di hari kiamat."



Sahabat yang dihormati,



Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda maksudnya : “Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan siapa yang yang memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Oleh itu marilah sama-sama kita perbaiki amal kita dengan mengerjakan solat tahajjud, berdo'a dan bermunajat kepada Allah s.w.t. pada waktu seperiga malam akhir (dari jam 2 pagi -5 pagi). Kerana ketika ini do'a kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Ketika hati dan fikiran kita tenang, sunyi dari kesibukan dunia maka ketika saat inilah jika kita bermunajat hingga menitiskan air mata penyesalan dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. maka akan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. di hari akhirat nanti. Jangan sia-siakan masa dan umur kita dan buatlah sesuatu amalan yang boleh memberi kekuatan dalam membina hubungan kita dengan Allah s.w.t.

"Isteri tak pandai masak VS suami tidak b0leh jadi imam"

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki belajar untuk menjadi imam..~(^_^)~

Wednesday, November 17, 2010

WARNA KEGEMARAN RASULLAH

Cintaku Padamu Ya Rasulullah

Bismilahirrahmanirrahim...
Kali ini ana ingin postkan topic sunah Rasulullah S.A.W..warna kegemaran Baginda.Mayb ramai dah tahu..Alhamdulillah.Ni nak karang ayat ini susah juga bagi yang xberbakat ni.perlu diasah lagi.ermm teringat dialoq novel Kasidah-Kasidah Cinta "Ingin aku anyam setangkai syair tentang pertemuan ini tapi lidah kotorku tidak mampu mencipta bahasa yang indah, walaupun untuk telinga sendiri.Maafkanlah aku..."ermm kepada sesiapa yang belum baca bolehlah dapatkan di pasaran Novel Spiritual Pembangunan Iman.




Back to the topic,warna memang memainkan peranan yg sangat penting dalam kehidupan."warna yang lembut atau cerah membuatkan sesuatu ruang yang kecil tampak luas.."kata Eric..Deko bersama Eric..Patutlah depa kata bilik ana luas lagi,padahal size same je dgn bilik depa.....keluaq tajuk sat
Tapi warna-warna yang ingin dibincangkan ni bukan semua warna-warna yg wujud didunia ni... banyak bangat kalau mau dibincangkan tapi warna-warna kegemaran Rasulullah S.A.W "Idola setiap mujahid maupun mujahidah Islam..iyakan???" Di antaranya warna Pink (Merah + putih atau merah jambu), putih dan hijau...

Banyak yang dibincangkan tentang warna kesukaan di internet,semuanya suka warna-warna ini dan semua mengikut sunah Rasulullah mencintai warna ini tapi sumber aslinya tidak dinyatakan dari hadith mana.Insyallah segala dengan bantuan Pemilik Nyawaku, Ya Rabbi dengan perantaraan sahabiah-sahabiahku terutama Kak Rafiza,Kak Fatimah dan Kak Helia..love u all, dapat juga ana tahu hadis mana yang menyatakan...Alhamdulillah..

Warna Pink
Kalau dilihat dunia yang canggih manggih ni, warna pink mesti dilabelkan pada gurl atau perempuan-baju,kasut,ape lagi,henset..erm sampai moto pon tempah warna pink...sungguh teruja dengan warna ini..


Alhamdulillah depa pon mengikuti jejak Rasulullah Insyaallah..bila lelaki pakai warna pink ni ade je mulut-mulut yang nak menembak ..Jauhi Mengumpat..lembut la.La Tahzan yang penting niat ikhlas kerana Allah..warna pink banyak dikaitkan dengan kasih sayang.Sehinggakan Rasulullah S.A.W sendiri memanggil isteri tersayang Aisyah Humaira " Si Merah Jambu atau Si Comel" bak kata ustaz Ismail Kamus...Kita sekarang ni kalau suami panggil "Si Comel" bukan isteri yang mai..kucing plak...huuuu
Dah banyak melalut ni...





Dari abu juhaifah meriwayatkan maksudnya "Saya melihat Rasulullah S.A.W mengenakan pakaian berwarna merah seakan-akan saya bisa melihat kilauan dari betis beliau. Suffian berkata, hemat yg dimaksudkan dgn pakaian bwarna merah itu adalah hibarah.
(Riwayat Tirmizi,Bukhari,Muslim dan Ahmad) dari buku seribu seratus hadith terpilih karya dr muhammad faiz almath diterbitkan oleh penerbitan kintan sdn bhd sebagai rujukan.

Hibarah yang dimaksudkan ialah corak atau warna fesyen Bangsa Yaman pada ketika itu.
Hadith ini berlaku di luar Makkah, waktu tu Nabi dan para sahabat solat di sebuah khemah bewarna merah kemudian.. Bilal azan.. Rasulullah pun keluar dengan pakaian warna merah yg disebut oleh Abu Suffian sebagai hibarah Abu Suffian adalah seorang yang kaya, mungkin Abu Suffian sendiri ada pakaian yg berwarna spt hibarah yg dimaksudkan tu..tapi. isi hadith ini, topik pakaian Rasulullah bukanlah perbahasan utama..tetapi lebih banyak menyentuh perihal ibadah dan ketika itu cara Bilal melaungkan azan..

Warna Hijau

Warna ini banyak disamakan dengan tumbuh-tumbuhan."Bangun pagi-pagi tengok tumbuhan hijau dapat mencerahkan mata"Wallahualam...Hanya dengan Kuasa Maha Pencipta yang bisa melakukan....tapi tumbuh-tumbuhan hijau pagi-pagi memang segar kan...sejuk mata memandang..Subhanallah..


Allah ada berfirman dalam Surah Ar-Rahman ayat 64" Kedua syurga itu kelihatan hijau tua warnanya" Ya Allah syurga yang diimpikan penuh dengan warna-warna Mu....

Abu Ramtsah meriwayatkan maksudnya "Saya pernah melihat Nabi S.A.W mengenakan 2 helai pakaian berwrna hijau.
(Riwayat Tirmizi,Nasai dan Ahmad) dari buku Syamail Muhammad S.A.W (keperibadian Rasulullah S.A.W)karya Imam Tarmizi terbitan telaga biru.

Warna Putih




Kalau warna ni teringat jemaah-jemah haji kita ke Tanah Suci Mekah...bla tengok dalam tv semuanya berpakaian putih sujud kepada-NYA..erm..yang mai umah ana pas sembahyang raya Tok Imam dan Ustaz masjid semua berpakaian putih...Subhanallah sejuk nampak ruang tamu...hheheheh



Samurah bin Jundab meriwayatkn bahawa Nabi S.A.W bersabda maksudnya "hendaklah kalian mengenakan pakaian berwrna putih.Sungguh pakaian berwarna putih itu lebih suci dan lbh baik bagi kalian dan hendaknya kalian mengafani orang-orang yg meninggal dunia dgn kain kafan brwrna putih.
(Rwyt Tirmizi,Nasai,Ibnu Majah,Abu Daud ath-Thayalisi,Baihaqi dan Hakim) dari buku Syamail Muhammad S.A.W (keperibadian Rasulullah S.A.W) karya imam tarmizi terbitan telaga biru.

Moga dengan ini kita dapat menjejaki lagi sunah-sunah Rasulullah S.A.W seperti adab ketika makan.Kenapa Rasulullah S.A.W guna tangan ketika makan tak guna sudu?? kalau diikutkan orang yang tak mampu nak guna apa kalau Baginda guna sudu..mana nak cari sudu cap besi ke plastik ke...Subhanallah..Allah Maha Bijaksana.Banyak lagi yang oleh kita praktikkan dalam kehidupan dengan sunah-sunah Baginda....

APA ERTI WARNA HIJAU D SISI ISLAM

Membenci sesuatu warna atas dasar dengki, dendam dan benci dan seumpamanya adalah dibimbangi boleh merosakkan akidah. Kadang-kadang kerana politik, ada manusia yang benci akan warna hijau. Mereka ini rasa tidak senang kalau ada orang memakai baju berwarna hijau, mengedarkan handouts yang berwarna hijau, mengecat rumah dengan warna hijau dan sebagainya. Berikut dipetik maksud beberapa ayat al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah.

1.” Mereka itu disediakan baginya Syugra yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehar di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.”

2. “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Ar-Rahman: Ayat 76

3. “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Al-Insan: Ayat 21

Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga menggemari warna hijau. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak. Dibimbangi bahawa orang yang benci warna HIJAU tidak diizinkan masuk syurga oleh Allah s.w.t. kerana syurga-Nya berwarna hijau. WalLahu’alam.

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA

AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.”

Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu ’syariat’ seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing).” (Surah Al Maidah, ayat 48)

Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah , tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Al-Haj, ayat 37)

Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah .

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama.
Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

[i]Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah . Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.
Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Firman Allah yang bermaksud:

“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Friday, October 29, 2010

RAHSIA MATA LELAKI

Rahsia Mata Lelaki
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.

Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita WAJIB menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,”Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu”.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah ^_^

WANITA SOLEHAH PILIHAN TERBAIK CAL0N ISTERI

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).



Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.



Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.



Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.



Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.



Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.



Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.



Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.



“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)



Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.



Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.



Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.



Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.



Dalam memilih pasangan hidup, Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati.



Kriteria kesolehan isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana sifat itu, selain dituntut Islam, juga bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.



Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.



“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).



Jelas di sini, aspek keagamaan dalam diri seseorang calon isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga. Ini kerana dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya, dia pasti akan taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.



Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.



Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “… perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)



Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.



Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya.



Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.



Pengetahuan agama dan nilai solehah inilah menjadi ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.



Sesungguhnya, fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga, begitu besar.



Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.



Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya.



“Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).

PERSOALAN MENGENAI RAMBUT

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah



Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang seperti rambut. (Kamus Dewan: 1094)

Dalam Islam rambut mempunyai hukum tertentu seperti mencukur rambut anak yang baru lahir, masalah mengqaza‘ rambut, menyambung rambut dan mewarnainya. Inilah masalah-masalah yang akan dijelaskan dalam Irsyad Hukum kali ini.

Mencukur Rambut Anak Baru Lahir

Sunat dicukur keseluruhan rambut anak damit pada hari ketujuh selepas kelahirannya, sama ada anak itu lelaki ataupun perempuan. Menurut pendapat yang ashah, sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah. (Al-Majmu‘: 8/324-325) Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya."

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Demikian juga, sunat disedekahkan emas atau perak setelah ditimbang berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin, jika berkemampuan. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak damit tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. Hal ini bersandarkan kepada hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Ali bin Abu Thalib katanya yang bermaksud :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah beraqiqah untuk Hasan dengan seekor kambing dan Baginda bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya (rambutnya) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya itu dengan perak." (‘Ali) berkata: "Lalu dia (Fatimah) timbang (rambut anaknya itu), maka beratnya adalah satu dirham atau setengah dirham."

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Qaza‘

Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (قزع). Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."

(Hadis riwayat Abu Daud)

Menyambung Rambut

Haram menyambung rambut dengan rambut ke atas lelaki dan perempuan. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/364) Malahan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang yang melakukan perbuatan demikian. Sebagaimana disebutkan oleh beberapa hadis di antaranya daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma berkata:

Maksudnya: "Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat perempuan yang menyambung rambut dengan rambut yang lain, orang yang meminta sambungkan rambut dan orang yang bertatu."

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas jelas menerangkan bahawa menyambung rambut perempuan dengan rambut orang lain atau meminta orang lain menyambungkan rambutnya dengan rambut orang lain adalah haram.

Dalam hal menyambung rambut ini para ashab (‘ulama-‘ulama Asy-Syafi‘e) telah menghuraikannya dengan lebih jelas, iaitu tiada perbezaan pendapat ‘ulama mengenai hukum haram menyambung rambut dengan rambut manusia, sama ada rambut lelaki atau perempuan ataupun rambut suami atau mahram. Ini kerana menggunakan atau memanfaatkan rambut manusia adalah haram disebabkan kemuliaannya.

Jika rambut itu bukan berasal daripada manusia dan ianya najis seperti bulu daripada bangkai binatang atau bulu binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram disambung dengannya. Sementara rambut bukan kepunyaan manusia yang suci, jika perempuan itu tidak bersuami maka haram dia menyambungnya, melainkan bagi perempuan yang bersuami dan diizinkan oleh suaminya. (Shahih Muslim Bisyarh An-Nawawi: 7/359-360)

Mewarnai Rambut

Para Fuqaha telah sepakat mencela perbuatan mewarnai rambut atau janggut dengan warna hitam. Adapun pendapat yang shahih mengatakan bahawa ianya haram melainkan ke atas orang-orang yang berjihad. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/360-361) Dalil haram mewarnai rambut atau janggut dengan warna hitam itu adalah berdasarkan riwayat daripada Jabir Radhiallahu ‘anhu katanya yang bermaksud :

"Pada hari penaklukan Mekkah dibawa Abu Quhafah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaqhamah (sejenis tumbuhan yang bunga dan buahnya berwarna putih). Maka Baginda bersabda: "Tukarlah ini dengan sesuatu, tetapi jauhilah warna hitam."

(Hadis riwayat Muslim)

Sementara hadis daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma katanya:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Di akhir zaman akan banyak kaum yang mewarnai rambut dengan warna hitam, seperti dada burung merpati. Mereka tidak dapat menikmati harumnya bau syurga."

(Hadis riwayat Abu Daud)

Menurut mazhab as-Syafi‘e, bahawa tidak ada perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam larangan mewarnai rambut dengan warna hitam itu. Akan tetapi menurut Ishaq bin Rahawiyah, hal ini diberi kelonggaran ke atas perempuan bagi tujuan berhias untuk suami. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/360-362) Demikian juga menurut As-Syihab Ar-Ramli, harus bagi perempuan yang bersuami mewarnai rambutnya dengan warna hitam jika dengan izin suami. (Bughyah Al-Musytarsyidin, bab Aqiqah: 78)

Sunat mewarnai rambut atau janggut yang beruban dengan warna kekuningan atau kemerahan, sebagaimana yang telah disepakati oleh para ashab. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/360-362) Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Bahawasanya orang-orang Yahudi dan Nashrani tidak mewarnai (rambut atau janggut mereka), kerana itu buatlah kelainan daripada mereka."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana rambut itu ada ketikanya mempunyai hubungan dengan ibadat, maka adalah wajar diketahui hukumnya, kerana adakalanya tanpa menggunting atau mencukur rambut seseorang itu akan dikenakan fidyah (dam) sebagaimana perkara ini dihuraikan dalam ibadat haji.

HADITH MENGENAI WANITA

semalam ana membelek buku risalah as-syahid imam hassan al-banna, dan terjumpa dua potong hadith ini dalam bab wanita islam. dan ana agak takut selepas ana baca hadith ini, yang mana ana rasakan ana perlukan penjelasan yang lebih mendalam mengenai hadith ini.

1) Di riwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a katanya Rasulullah SAW bersabda ;
"La yahillu li imra atin tu'minu billahi wal yaumil akhiri antusaafiru safaran yakunu thalathata ayyamin fasoo'idan illa wama'aha au ibnuha au zaujuha au akhuha dzu mahramin minha"

Mafhumnya " Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat bermusafir selama tiga hari atau lebih kecuali jika dia bersama bapanya atau anak lelakinya atau suaminya atau saudara lelakinya atau mahram lelakinya, " Riwayat Al-Bukhori, muslim, Abu Daud, At-tirmizi dan ibnu Majah.

2) Menurut riwayat Bukhori dan Muslim
"La tusafiri mar atu yamaini minad dahri illa wa ma'ana dzu mahramin minha au zaujuha"

Mafhumnya " Seorang wanita tidak boleh bermusafir selama dua hari kecuali jika dia bersama mahram lelaki ataupun suaminya"

Melihat kepada 2 hadith itu ana tertanya, bagaimana dengan ana atau sahabiah yang keluar menyertai program ilmu atau misi dakwah selama lebih dari 3 hari, yang mana selama musafir itu di temani oleh mahram wanita..ana keliru..
Pohon bantuan sahabt semua, ana minta sgt agr kita berkongsi scara ilmiah dan kalau boleh kt berbincangd engan mengemukakan dalil2 yang sahih dan hujah2 scara ilmiah, elakkan beremosi... Wallahu a'alam.. ana mohon ampun pada Allah andai ada kesilapan ketika menaip semula hadith itu dan maaf kpd antum semua. Harap ada yg dapat membantu...

Thursday, October 28, 2010

ciri-ciri isteri idaman lelaki mukmin

T Taat pada suami
A Allah ditamakan
Q Quran di junjung
W Wanita solehah
A Amanah tunai tanggungjawab


T Tunjuk kasih sayang
A Anak pandai dididik
A Akhlak mulia
T Tutup keaiban suami


S Solat dijaga
O Org tua dihormati
P Puasa dikerjakan
A Aurat di pelihara
N Nabi dicontohi

Friday, October 22, 2010

WANITA S0LEHAH LEBIH BAIK DARIPADA BIDADARI SYURGA

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

WANITA SOLEHAH

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

SUAMI YANG S0LEH

# Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
# Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
# Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
# Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
# Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
# Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
# Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
# Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
# Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
# Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
# Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
# Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
# Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
# Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
# Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
# Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
# Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
# Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

CIRI-CIRI WANITA S0LEHAH

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

Friday, October 15, 2010

"CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI"

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

MASIH SUAMI ISTERIKAH DI AKHIRAT??

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

MUNAJAT CINTA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Tuesday, October 12, 2010

"Alhamdulillah"

h0h0h0h0o..alhamdulillah..tadi selesai sudah public speaking bahasa inggeris..fuh,lega yang tidak terkata..macam kurang beban yang saya tanggung..ringan je..sekarang tinggal marketing exam dengan presentation t0k marketing jugak..ad0yai!!x pe2..kal0 nak dpt p0inter bg0s,,jangan mengel0h..hadapi je cabaran tue..kene berk0rban ape je t0k dpt p0inter bg0s..p0inter saya kene kekalkan 3.00 ke atas..kal0 x,abislah biasiswa saya..huhuhuu..s0,cayuck amal!!!bil taufik wa najjah..

Friday, October 8, 2010

"Aku jat0h cinta??"

-hohohohoo-mana ada saya jat0h cinta...cinta saya hanya pada ALLAH..kerana cinta kepada ALLAH akan kekal selamanya berbanding cinta kepada manusia..cinta manusia x pernah kekal lamanya..walaup0n ramai sahabat2 saya bercinta,saya x pernah terlintas nak ik0t macam diaorang..mcm2 perangai ada..kadang2 kalo mereka ada masalah dengan pasangan mereka,mereka menangislah,x cerialah..mcm2 lagilah..x sangg0p saya nak hadapi semua tue..s0,saya ambil langkah unt0k tidak menjadi seperti mereka..tue yang lebih baik..sebab tue cinta saya hanya unt0k ALLAH..kal0 saya ade masalah,ALLAH sentiasa mendengar masalah saya..dan ALLAH sentiasa berada di sisi saya..x kira kemana saya pergi,ALLAH sentiasa temankan saya...tapi,saya x sehabat kekasih ALLAH,nabi muhammad saw.x de orang dapat menandingi kekasih ALLAH itu..kerana darjatnya lebih mulia di sisi ALLAH..

Wednesday, May 26, 2010

NILAI KETULUSAN SEBUAH PERSAHABATAN

DALAM DUNIA INI KITA TIDAK PUNYA SESIAPA KECUALI DIRI SENDIRI.TETAPI,DALAM KITA BERSENDIRIAN,KITA BERUNTUNG KERANA APA?KERANA KITA MEMPUNYAI SEORANG SAHABAT YANG MEMAHAMI KITA.SEBAGAIMANA KITA MENGHARAPKAN KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN SEORANG SAHABAT,BEGITULAH JUGA DIA.TETAPI KITA SERING TERLUPA AKAN HAL ITU.

CUMA MENGAMBIL KIRA TENTANG HARAPAN DAN PERASAAN KITA.KITA RASA DIKHIANATI BILA DIA TIDAK MENEPATI JANJINYA.KITA TIDAK MEMBERI DIA PELUANG UNTUK MENERANGKAN KEADAANYA.BAGI KITA,ITU ALASAN UNTUK MENUTUP KESILAPAN DAN MEMBELA DIRI.

KITA JUGA PERNAH MEMBIARKAN DIA TERNANTI-NANTI KERANA KITA JUGA ADA JANJI YANG TIDAK DITEPATI.KITA BERI SERIBU ALASAN MEMAKSA DIA TERIMA ALASAN KITA.WAKTU ITU TERFIKIRKAH KITA PERASAANNYA??SEPERTI KITA,DIA JUGA TAHU RASA KECEWA?TETAPI KITA SERING TERLUPA.

UNTUNGNYA MEMPUNYAI SEORANG SAHABAT YANG SENTIASA MEMAHAMI.YANG SELALU BERADA DI SISI PADA WAKTU KITA MEMERLUKANNYA.DIA MENDENGAR LUAHAN PERASAAN KITA,SEGALA RASA KECEWA DAN KETAKUTAN.HARAPAN DAN IMPIAN JUGA KITA LUAHKAN.DIA MEMBERI JALAN SEBAGAI LALUAN PENYELESAIAN MASALAH.SELALUNYA KITA TERLALU ASYIK MENCERITAKAN TENTANG DIRI KITA HINGGA KADANG-KADANG KITA TERLUPA SAHABAT KITA JUGA ADA CERITA YANG INGIN DIKONGSI BERSAMA.PERNAHKAH KITA MEMBERI DIA PELUANG UNTUK MENCERITAKAN TENTANG RASA BIMBANGNYA,RASA TAKUTNYA?PERNAHKAH KITA MENENANGKAN DIA SEBAGAIMANA DIA PERNAH MENYABARKAN KITA.

IKHLASKAH KITA MENDENGAR TENTANG KEJAYAAN DAN BERITA GENBIRANYA?MAMPUKAH KITA MENJADI SUMBER KEKUATANNYA SEPERTIMANA DIA MENIUPKAN SEMANGAT SETIAP KALI KITA RASA KECEWA DAN MENYERAH KALAH?DAPATKAH KITA YAKINKAN DIA YANG KITA BOLEH DIPERCAYAI,KITA BOLEH DIJADIKAN TEMPAT UNTUK DIA BERSANDAR BILA TERASA LEMAH,AGAR TIDAK REBAH??

BOLEHKAH KITA MENJADI BAHU UNTUK DIA BERSANDAR HARAPAN?SESEKALI JADILAH SAHABAT YANG MENDENGAR DARI HANYA BERCERITA.AMBILLAH MASA UNTUK MEMAHAMI HATI DAN PERASAAN SAHABAT.KERANA DIA JUGA SEORANG MANUSIA.DIA JUGA ADA RASA TAKUT,ADA RASA BIMBANG,SEDIH,DAN KECEWA.DIA JUGA ADA KELEMAHAN DAN MEMERLUKAN SEORANG SAHABAT.

SEBAGAI KEKUATAN,JADILAH KITA SAHABATNYA.KITA SELALU MELIHAT DIA KETAWA,TETAPI MUNGKIN SEBENARNYA DIA TIDAK SETABAH YANG KITA SANGKAKAN.DISEBALIK SENYUMANNYA MUNGKIN BANYAK CERITA SEDIH YANG INGIN DILUAHKAN.DISEBALIK KESENANGANNYA MUNGKIN TERSIMPAN SERIBU KEKALUTAN.KITA TIDAK TAHU.TETAPI,JIKA KITA CUBA JADI SAHABAT SEPERTINYA,MUNGKIN KITA AKAN TAHU.....

Tuesday, May 25, 2010

SOALAN JIBRIL KEPADA KERBAU,KELAWAR,CACING

PADA SUATU HARI,ALLAH SAW MEMERINTAHKAN MALAIKAT JIBRIL MENEMUI SEEKOR KERBAU DAN MEMINTANYA BERTANYAKAN SATU SOALAN KEPADA HAIWAN BERKENAAN.JIBRIL SEGERA MEMATUHI PERINTAH ITU.

PADA WAKTU SIANG YANG PANAS ITU,SI KERNAU SEDANG BERENDAM DI SUNGAI.MALAIKAT JIBRIL MENDEKATINYA LALU BERKATA:"HAI KERBAU,APAKAH KAMU SELESA DIJADIKAN OLEH ALLAH SWT SEBAGAI SEEKOR KERBAU?."

KERBAU MENJAWAB:"MASYA ALLAH!!ALHAMDULILLAH.AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT YANG MENJADIKAN AKU SEBAGAI SEEKOR KERBAU.INI SANGAT BERBEZA JIKA AKU DIJADIKAN SEBAGAI SEEKOR KELAWAR YANG MANDI DENGAN AIR KENCINGNYA SENDIRI."

MENDENGAR JAWAPAN ITU,JIBRIL SEGERA PERGI MENEMUI SEEKOR KELAWAR YANG PADA KETIKA ITU SEDANG TIDUR BERGANTUNGAN DI DALAM SEBUAH GUA.

KEMUDIAN JIBRIL BERTANYA:"HAI KELAWAR,APAKAH KAMU SELESA DIJADIKAN OLEH ALLAH SWT SEBAGAI SEEKOR KELAWAR?"KATA KELAWAR ITU:"MASYA ALLAH!!ALHAMDULILLAH.AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH YANG MENJADIKAN AKU SEEKOR KELAWAR DARIPADA MENJADIKAN AKU SEEKOR CACING.TUBUHNYA KECIL,TINGGAL DI DALAM TANAH DAN BERJALAN MENGGUNAKAN PERUTNYA,"JAWAB SI KELAWAR.

MENDENGAR JAWAPAN ITU,MALAIKAT JIBRIL SEGERA PERGI MENEMUI SEEKOR CACING YANG SEDANG MERAYAP DI ATAS TANAH.

LALU JIBRIL BERTANYA KEPADA SI CACING:"WAHAI CACING YANG KECIL,APAKAH KAMU SELESA DIJADIKAN OLEH ALLAH SWT SEBAGAI SEEKOR CACING?"

SI CACING MENJAWAB:"MASYA ALLAH!!ALHAMDULILLAH.AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH YANG MENJADIKAN AKU SEEKOR CACING DARIPADA MENJADIKAN AKU SEBAGAI MANUSIA.
"APABILA MEREKA TIDAK MEMILIKI IMAN YANG SEMPURNA DAN TIDAK BERAMAL,KETIKA MEREKA MATI MEREKA AKAN DISEKSA SELAMA-LAMANYA."

Monday, May 24, 2010

BAKAL PENGANTIN BERHAK LIHAT PASANGAN SEBELUM KAHWIN

S:APAKAH BOLEH SEORANG PEMUDA ITU MELIHAT GADIS SEBELUM MEMINANGNYA??

JAWAPAN:

KALAU KITA LINAT DI NEGARA BARAT,LELAKI BUKAN SAJA BOLEH MELIHAT SI GADIS YANG HENDAK DIPINANG TETAPI LEBIH DARI ITU IA BOLEH BAWA GADIS ITU KESANA DAN KEMARI,KE PESTA ATAS ALASAN UNTUK MENGUJI.PADA SATU PIHAK TRADISIONAL PULA,MEREKA MENGHARAMKAN LELAKI MELIHAT WANITA YANG HENDAK DIPINANG ITU.MEREKA MELARANG KEDUA-DUANYA SALING BERPANDANGAN SEHINGGALAH TIBA SAAT DIKAHWINKAN.

SESUNGGUHNYA KEDUA-DUA SIKAP TERSEBUT ADALAH TERCELA.YANG BENAR ADALAH PENDAPAT PERTENGAHAN DARIPADA KEDUA-DUA PENDAPAT BERKENAAN SEPERTI YANG DIAJAR SYARAK DAN DIPERINTAHKAN OLEH NABI SAW,IAITU AGAR LELAKI HENDAKLAH MELIHAT WANITA YANG HENDAK DILAMAR SEBAGAIMANA DALAM SEBUAH HADIS YANG BERMAKSUD"PERNAH SEORANG LELAKI DATANG KEPADA BAGINDA SAW SERAYA BERKATA,"SAYA TELAH MEMINANG SEORANG PEREMPUAN ANSAR."LALU NABI SAW BERTANYA,"APAKAH ENGKAU TELAH MELIHATNYA?"DIA MENJAWAB,"BELUM."BAGINDA SAW MENJAWAB,"PERGILAH ENGKAU MELIHATNYA,KERANA PADA MATA ORANG-ORANG ANSAR ITU(BIASANYA)ADA SESUATU(CACAT).(RIWAYAT AN-NASA'I)

BEGITU JUGA HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH TARMIZI IAITU AL-MUGHIRAH BIN SYU'BAH PERNAH MEMINTA IZIN ATAU MEMBERITAHU KEPADA NABI SAW BAHAWA DIA HENDAK MEMINANG SEORANG WANITA,LALU NABI SAW BERTANYA,"ADAKAH ENGKAU SUDAH MELIHATNYA?"DIA MENJAWAB,"BELUM."KEMUDIAN BAGINDA SAW BERSABDA,"LIHATLAH DIA,KERANA YANG DEMIKIAN ITU LEBIH MENJAMIN UNTUL MELANGSUNGKAN HUBUNGAN KAMU BERDUA."(RIWAYAT AL-TARMIZI)

ERTINYA DENGAN MENGIKUT CARA YANG DIANJURKAN DALAM HADIS,KELAK AKAN TERBINALAH KERUKUNAN,KEHARMONIAN DAN KESERASIAN DI ANTARA KEDUANYA(SUAMI DAN ISTERI).INI ADALAH PERINTAH DARIPADA BAGINDA.SABDA BAGINDA LAGI,"APABILA SALAH SEORANG DI ANTARA KAMU MEMINANG SEORANG WANITA DAN KAMU MAHU MENGAHWININYA,MAKA HENDAKLAH IA MELIHAT SEBAHAGIAN DARI APA YANG DAPAT MENDORONGNYA UNTUK MENGAHWININYA."(RIWAYAT ABU DAUD)

DARIPADA HADIS DI ATAS,DAPATLAH KITA KETAHUI BAHAWA LELAKI YANG MAHU MEMINANG BERHAK,BAHKAN HARUS MELIHAT WANITA YANG AKAN DIPINANG ITU DAN KELUARGA SI WANITA ITU HENDAKLAH MEMBERI KEMUDAHAN KEPADANYA UNTUK MELAKUKANNYA,SEHINGGA IA SI LELAKI DAPAT MELIHAT SI WANITA DAN SI WANITA DAPAT MELIHAT LELAKI TERSEBUT.SETERUSNYA WANITA BERHAK UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK PINANGAN TERSEBUT.JUSTERU KEDUA-DUA BELAH PIHAK PERLU SALING MELIHAT SATU SAMA LAIN SEBELUM MELAKSANAKAN PERKAHWINAN.DENGAN CARA ITU,KEHIDUPAN RUMAH TANGGA DAPAT DIBINA DIATAS TAPAK YANG KUKUH DAN TIANG YANG KUAT.

BOLEH JUGA LELAKI MELIHAT WANITA YANG AKAN DIPINANG ITU TANPA PENGETAHUAN WANITA DAN KELUARGANYA,KERANA PENGETAHUAN KELUARGA DAN WANITA ITU BUKANLAH SYARAT.IA JUGA SUPAYA SI WANITA TIDAK TERSINGGUNG PERASAANNYA.DIRIWAYATKAN DARIPADA JABIR BIN ABDULLAH,BAHAWA BELIAU BERCERITA MENGENAI ISTERINYA SELEPAS DIKAHWINKAN.KATANYA,"SESUNGGUHNYA SAYA DULU BERSEMBUNYI DI BAWAH POHON UNTUK MELIHATNYA SEHINGGA SAYA DAPAT MELIHAT SEBAHAGIAN DARI SESUATU YANG DAPAT MENDORONG SAYA UNTUK MENGAHWININYA."

Friday, May 21, 2010

Eeee,GELINYA...

DI SINI ANA NAK TUNJUKKAN SATU PERUMPAMAAN BAGI MEREKA YANG SUKA MEMPERKATAKAN HAL ORANG LAIN...ANA HARAP VIDEO INI AKAN MEMBUATKAN ANTUNA SEMUA SEDAR AKAN KEBURUKAN MENGUMPAT ATAU MEMPERKATAKAN PERIHAL MANUSIA LAIN TANPA KEIZINAN DARINYA..

MENGENDERAI NAFSU SYAHWAT

KETAHUILAH BAHAWA KEINGINAN NAFSU SYAHWAT INI ADALAH MERUPAKAN KEINGINAN YANG PERKASA YANG MANA IA MAMPU MENEWASKAN KEKUATAN AKAL KETIKA MANA IA BERGELOJAK.IA HANYA MENDORONG DAN MENUNTUT MANUSIA MELAKUKAN KEJAHATAN.RAMAI MANUSIA HARI INI YANG MENINGGALKANNYA KERANA MALU ATAU UNTUK MEMELIHARA TUBUHNYA,DALAM HAL INI PENGORBANAN INI SEDIKIT PUN TIDAK DI PANDANG OLEH ALLAH SWT.KEUTAMAAN DAN PAHALA YANG BESAR HANYA DIDAPATI JIKA PERNUATAN MENINGGALKAN KEINGINAN SHAYHWAT ITU DILAKSANAKAN LANTARAN TAKUT KEPADA ALLAH DISERTAI KEMAMPUAN MELAKSANAKANNYA,LEBIH-LEBIH LAGI DIKALA SYAHWATNYA SEDANG BERGELOJAK.

KALI INI ANA INGIN MEMBAWA KISAH YANG BERLAKU KEPADA SULAIMAN B. YASAR.KETIKAMANA SULAIMAN BERANGKAT UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH HAJI DARI MADINAH BERSAMA SEORANG RAKANNYA,MEREKA SINGGAH TELAH SINGGAH DI ABWA'.BERDIRILAH KAWANNYA MENGAMBIL TEMPAT MUSAFIR DAN DIA TELAH BERSENDIRIAN DALAM KHEMAH.DIRIWAYATKAN BAHAWA DIA ADALAH ANTARA MANUSIA YANG PALING TAMPAN WAJAHNYA DAN PALING WARA' DI KALANGAN KAUMNYA.

KETIKA ITU ADA SEORANG WANITA BADWI YANG SEDANG MEMERHATIKANNYA DARI ATAS BUKIT DAN TURUNLAH WANITA TERSEBUT MENUJU KEPADANYA DENGAN MEMAKAI PENUTUP MUKA.MAKA DIBUKALAH PENUTUP SEHINGGA MENYERLAHKAN WAJAHNYA YANG SEAKAN BELAHAN BULAN SERAYA BERKATA,"BUATLAH AKU SENANG."SULAIMAN MENYANGKA BAHAWA PEREMPUAN ITU MENGINGINKAN MAKANAN LALU DISERAHKAN LEBIHAN MAKANAN YANG DIBAWA.BERKATALAH PEREMPUAN ITU,"AKU TIDAK MENGHENDAKI ITU,AKU HANYA INGINKAN APA YANG SERING DILAKUKAN OLEH SEORANG SUAMI TERHADAP ISTERINYA."MAKA BERKATALAH SULAIMAN,"IBLIS TELAH MENGHASU KAU KEPADAKU."KEMUDIAN DIA MELETAKKAN DIANTARA KEDUA LUTUNYA LANTAS MENANGIS TANPA HENTI.

MAKA DATANGLAH KAWAN SULAIMAN DAN DILIHATNYA SULAIMAN TELAH BENGKAK KEDUA MATANYA KERANA MENANGIS.MAKA SAHABAT BERTANYA,:APA YANG MENYEBABKAN KAMU MENANGIS?"DIA BERKATA,"AKU TERINGAT KISAH KETIKA KU KECIL."TETAPI KAWANNYA TIDAK PERCAYA DAN TERUS MENDESAK SEHINGGA DIA TERPAKSA MENCERITAKAN KEADAAN SEBENAR.APABILA MENDENGAR CERITA SULAIMAN,KAWANYA PULA MENANGIS DENGAN TANGISAN YANG MEMILUKAN.MAKA SULAIMAN BERTANYA,"APA PULA YANG MENYEBABKAN KAMU MENANGIS?"DIA MENJAWAB,"AKU LEBIH BERHAK MENANGIS DARIPADA ENGKAU,KERANA AKU KHUATIR JIKA AKU BERADA DITEMPAT ENGKAU,TENTU AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN MENGHADAPI PEREMPUAN ITU."LALU KEDUA-DUANYA MENANGIS TANPA HENTI.

TATKALA SULAIMAN TELAH BERADA DI MEKAH DIA TELAH TERTIDUR.TIBA-TIBA DATANGLAH SEORANG LELAKI YANG TAMPAN DALAM MIMPINYA.BERKATALAH SULAIMAN KEPADANYA,"SEMOGA ALLAH MERAHMATI ENGKAU,SIAPAKAH ENGKAU?"LELAKI ITU BERKATA"AKU YUSUF".MAKA DIA BERKATA,"KISAHMU DAN ISTERI AL-AZIZ SUNGGUH MENAKJUBKAN."LELAKI ITU BERKATA,"KISAHMU DENGAN PEREMPUAN ABWA' ITU LEBIH MENAKJUBKAN."

"SEMOGA KISAH INI DAPAT MENGUATKAN TEKAD KITA UNTUK MENANGANI GELOJAK NAFSU SYAHWAT DAN MENGGANTIKANNYA DENGAN CINTA KEPADA AL-KHALID,SATU NIKMAT YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA"

Thursday, May 20, 2010

CONTOHI RASULULLAH JAGA KESIHATAN

MENCONTOHI NABI BUKAN SERACA SERPIHAN TAPI DALAM SEGALA ASPEK KEHIDUPAN KITA.ANTARA CARA HIDUP NABI YANG KITA HENDAK LIHAT KALI INI ADALAH CARA HIDUP NABI YANG SIHAT.

BAGINDA BERSABDA YANG BERMAKSUD"KAMU LEBIH MENGETAHUI URUSAN DUNIA KAMU."TETAPI ITU BUKAN BERERTI BAGINDA TIDAK MENGETAHUI MASALAH DUNIAWI.TIDAK BERERTI JUGA NABI BEBAS DARIPADA PENYAKIT.NAMUN NABI HANYA PERNAH SAKIT BOLEH DIBILANG DENGAN JARI.

YANG LAINNYA,NABI SENTIASA DALAM KEADAAN SIHAT WALAUPUN MENGGALAS TUGAS YANG TERAMAT BERAT DAN MENCABAR.

BERBEZA DENGAN MANUSIA SEKARANG,PENUH DENGAN PENYAKIT DAN PENDERITAAN.WALAUPUN BADAN SIHAT TETAPI HATI MEREKA SANGAT BERPENYAKIT.

BERIKUT ADALAH BEBERAPA CARA HIDUP SIHAT YANG BAGINDA AMALKAN:

1-SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

RASULULLAH MENGAJAK UMATNYA UNTUK BANGUN SEBELUM SUBUH BAGI MELAKSANAKAN SOLAT SUNAT,SOLAT FARDU,SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH.HAL INI MEMBERI HIKMAH YANG MENDALAN ANTARANYA MENDAPAT LIMPAHAN PAHALA,KESEGARAN UDARA SUBUH YANG BAIK TERUTAMA UNTUK MERAWAT PENYAKIT TIBI SERTA MEMPERKUATKAN AKAL FIKIRAN.

2-AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

RASULULLAH SAW SENTIASA BERSIH DAN RAPI.SETIAP KHAMIS ATAU JUMAAT BAGINDA AKAN MENCUCI RAMBUT HALUS DI PIPI,MEMOTONG KUKU,BERSIKAT SERTA MEMAKAI MINYAK WANGI."MANDI PADA HARI JUMAAT ADALAH SANGAT DITUNTUT BAGI SETIAP ORANG-ORANG DEWASA.DEMIKIAN PULA MENGGOSOK GIGI DAN PEMAKAI HARUM-HARUMAN."(HR MUSLIM)

3-TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

SABDA RASULULLAH SAW:KAMI ADALAH SATU KAUM YANG TIDAK MAKAN SEBELUM LAPAR DAN APABILA KAMI MAKAN TIDAK TERLALU BANYAK(TIDAK SAMPAI KEKENYANGAN),"(MUTTAFAQ ALAIH).
DALAM TUBUH MANUSIA ADA TIGA RUANG UNTUK BENDA:SEPERTIGA UNTUK UDARA,SEPERTIGA UNTUK AIR DAN SEPERTIGA LAINNYA UNTUK MAKANAN.BAHKAN ADA SATU PENDIDIKAN KHUSUS BAGI UMAT ISLAM IAITU DENGAN BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN BAGI MENYEIMBANGKAN KESIHATAN SELAIN NABI SELALU BERPUASA SUNAT.

4-GEMAR BERJALAN KAKI

RASULULLAH SAW BERJALAN KAKI KE MASJID,PASAR,MEDAN JIHAD DAN MENGUNJUNGI RUMAH SAHABAT.DENGAN BERJALAN KAKI,PELUH AKAN MENGALIR,ROMA TERBUKA DAN PEREDARAN DARAH AKAN BERJALAN LANCAR.INI PENTING UNTUK PENYAKIT JANTUNG.BERBANDING KITA SEKARANG YANG LEBIH SELESA MENAIKI KENDERAAN.KALAU MAHU MELETAKKAN KENDERAAN,MESTI LETAK BETUL-BETUL DI HADAPAN TEMPAT YANG HENDAK KITA PERGI.

5-TIDAK PEMARAH

NASIHAT RASULULLAH SAW"JANGAN MARAH"DIULANGI SAMPAI TIGA KALI.INI MENUNJUKKAN HAKIKAT KESIHATAN DAN KEKUATAN MUSLIM BUKANLAH TERLETAK PADA JASAD,TETAPI LEBIH KEPADA KEBERSIHAN JIWA.ADA TERAPI YANG TEPAT UNTUK MENAHAN PERASAAN MARAH IAITU DENGAN MENGUBAH POSISI KETIKA MARAH,BILA BERDIRI MAKA HENDAKLAH KITA DUDUK,DAN APABILA SEDANG DUDUK,MAKA PERLU BARING.KEMUDIAN MEMBACA TA'AWWUDZ KERANA MARAH ITU DARIPADA SYAITAN,SEGERA MENGAMBIL WUDUK DAN SOLAT DUA RAKAAT BAGI MENDAPAT KETENANGAN SERTA MENGHILANGKAN GUNDAH DI HATI.

6-OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

SIKAP OPTIMIS AKAN MEMBERIKAN KESAN EMOSIONAL YANG MENDALAM BAGI KELAPANGAN JIWA SELAIN PERLU BANYAKKAN SABAR,ISTIQOMAH,BEKERJA KERAS SERTA TAWAKAL KEPADA ALLAH SWT.

7-TIDAK PERNAH IRI HATI

BAGI MENJAGA KESTABILAN HATI DAN KESIHATAN JIWA,SEMESTINYA KITA PERLU MENJAUHI DARIPADA SIFAT IRI HATI."YA ALLAH,BERSIHKANLAH HATIKU DARI SIFAT-SIFAT MAZMUMAH DAN HIASILAH DIRIKU DENGAN SIFAT-SIFAT MAHMUDAH."

8-PEMAAF

PEMAAF ADALAH SIFAT YANG SANGAT DITUNTUT BAGI MENDAPATKAN KETENTERAMAN HATI DAN JIWA.MEMAAFKAN ORANG LAIN AKAN MEMBEBASKAN DIRI KITA DARIPADA DIBELENGGU RASA KEMARAHAN.SEKIRANYA KITA MARAH,MAKA MARAH ITU AKAN MELEKAT PADA HATI.JUSTERU,JADILAH SEORANG YANG PEMAAF KERANA YANG PASTI BADAN AKAN SIHAT.BAHAGIA SEBENARNYA BUKAN MENDAPAT TETAPI DENGAN MEMBERI.SEBENARNYA,BANYAK LAGI CARA HIDUP SIHAT RASUL SEMOGA HATI KITA SEMAKIN DEKAT DENGAN NABI YANG AMAT KITA RINDUKAN PERTEMUAN DENGANNYA.

Wednesday, May 19, 2010

TERTAWA DI DUNIA..MENANGIS DI AKHIRAT..

DALAM SATU HADITH,NABI SAW BERSABDA"BANYAK TERTAWA DAN TERGELAK-GELAK ITU MEMATIKAN HATI".BANYAK TERTAWA MENJADIKAN HATI SEMAKIN MALAP DAN TIDAK BERSERI.LAMPU HATI TIDAK BERSINAR DAN AKHIRNYA TERUS TIDAK MENYALA.HATI TIDAK BERFUNGSI LAGI.
NABI MUHAMMAD MELARANG UMATNYA DARI GELAK KETAWA YANG MELAMPAUI BATAS.MENURUT HADITH,BANYAK KETAWA MENGHILANGKAN AKAL DAN ILMU.BARANGSIAPA KETAWA TERBAHAK-BAHAK,AKAN HILANG SATU PINTU DARIPADA PINTU ILMU.

*****KENAPA DILARANG KETAWA BERDEKAH-DEKAH*******

DALAM KEADAAN SUKA YANG KETERLALUAN,HATI KITA AKAN LALAI DAN LUPA SUASANA KAHIRAT DAN ALAM BARZAKH YANG BAKAL KITA TEMPUH KELAK.SEDANGKAN DAHSYATNYA ALAM TERSEBUT TIDAK DAPAT DINUKILKAN DALAM SEBARANG BENTUK MEDIA.KITA SEDANG MENUJU KE SATU DESTINASI YANG BELUM TENTU MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN YANG ABADI.SEPATUTNYA KITA BERFIKIR BAGAIMANA KEDUDUKAN KITA DI SANA NANTI,SAMA ADA BAHAGIA ATAU MENDERITA.BERBAHAGIA DI DUNIA BERSIFAT SEMENTARA TETAPI DI AKHIRAT BERPANJANGAN TANPA HAD.PENDERITAAN DI DUNIA HANYA SEKETIKA TETAPI DI AKHIRAT AZAB YANG BERTERUSAN DAN BERKEKALAN.MERENUNG DAN MEMIKIRKAN KEADAAN INI CUKUP UNTUK KITA MENGHISAP DIRI SERTA MENYEDARKAN DIRI KITA TENTANG BAHAYA YANG AKAN DITEMPUH.

"TERTAWA-TAWA DI MASJID MENGGELAPKAN SUASANA KUBUR".DEMIKIAN DITEGASKAN OLEH NABI SAW.KITA SEDIA MAKLUM,KUBUR IALAH RUMAH YANG BAKAL KITA DUDUKI DALAM TEMPOH YANG PANJANG.KITA KESEORANGAN DAN KESUNYIAN TANPA TEMAN DAN KELUARGA.KUBUR ADALAH PINTU KE SYURGA ATAU NERAKA.BETAPA DALAM KEGELAPAN DI SANA KITA DIGELAPKAN LAGI DENGAN SIKAP KITA YANG SUKA TERBAHAK-BAHAK DI DUNIA...

KETAWA YANG MELAMPAUI BATAS MENJADIKAN KITA KURANG BERILMU.APABILA KURANG ILMU AKAL TURUT MENJADI KURANG.KEPEKAAN TERHADAP AKHIRAT JUGA MENURUN.NABI SAW.PERNAH BERSABDA:"BARANGSIAPA TERTAWA-TAWA NESCAYA MELAKNAT AKAN DIA OLEH ALLAH (AL-JABBAR) MEREKA YANG BANYAK TERTAWA DI DUDNIA NESCAYA BANYAK MENANGIS DI AKHIRAT"

SAIDINA ALI SENTIASA MENGELUH "....JAUHNYA PERJALANAN...SEDIKITNYA BEKALAN.."WALAUPUN HEBAT ZUHUD DAN IBADAT BELIAU,NAMUN MERASAKAN MASIH KURANG LAGI AMALANNAYA.BETAPA KITA YANG KERDIL DAN MALAS INI SANGGUP BERGEMBIRA 24 JAM.

DALAM HADITH LAIN,NABI SAW BERSABDA "BARANGSIAPA BANYAK TERTAWA-TAWA NESCAYA MERINGANKAN OLEH API NERAKA.(MUDAH DIMASUKKAN KE NERAKA)."

KITA TIDAK PULA DILARANG MENUNJUKKAN PERASAAN SUKA TERHADAP SESUATU.CUMA YANG DILARANG IALAH BERTERUSAN GEMBIRA DENGAN KETAWA YANG BERLEBIHAN.SEBAIK -BAIK CARA BERGEMBIRA IALAH SEPERTI YANG DICONTOHKAN OLEH NABI SAW.BAGINDA TIDAK TERBAHAK-BAHAK TETAPI HANYA TERSENYUM MENAMPAKKAN GIGI TANPA BERSUARA KUAT.

****PARA SAHABAT PERNAH BERKATA "KETAWA SEGALA NABI IALAH TERSENYUM..TETAPI KETAWA SYAITAN ITU TERGELAK-GELAK.."



BILA DI SAAT ORANG LAIN DALAM KEGELAPAN.TERPESONA ATAU CEMAS MELIHAT SESUATU KEJADIAN,
BAGI ORANG YANG BIJAKSANA HANYA DITERIMA DENGAN SENYUMAN,SEBAB DENGAN ILMUNYA IA MENGETAHUI BAHAWASANYA HAL YANG SEBEGITU MULANYA,PASTI BEGINI AKHIRAT...

Tuesday, May 18, 2010

MENANGISLAH DISINI SEBELUM MENANGIS DISANA

DETIK WAKTU BERSAMA KELAHIRAN SEORANG BAYI DIHIASI TANGISAN.NYARING BERKUMANDANG MENYARING SEGALA SUARA YANG MENYAPA TELINGA IBU.LINJAK HATINYA KEMUNCAK GEMBIRA,PENAWAR SAKIT DAN LESU.LALU BERMULALAH SEBUAH KEHIDUPAN YANG MEWARNAI BUMI,BERPENAKAN HATI,BERDAKWATKAN AIR MATA.
AIR MATA ADAKALA PENYUBUR HATI,PENAWAR DUKA.ADAKALANYA BUIH KEKECEWAAN YANG MENYEMPIT PERASAAN,MENYESAKKAN KEHIDUPAN.AIR MATA SEORANG MANUSIA HANYALAH UMPAMA AIR KOTOR DI PERLIMPAHAN.NAMUN SETITIS AIR MATA KERANA TAKUTKAN ALLAH PERSIS PERMATA,INDAHNYA GEMERLAPAN.PENGHUNI SYURGA IALAH MEREKA YANG BANYAK DUKACITANYA DI DUNIA.
TIDAK TERKUMPUL DUA PERKARA DALAM SATU MASA.BARANGSIAPA YANG BANYAK GEMBIRA DI DUNIA AKAN BERDUKACITA DI AKHIRAT.BARANGSIAPA YANG BANYAK DUKACITANYA DI DUNIA AKAN GEMBIRA DI AKHIRAT.
PENCINTA DUNIA MENANGIS KERANA DUNIA YANG HILANG.PERINDU AKHIRAT YANG MENANGIS KERANA DUNIA YANG DATANG."ALANGKAH SEMPIT KUBURKU,"KELUH SEORANG ABID."ALANGKAH SEDIKIT HARTAKU,KESAL SI HARTAWAN.
DARI MATA YANG MENGINTAI SETIPA KEMEWAHAN YANG MULUS PELUH RAKUS,MENGALIRLAH AIR KECEWA KEGAGALAN,DARI MATA YANG REDUP MERENUNG HARI AKHIRAT YANG DIRASAKAN DEKAT,MENGALIRLAH AIR MATA INSAF MENGHARAP KEMENANGAN."PENGHUNI SYURGA ITULAH ORANG-ORANG YANG MENANG."(AL-HASR:20)
TANGIS ADALAH BASAHAN HIDUP.JUSTERU,HIDUP DIMULAKAN DENGAN TANGIS,DICELAHI OLEH TANGIS DAN DIAKHIRI DENGAN TANGIS.MANUSIA SENTIASA DALAM DUA TANGISAN.SAMADA YANG MEMBAWA UNTUNG ATAU MERUGIKAN SABDA RASULULLAH SAW."ADA DUA TITISAN YANG ALLAH CINTAI,PERTAMA TITISAN PARA SYUHADA' DAN TITISAM AIR MATA YANG JATUH KERANA TAKUTKAN ALLAH."NABI MUHAMMAD BERSABDA LAGI,"TANGISAN SEORANG PENDOSA LEBIH ALLAH CINTAI LEBIH DARI TASBIH PARA WALI."
OLEH ITU BERHATI-HATILAH DALAM TANGISAN,KERANA ADA TANGISAN YANG AKAN MENGAKIBATKAN DIRI MENANGIS LEBIH LAMA DAN ADA TANGISAN YANG MEMBAWA BAHAGIA UNTUK SELAMA-LAMANYA.SEORANG PENDOSA YANG MENANGIS KERANA DOSA ADALAH LEBIH BAIK DARI ABID YANG BERANGAN-ANGAN TENTANG SYURGA MANA KELAK IA AKAN BERTAKHTA.NABI BERSABDA,"KEJAHATAN YANG DIIRINGI OLEH RASA SEDIH,LEBIH ALLAH SUKAI DARI SATU KEBAIKAN YANG MENIMBULKAN RASA TAKBUR."
KETAWA YANG BERLEBIHAN TANDA LALAI DAN KEJAHILAN.KETAWA SEORANG ULAMA' DUNIA HILANG ILMU,HILANG WIBAWANYA.KETAWA SEORANG JAHIL,SEMAKIN KERAS HATI DAN PERASAANNYA NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA,"JIKA KAMU TAHU APA YANG AKU TAHU,NESCAYA KAMU BANYAK MENANGIS DAN SEDIKIT KETAWA."SEORANG HUKAMA' PERNAH BERSYAIR,"AKU HAIRAN DAN PELIK,MELIHAT ORANG KETAWA KERANA PERKARA-PERKARA YANG AKAN MENYUSAHKAN,LEBIH BANYAK DARIPADA PERKARA YANG MENYENANGKAN."
SALAFUSSOLH MENANGIS WALAUPUN BANYAK BERAMAL,TAKUT-TAKUT TIDAK DITERIMA IBADATNYA.KITA KETAWA,WALAUPUN SEDAR DIRI KOSONG DARIPADA AMALAN.LUPAKAH KITA NABI PERNAH BERSABDA,"SIAPA YANG BERBUAT DOSA DALAM KETAWA,AKAN DI CAMPAKKAN KE DALAM NERAKA DALAM KEADAAN MENANGIS."


BERTAMBAH LUAS AKAL,
BERTAMBAH LUASLAH HIDUP,
BERTAMBAH DATANGLAH BAHAGIA,
BERTAMBAH SEMPIT AKAL,
BERTAMBAH SEMPITLAH PULA HIDUP,
BERTAMBAH DATANGLAH CELAKA.

Monday, May 17, 2010

KEWAJIPAN MENUTUP AURAT

KALAU KITA PERHATIKAN PADA MASA KINI,PARA IBUBAPA MEMANDANG REMEH TENTANG PERLAKSANAAAN AURAT DIKALANGAN ANAK PEREMPUAN MEREKA.RAMAI YANG BERPENDAPAT ASALKAN BERPAKAIAN SOPAN SUDAH MEMADAI.MEREKA MENYANGKA BAHAWA KEHIDUPAN MODEN TIDAK MEMERLUKAN PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT.ATAU PADA MEREKA,YANG TERLEBIH PENTING ADALAH PENDIDIKAN AKADEMIK ANAK-ANAK MEREKA.APABILA KITA MEMPERKATAKAN PAKAIAN WANITA MENUTUP SELURUH BADAN MAKA DENGAN SENDIRINYA TERMASUKLAH TUDUNG KEPALA SEPERTI MANA YANG TELAH DISYARIATKAN OLEH ALLAH DI DALAM AL-QURAN:
"DAN KATAKANLAH OELHMU WAHAI MUHAMMAD TERHADAP PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN SUPAYA MENUNDUKKAN PANDANGAN MEREKA DAN MENJAGA KEHORMATAN DIRI MEREKA DAN JANGANLAH MEREKA MEMPERLIHATKAN PERHIASAN DISEBALIK PAKAIAN MEREKA KECUALI YANG ZAHIR SAHAJA DAN HENDAKLAH MELABUHKAN TUDUNG KEPALA MEREKA SEHINGGA MENUTUPI PARAS DADA."(SURAH AN-NUR)
BERDASARKAN AYAT DIATAS,TUDUNG KEPALA MERUPAKAN PAKAIAN YANG WAJIB DIPAKAI OLEH SETIAP MUSLIMAH TANPA MENAMPAKKAN WALAU SEURAT RAMBUT.SEDIHNYA SERINGKALI KAUM WANITA MENYALAHGUNAKAN TUDUNG DAN DIJADIKAN SEBAGAI FESYEN.SERINGKALI TUDUNG DIPAKAI TIDAK LENGKAP,MENAMPAKKAN SEBAHAGIAN RAMBUT ANTARA MAHU PAKAI DAN TIDAK.GAYA YERKINI KEBANYAKKAN REMAJA MUSLIMAH DIDAPATI TUDUNG DIKENAKAN DENGAN SELUAR JEAN DAN BAJU YANG SANGAT KETAT TETAPI DIPAKAI TUDUNG DIRASAKAN LENGKAP.TANPA DISEDARI SEMUANYA ITU ADALAH MEMPEROLOK-OLOKKAN TERHADAP PEMAKAIAN TUDUNG YANG DISYARIATKAN OLEH ALLAH.
PEPATAH MENGATAKAN BAHAWA MELUNTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA.MAKA,DALAM KITA MENDIDIK ANAK-ANAK KITA,HENDAKLAH DIMULAKAN DARI KECIL.JIKA KITA INGIN ANAK-ANAK KITA BIASA MENUTUP AURAT,BIASAKAN MEREKA DARI KECIL.JANGAN KITA SANGKA BAHAWA TIDAK SESUAIN MEMAKAI TUDUNG LABUH UNTUK ANAK-ANAK PEREMPUAN KITA YANG MASIH KECIL KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI APA-APA.AKAN TETAPI DISITULAH LETAKNYA KESILAPAN.APABILA KANAK-KANAK TERSEBUT SUDAH TERBIASA DENGAN PAKAIAN YANG TERDEDAH AURAT APABILA BESAR KELAK,MEREKA AKAN BERASA JANGGAL DAN RIMAS DENGAN PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT.MULAKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK DARI KECIL.
RAMAI YANG BERTUDUNG HANYA SEMASA SESSI PERSEKOLAHAN SAHAJA.ADA ORANG YANG MEMBENARKAN ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA MEMAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT SECARA MENIPU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN KETAT YANG MENAMPAKKAN SUSUK TUBUHNYA DAN MEMAKAI TUDUNG DIRASAKAN LENGKAP.DENGAN MENGANGGAP BAHAWA INILAH PAKAIAN ISLAM KERANA TIDAK MENDEDAHKAN TUBUH KEPADA UMUM.PADA HAL SEBENARNYA ITU BUKAN PAKAIAN ISLAM.SEMUA PERKARA INI TELAH DIBERI AMARAN OLEH RASULULLAH SAW DALAM SATU HADIS SAHIH YANG BERMAKSUD:
"DUA JENIS MANUSIA YANG AKAN MENJADI AHLI API NERAKA YANG AKU TIDAK SEMPAT MELIHAT MEREKA KERANA TIDAK ADA DI ZAMANKU,MEREKA AKAN WUJUD DI AKHIR ZAMAN,YANG PERTAMA IALAH YANG MEMPUNYAI PEMIAT-PEMIAT DAN CEMETI-CEMETI LAKSANA EKOR LEMBU.DIA MEMUKUL KE KIRI DAN KE KANAN,MELAKUKAN KEZALIMAN TANPA PERHITUNGAN KEPADA MANUSIA.DAN YANG KEDUA,PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERTELANJANG DAN YANG MEMAKAI PAKAIAN TETAPI PAKAIAN YANG MENGGODA,NIPIS,KETAT YANG MENIPU AURAT,DI ATAS KEPALA MEREKA DIHIAS,RAMBUTNYA LAKSANA GOH-GOH UNTA,MEREKA TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA.SESUNGGUHNYA BAU SYURGA ITU BOLEH DICIUM PADA JARAK BERTAHUN-TAHUN LAMANYA."(RIWAYAT MUSLIM)
AKHIR ZAMAN INI,YANG MUNGKAR ITU SUDAH TIDAK DIPANDANG MUNGKAR.MALAH ANTARA MUNGKAR DAN MAKRUF SUDAH BERCAMPUR SEBATI MENJADI SATU.SAMPAI SUATU TAHAP MANUSIA SUDAH TIDAK MELIHAT YANG MAKRUF SEBAGAI MAKRUF DAN MUNGKAR SEBAGAI MUNGKAR,ANTARA MAKRUF DAN MUNGKAR SEOLAH-OLAH BERWAJAHKAN SAMA.KITA DAH TAK TAU NAK BEZAKAN ANTARA PAKAIAN YANG HALAL DAN HARAM DIPAKAI.RAMAI REMAJA YANG BERTUDUNG SEKARANG NI,TAPI MALANGNYA TIDAK MENEPATI CIRI-CIRI MENUTUP AURAT YANG SEMPURNA:-BERSELUAR JEAN KETAT YANG SENDAT DI PUNGGUNG DAN MENGGODA,JELAS MEMAPARKAN LEKUK/BENTUK TUBUH.ADA YANG BERBAJU BERLENGAN PENDEK TERDEDAH LENGAN TAPI BERTUDUNG DI RASAKAN LENGKAP.BAJU DIPAKAI PENDEK DAN TIDAK MELEPASI/MENUTUPI PUNGGUNG.BILA BANGUN DARI DUDUK,PURA-PURA TARIK-TARIK BELAKANG BAJU..PEHAL??MEREKA SANGAT GEMAR(RIAK)MENUNJUKAN GAYA ALUNAN BADAN GOYANGAN PUNGGUNG(TERGEDIK-GEDIK)KETIKA BERJALAN.BERTUDUNG TETAPI TELANJANG.MENJADI TONTONAN SI MATA KERANJANG.
BILA SUDAH TERBIASA DENGAN GAYA SEBEGINI,AKHIRNYA YANG MUNGKAR ITU SUDAH TIDAK DIPANDANG MUNGKAR.ANTARA MAKRUF DAN MUNGKAR,SEOLAH-OLAH BERWAJAH SAMA.YANG SEDIHNYA,PARA IBUBAPA PUN SEPERTI MEREDHAI ANAK-ANAK MEREKA BERPAKAIAN SEBEGINI!!KONONNYA SUDAH SOPAN DAN MENUTUP AURAT,TAPI HAKIKATNYA TIDAK LENGKAP.CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK ADA DALAM DIRI MEREKA.MEREKA MEMANDANG REMEH TENTANG KEWAJIPAN MENUTUP AURAT.AMBILLAH SERIUS PERKARA INI!!KERANA BILA IA SUDAH MENJADI KEBIASAAN BERPAKAIAN MUSLIMAH,SUDAHNYA ANTARA MUNGKAR DAN MAKRUF PUN SUDAH TIADA BEZANYA.JANGANLAH MENJADI LELAKI DAYUS YANG MEMBIARKAN SAHAJA KEMUNGKARAN BERLAKU DALAM KELUARGA!!
PELIHARALAH DIRI DAN KELUARGAMU DARI API NERAKA..(AT-TAHRIM AYAT 7)
KAUM WANITA PERLU MENYEDARI DENGAN MENDEDAHKAN AURATNYA(BERPAKAIAN SENDAT MENONJOLKAN BENDA BUKAN-BUKAN,TABARRUJ,TERDEDAH RAMBUTNYA DLL),SETIAP LELAKI YANG MELIHATNYA AKAN MEMPEROLEH DOSA SETIPA KALI MEMANDANG.TETAPI YANG BERATNYA ADALAH SI WANITA BUKAN SAHAJA SATU DOSA BAGI KESALAHAN ITU,TETAPI JUGA MERAIH SETIAP DOSA SEMUA LELAKI YANG MEMANDANGNYA.BAYANGKANLAH BERAPA BANYAK DOSA YANG DIPEROLEHI HANYA DENGAN PEMBUKAAN AURAT DI SUATU HARI.
IA BERDASARKAN SABDA NABI SAW YANG DI ERTIKANNYA:"SESIAPA YANG MEMPELOPORI SESUATU YANG BURUK,MAKA KE ATASNYA DOSA DAN DOSA SETIAP ORANG YANG MEMBUATNYA TANPA SEDIKIT KURANG PUN DOSANYA.."(RIWAYAT AHMAD DAN LAIN-LAIN:SOHIH)
TERMASUKLAH DALAM ERTI MEMPELOPORI APABILA SESEORANG ITU MEMPELOPORI PEMBUKAAN AURATNYA DI HARI ITU,YANG MNEYEBABKAN LELAKI MELIHATNYA MENDAPAT DOSA.PASTINYA SI WANITA ITU JUGA MENDAPAT DOSA TANPA KURANG BAGI SETIAP MATA YANG MEMANDANG.ADAKAH HATI ORANG SEBEGINI BOLEH DIKIRA BAIK???SETELAH GUNUNGAN DOSA MENGARATKAN HATINYA?PERKARA INI AMATLAH MERBAHAYA BAGI UMAT ISLAM.DISINILAH KEMENANGAN PIHAK KAFFIR YAHUDI DAN NASRANI DALAM AGENDA JAHAT MEREKA..
****BERTUDUNG TETAPI MENAIKI MOTOR SAMBIL MENAYANGKAN BETIS SEPANJANG JALAN****
DIRIWAYATKAN DALAM SEBUAH HADITH ERTINYA:ALLAH SENTIASA MERAHMATI PARA WANITA YANG MEMAKAI SELUAR PANJANG(DI SEBELAH DALAMNYA)(RIWAYAT AL-'UQAYLI,DAR QUTNI DARI ABU HURAIRAH)
MENURUT IMAM MUJAHID,HADITH INI BERLAKU DI SUATU KETIKA ADA SEORANG WANITA TERJATUH DARI KENDERAANNYA SEHINGGA TERSELAK KAINNYA DI HADAPAN NABI DAN PARA SAHABAT,MAKA DENGAN SEGERA NADI SAW MEMALINGKAN WAJAHNYA,MAKA PARA SAHABT BERKATA DIA(WANITA ITU)MEMAKAI SELUAR.LALU RESPOND RASULULLAH SAW MEMUJI DAN MENYEBUT HADITH DI ATAS.(AL-BAYAN WA AT-TA'RIF,IBN HAMZAH AL-HUSYANI)
BERDASARKAN DALIL INI JUGA,BERMAKNA ALLAH SENTIASA MELAKNATI WANITA YANG TIDAK BERSELUAR PANJANG(DI SEBELAH DALAMNYA)SEMASA NAIK KENDERAAN.DEMIKIAN MENURUT KAEDAH MAFHUM MUKHALAFAH DI DALAM ILMU USUL FIQH..