Tuesday, December 27, 2011

KENAPA???


 KENAPA AKU DI UJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah s.w.t. mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al-Ankabut : 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah s.w.t. mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(Surah Al-Baqarah : 216)

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
“Allah s.w.t. tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”(Surah Al-Baqarah: 286)

RASA FRUST?TENSION?LEMAH SEMANGAT?
“Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman.”(Surah Al-Imran : 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t. supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”(Surah Al-Imran : 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah s.w.t.) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”(Surah Al-Baqarah : 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah s.w.t. telah membeli dari orang-orang mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”(Surah At-Taubah : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah s.w.t. bagiku,tidak ada Tuhan selain dari-Nya.Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”(Surah At-Taubah : 129)

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!!AKU DAH BOSAN!!!
“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t..Sesungguhnya tiada berputus dari rahmat Allah s.w.t. melainkan kaum yang kafir.”(Surah Yusuf : 12)

Thursday, December 8, 2011

bersangka baik sesama insan..


(`'•.¸ Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

(`'•.¸ Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

(`'•.¸ Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

(`'•.¸ Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

(`'•.¸ Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

(`'•.¸ Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk..

InsyaAllah..muhasabah bersama..^^



Monday, December 5, 2011

fadilat puasa asyura..

بسم الله الرحمن الرحيم
"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

"Puasa ini menggugurkan (dosa-dosa) di tahun yang lalu" - HR Muslim (no.1162)

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Secara istilah Puasa ‘Asyura adalah puasa yang dikerjakan pada tanggal 10 Muharram pada Kalender Islam Hijriyah.
Lebih utama lagi jika puasa 10 Muharram di gandingkan dengan puasa 9 Muharram, dalam menyelisihi orang-orang Yahudi dan Nashrani, kerana Rasulullah SAW ketika disampaikan kepada beliau bahawa 10 Muharram adalah hari yang diagungkan orang-orang Yahudi dan Nashrani, maka beliau bersabda:
“Kalau aku masih hidup tahun depan, maka sungguh aku akan berpuasa pada tanggal 9 Muharram (bersama 10 Muharram).” -HR Muslim (No.1134)

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura 

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Insya'allah semoga apa jua amalan baik yang kita lakukan pada hari ini akan mendapat ganjaran dan keampunan dari Allah..

Doa Pada Hari 'Asyura Mari manfaatkan momen hari 'Asyura, hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan dengan memanjatkan doa.

حَسْبُنَااللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ سُبْحَانَ اللَّهِ مِلْءَالْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَاوَزِنَةَالْعَرْشِ لاَمَلْجَأَ وَلاَمَنْجَأَ مِنَ اللَّهِ اِلاَّ اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَالشَّفْعِ وَالْوِتْرِ وَعَدَدَكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَانَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَبِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ وَهُوَحَسْبُنَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
"Hasbunallahu wani'mal wakiilu ni'mal maulaa wani'man nashiiru Subhanallahi mil-al miizaani wa muntahal 'ilmi wa mablaghar ridhaa wazinatal 'arsyi Laa malja-a walaa manja-a minallahi illa ilaihi subhaanallahi 'adadasy syaf'ir wal witri Wa 'adada kalimaatillahittaammaati kulliha nas-alukas salaamata birahmatika yaa arhamar raahimina Walaa haula walaa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhiimi Wa huwa hasbuna wa ni'mal wakiilu ni'mal maulaa wa ni'man nashiiru Wa shallalahu 'alaa sayyidina muhammadin wa 'alaa aalihi washahbihii wasallam"

Ertinya: "Cukuplah Allah menjadi sandaran kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sesempurna ilmu, sepenuh keredhaan dan timbangan 'arsy. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari Allah, kecuali hanya kepada-Nya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan genap dan ganjil, dan sebanyak kalimat Allah yang sempurna, kami memohon keselamatan dengan rahmat-Mu wahai Zat Yang Maha Penyayang diantara semua yang penyayang. Dan tiada daya upaya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan Dialah yang mencukupi kami, sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurah kepada junjungan kami Nabi Muhammad, teriring keluarga dan sahabat beliau."

Keterangan: Doa di atas silahkan dibaca pada hari 'asyura, namun untuk dibaca di hari-hari biasa pun tidak masalah kerana lafaznya yang umum.

Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)

نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”

sumber : http://www.jafarsoddik.com/doa/12/doa-pada-hari-asyura

Saturday, November 26, 2011

sekadar renungan..

Assalamualaikum... Wahai sahabat-sahabat sekalian sedar x sedar dah sampai di penghujung tahun..esok akan masuknya awal muharram... Tarikh hijrah yang diasaskan pada zaman khalifah umar al-khattab radiaAllahuanhu telah menjadi syiar kepada umat islam. Dengan itu sangat wajarlah kita sebagai umat islam menggunakan tarikh hijrah ini sebagai panduan kita dalam kehidupan seharian. sepertimana firman Alla Taa'la : إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ (surah aL Taubah :ayat 36) Dengan kita menggunakan tarikh hijrah ini banyak kelebihan yang kita dapat amalkan dalam kehidupan kita khususnya dalam melakukan ibadah kepada Allah Taa'la. contohnya : 1) berpuasa pada hari asyura 9&10 muharram. 2) berpuasa pada pertengahan setiap bulah hijri 13,14,15 3) berpuasa pada hari arafah iaitu 9 zulhijjah 4) tarikh hari raya aidil fitri dan aidil adha 5) kelebihan beramal pada sepuluh hari terawal dalam bulan dzulhijjah. dan banyak lagi kelebihan jika kita amalkan tarikh hijri ini dalam kehidupan kita, selain itu kita juga perlu merasa bangga mengamalkannya, sepertimana yahudi dan nasrani berbangga dengan tarikh miladi mereka. Seperti yang kita maklum tarikh ini di mulakan pada zaman khalifah Umar RadiAllahuanhu, Nabi juga berpesan kepda kita agar mengikuti sunnah sahabatnya dalam kehidupan kita, dengan itu wajarlah kita bagi seorang muslim yang sayang kepada agamanya menggunakan tarikh hijri ini dalam kehidupan harian kita. Sabda Nabi Muhammad S.A.W فَقَالَ الْعِرْبَاضُ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- ذَاتَ يَوْمٍ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً ذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَأَنَّ هَذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا فَقَالَ « أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِى فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ ». (riwayat Abi daud) Selain itu, sama-samalah kita bermuhasabah dalam amal ibadah kita, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan lagi ibadah kita kepada Allah Taa'la. kerana tidaklah kita dicptakan melainkan untuk beribadah kepadaNya Firman Allah Taa'la: وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ bermaksud :(tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku). surah az-zariyyat : ayat 56 Dengan itu jadilkanah AZAM baru kita pada Tahun ini diantaranya mengamalkan Tarikh hijriah dalam kehidupan, selamat beramal. Akhirnya saya memohon kepada Allah agar tulisan yang ringkas ini ikhlas keranaNya, dan menjadikan amalanku ini semata-mata mencari keredhoan Allah.

Thursday, November 24, 2011

Beruntungnya seorang wanita…

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya Cuti bersalin juga sehingga 60 hari Cuti ini bukan cuti suka hati Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang Beruntungnya seorang wanita Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya… Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, Jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap Mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya… Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari… Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. Ganjaran akan diberi keatasnya jua.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat , Dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya, Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami. Dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Oleh itu wanita sekalian, sayangilah diri anda dan Suami anda… Sepenuh Jiwa & Raga… Wallahualam…

Thursday, November 3, 2011

~ZiNa~

CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN 1) "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa" Jawapan saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa??? 2) Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan. Jawapan saya: Anda masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu, menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya??? Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagho dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan. 3) Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dgn konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kite tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yg berdosa atau pun keduanya? Jawapan saya: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Heheh… luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak…hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan. Adapun soal siapa yang berdosa dalam hal ini, jawabnya tiada sesiapa yang berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati. 4) Saya ada kemusykilan di sini. Seandainya pasangan ini sudah berniat untuk berkahwin, adakah rindu antara mreka juga dikatakan zina hati? Maka menjawablah seorang ustazah: “Yap!! selagi belum berkahwin”. Jawapan saya: Soalannya bagus. Tetapi jawapan yang diberikan oleh ustazah itu cukup mengecewakan. Ustazah, tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik sebelum memberikan jawapan. Boleh ustazah? 5) Dalam tak sedar, kita boleh melakukan zina. Benda yang kita tak nampak, tapi dosa besar. Dalam diam, kita dah lakukan zina. Bukan dari luaran, tapi dalaman. Astghfirullahala'zim. Kita sekarang terlalu terdedah dengan benda-benda yang lagho. Lupa mengingati Allah. Jawapan saya: Dosa besar??? Sejak bila pula zina tangan, kaki, mata, mulut, hati itu tergolong dalam dosa besar??? Telah saya jelaskan bahawa itu semua termasuk dalam kategori dosa kecil yang disebut sebagai Al-Lamam. Dosa sebegini terampun hanya dengan melakukan perkara kebaikan biasa seperti berwudhuk, solat, zikir dan sebagainya lagi tanpa memerlukan taubat khusus. Soal lagho dan lupa mengingati Allah itu soal lain. Kalau nak bercerita tentang lupa mengingati Allah ni, semua manusia tidak terlepas termasuklah para sahabat Nabi terdahulu kerana kita adalah manusia bukan malaikat. Cubalah menjadi manusia yang baik, jangan cuba menjadi malaikat. Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata: (Apa maksudmu?). Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. Sabda Nabi: (Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa masanya). Riwayat Imam Muslim (8/95, no 4937) 6) Jika kita rindu seseorang ajnabi kerana kita memang couple dengan dia, tak kiralah berjumpa atau tidak, itu dikira zina hati. Kalau tak couple, tapi mungkin minat, dan lama-lama jadi rindu jika tak berjumpa, pada mulanya fitrah, tetapi apabila tak dikawal, dielak, tak mujahadah, itu boleh menjadi zina hati. Jawapan saya: Pulak dah, ada beza pulak antara yang bercouple dengan tak bercouple. Jawapan yang langsung tiada asas ilmu, sekadar mengagak-agak saja. 7) Saya selalu digosip kawan-kawan dengan seseorang, bila nama orang tu disebut-sebut, saya akan teringat kepada dia dan ini menyebabkan saya terpalit dengan dosa zina hati kerana mengingati seseorang yang bukan mahram dengan saya. Astaghfirullah, moga-moga Allah mengampuni dosa saya. Jawapan saya: Oh ya ke, kalau begitu lepas ni janganlah ingat langsung kepada sesiapa yang bukan mahram anda. Sepupu anda, cikgu anda, cikgu tuisyen anda, pak guard sekolah anda,perdana menteri Negara anda, kerana itu semua bukan mahram anda tu. Zina hati tu… Hai, mudah-mudah saja membuat hukum sendiri ya. 8) Nak tanya sekejap. Zina hati tu dikira apabila kita teringat seseorang yg berlainan jantina untuk seketika atau teringat selalu hingga termenung? Lalu menjawablah seorang rakannya: “Teringat seketika atau selalu tetap salah. Sebab kita ni kena selalu ingat kepada ALLAH”. Jawapan saya: Hohohoho…I’m speechless. Tak sangka, ada juga jawapan sebegini. Teringat seketika pun tak boleh ya, kena selalu ingat Allah sepanjang masa 100 peratus ya. Kalau macam tu sahabat Nabi pun kalah dengan awak. Hebat betul awak ya, sama taraf dengan malaikat. Sesungguhnya dalam Al-Qur’an pun Allah tak suruh kita ingat kepadaNya sentiasa kerana itu adalah perkara yang mustahil dan ulama menyebut bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan manusia dengan perkara yang mustahil untuk dilakukan. Sebab itu, Allah hanya menyuruh kita supaya banyak ingat kepadaNya, bukan selalu ingat kepadaNya. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat ke-41: ((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً)) Maksudnya: ((Wahai orang-orang yang beriman, ingatilah Allah dengan ingatan yang banyak)). 9) Sekarang ni saya tengah buntu. Saya sekarang bercinta dengan seseorang. Tapi kami mahukan perhubungan kami diredhai Allah. Tetapi baru-baru ni saya ada baca nota yang mengatakan bercinta adalah haram dalam Islam. Betul ke? bercinta juga mendekatkan diri kepada zina iaitu zina hati. merindui dan mengingati antara satu sama lain. Jadi, apakah yg perlu saya buat? Maka berfatwalah seorang rakannya: “Bercinta tu memang haram. Bila dah bercinta kita selalu rindu, kadang-kadang ingat kat dia dan macam-macam lagi. Itulah yang dinamakan zina hati. Sebab itu, bercintalah selepas kawin. Jawapan saya: Sama juga masalah dengan mereka yang sebelum-sebelum ni. Keliru dengan maksud bercinta, lepas tu tak memahami erti zina hati yang sebenarnya.. Adapun soal bercinta sebelum atau selepas kahwin, kalau dimaksudkan dengan perasaan cinta, maka bagi saya perasaan cinta itu perlu ada sebelum kahwin bukan selepas kahwin, manakala aktiviti percintaan itulah yang dilakukan selepas kahwin. Sebab itu Nabi menyuruh sahabatnya kalau nak melamar perempuan tu tengok dulu, supaya timbul perasaan cinta dalam hati. Kalau setelah melihat tapi tidak timbul rasa cinta dan berkenan tu, maka cari yang lain. 9) Bagi saya memang zina hati susah utk dihindari terutama zaman sekarang. Lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang. Walaupun dengan bermesej, boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau dah zina luaran, macam mana pula dalaman? Jawapan saya: Astaghfirullah, pandangan yang penuh dengan ta’annut dan tasyaddud. Anda gagal dalam memahami maksud zina hati dan zina kecil yang lain. Bermesej di telefon itu zina tangan?? Kalau anda bermesej mengajak kepada persetubuhan, semestinya itu zina tangan, tapi kalau sekadar bertegur sapa,bertanya khabar adakah itupun nak dilabelkan sebagai zina..Anda sudah tersasar jauh dari maksud zina hati sebenarnya. Memang berhubung antara lelaki dan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan. Tapi kalau tiada keperluan dan sekadar menggatal, tidak boleh sewenang-wenangnya dengan mudah mengkategorikan hal itu dalam bab zina tangan tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagho tak berfaedah. Sudahlah anda gagal memahami maksud zina-zina kecil tu, gagal pula membezakan antara mereka yang melakukan zina kecil dengan mereka yang melakukan perkara-perkara lagho tak berfaedah. 10) Zina hati sebenarnya apabila kita mengingati seseorang secara berlebih-lebihan. Jawapan saya: Fahaman anda juga tersasar. 11) Macam mana kalau teringatkan lelaki yang kita hanya pernah berjumpa dengannya dalam mimpi, tapi kita tak kenal pun kat alam nyata ni, kira zina hati juga ke? Jawapan saya: Lihatlah bagaimana anda gagal memahami maksud zina hati menyebabkan timbulnya soalan-soalan yang tak sepatutnya timbul. 12) Saya pun ada juga zina hati ni kerana teringatkan kawan lelaki. Nak buat macam mana nobody's perfect except our prophet. Tapi macam yang dah dinasihatkan oleh rakan supaya bila teringatkan seseorang (si dia) kita hendaklah membaca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah. Jawapan saya: Anda juga gagal dalam memahami maksud zina hati dan mengenal pasti penyakit sebenar, kemudian cuba mereka-reka ubat sendiri. Baca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah??? Hehe…lucu juga dengan petua yang diberikan. 13) Memang susah nak hindari zina hati. Susah sangat. Apabila teringatkan si dia, susah nak lupakan. Tapi nak tanya ni, apa dosanya kalau kita buat orang lain zina hati? Contohnya: Kita buat orang lain berkenan kat kita. Jawapan saya: Masih juga tak faham-faham dengan maksud zina hati. 14) Zina hati yang paling ketara dalam jiwa remaja zaman sekarang adalah kamu merindui si dia, kamu sentiasa terbayang si dia, kamu tak dating, tak jumpa dgn si dia, tak keluar makan-makan, tapi kamu masih terbayang pada si dia. Bukti yang paling ketara, inbox kamu penuh dgn mesej si dia. Bayangkan sahaja, seorang remaja yg cukup komited dgn dakwah tetapi mereka bercinta. Bayangkan presiden BADAR kat sekolah bercinta. Ya Allah! tak dating, tak keluar makan-makan, tak berutus surat, tapi saling berbalas mesej dengan beralasankan "Eh takpe, aku hantar mesej pasal hadis la kat dia. Saling nasihat menasihati". Astaghfirullah, itulah contoh-contoh zina hati. Nama pun hati, mesti la dalam hati. Betul tak? Jawapan saya: Tak betul langsung. Saudara, itu tidak termasuk dalam bab zina hati. Itu gedik dan mengada-ngada jawabnya dan termasuk dalam bab buat perkara-perkara tak berfaedah ataupun disebut lagha. Saya lebih suka mengistilahkan percintaan sebegitu sebagai percintaan yang “poyo”. Percintaan pra-matang remaja baru nak up. Sabda Nabi: (Antara keelokan Islam seseorang itu, dia meninggalkan apa yang tak patut baginya). Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (4/558, no 2317) dan dia berkata: Gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2/1315, no 3976) dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya (1/466, no 229). 14) Sebenarnya, saya ada satu soalan. Begini, seorang lelaki amat menyayangi seorang perempuan bukan mahram ini, tetapi dia tidak merinduinya. Adakah ini tergolong dalam zina hati juga? Sebab saya masih tak berapa jelas dengan maksud zina hati. Jawapan saya: Apabila gagal untuk memahami zina hati dengan baik, kemudian dimomokkan pula dengan fahaman-fahaman yang salah tentang zina hati, maka diri sendiri mencari jalan keluar dengan mereka-reka perkara yang tak masuk akal. Seorang kekasih menyintai kekasihnya, tetapi mereka tidak rindu, adakah ini juga termasuk dalam zina hati? Ahaha… Tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik, perasaan cinta antara kekasih dengan kekasihnya tidak dikira zina hati, juga perasaan rindu. Kalaupun perasaan cinta dan rindu itu melampaui batas, itu tidak termasuk dalam bab zina hati, itu termasuk dalam bab berlebih-lebih dalam perkara-perkara yang harus. Yang menjadi zina hati adalah perasaan atau keinginan hati untuk melakukan dosa zina iaitu bersetubuh dengan kekasih tersebut. Faham!!! 15) Saya takut diri saya terjebak dengan “zina hati” apabila saya teringat pasal si dia. Biasanya, saya akan membayangkan saat-saat kami berjumpa, kata-kata dia dan kadang-kadang saya macam berangan-angan berumah tangga dengan dia. Selalu terbayang dalam fikiran saya, kehidupan kami sebagai suami isteri contohnya, saya masak untuk dia, bermesra dengan anak-anak dan sebagainya. Itu memang selalu saya fikirkan. Adakah itu salah satu dari “zina hati”? Saya juga tak boleh kawal perasaan rindu setelah kami berjauhan. Perasaan tu la yang buat saya lalai sedikit sebanyak. Saya cuba tenangkan fikiran saya dengan solat sunat, baca Al-Quran tapi tu tak kekal lama. Jawapan saya: Amboi-amboi, jauhnya akak berkhayal. Itu bukan zina hati tu kak, itu angau namanya. A N G A U: Angau. Parah benar nampaknya tu. Walaupun bukan termasuk dalam zina hati, tetapi eloklah dielakkan perkara-perkara lagho sebegitu, sibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah, jangan sampai terbuang masa kerana berkhayal. 16) Saya telah mengambil keputusan meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Dan alhamdulillah saya juga telah mengambil langkah dengan bernikah dengan seorang gadis melalui cara yang lebih baik iaitu melalui pernikahan secara Islamik. Jawapan saya: Astaghfirullah, bercinta dengan seorang gadis, kemudian merasakan perkara itu sebagai salah lalu memutuskan hubungan. Kemudian mengambil langkah penyelesaian dengan berkahwin dengan gadis lain? Kasihan dengan pasangan anda yang pertama tadi.. Mengapalah “terlampau cerdik” sampai ke tahap ini??? Kalaupun anda merasakan hubungan anda itu salah dan berdosa, apa yang anda perlu lakukan adalah bertaubat daripada dosa dan membaiki dosa tersebut. Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat ke-39. ((فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ)) Maksudnya: ((Sesiapa yang bertaubat selepas kezaliman yang dilakukan dan membaiki kesilapannya maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa ke atasnya)). Seorang pencuri, apabila sedar dan insaf atas dosa yang dibuat, maka dia perlu bertaubat daripada dosa mencuri tersebut, dan membaiki dosa tersebut dengan memulangkan kembali segala barang-barang yang dicuri. Seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan sehingga terjebak ke dalam perkara-perkara dosa, apabila sedar dan insaf perlulah bertaubat daripada dosa yang dilakukan, dan membaiki dosa tersebut. Bagaimana untuk membaiki dosa tersebut? Iaitulah dengan mengahwini perempuan itu. Bukannya dengan memutuskan hubungan dan kemudian berkahwin dengan perempuan lain. Mengapa mahu berkahwin dengan perempuan lain sedangkan si dia ada dan masih menyimpan cintanya terhadap kamu? Adakah pada pandangan anda perempuan itu tidak layak diperisterikan kerana sudah ternoda? Ooo, kiranya kamu bersihlah tiada noda? Siapa yang menodainya? Kamu juga. Kononnya nak mencari yang suci bersih walhal diri sendiri terpalit dengan kekotoran. Jenis manusia yang tak sedar diri. 17) Ana dulu pun couple gak. Sejak sekolah sampai dah masuk universiti, dekat nak gred. Tapi apabila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan walhal ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Komen saya: Kan’tidak cerdikan namanya tu’. Perkara yang sama berulang. Anda dah punya niat suci untuk memperisterikannya, kemudian memutuskan hubungan itu setelah merasakan hubungan itu salah pada pandangan anda. Sepatutnya, baikilah apa yang anda rasakan salah itu dan teruskan niat suci anda untuk memperisterikannya. Semudah itu pun masih tak faham? Mengapa masih juga mengambil tindakan yang tak cerdik?

Tuesday, October 4, 2011

CUKUPKAH SYUKURKU..?~

Syukur masih diberi nafas untuk kehidupan ini Syukur lagi kerana diberi tubuh yang sihat hari ini untuk menjalani waktu ini dengan amal dan ibadat Syukur untuk rezeki yang dilimpahkan walaupun sedikit dan moga diberkati setiapnya Syukur kerana masih mampu melihat alam fana’ ini Syukur atas kemampuan mendengar dan memberi tindakbalas melalui bicara kata dan hati Syukur untuk hati ini yang masih mampu dididik dan dilenturkan jiwanya kearah kebaikan Syukur atas kehadiran manusia disekeliling ku yang membentuk diri ini secara langsung mahupun tidak langsung malah adakalanya mencerminkan siapa diri ini Syukur kerana akal ini masih diberi peluang mengerahkan fikrah dan buah bicaranya yang masih cetek ilmunya Syukur jua atas umur dan hayat yang telah ditentukan tempohnya sejak azali Terkadang leka menjalani kehidupan di sini sehingga lupa kehidupan di sana Lupa kedatangan kehidupan di sana yang pasti menanti Lupa menyedarkan diri kehidupan di sini hanyalah permainan dan senda gurau semata Lupa yang umur ini hakikatnya semakin sedikit sewaktu masa semakin menginjak hari Lupa akan harta, kuasa, keluarga mahu pun sahabat handai yang kau ada sekarang pasti ditinggalkan Lupa akan dosa-dosa dahulu malah yang bakal mendatang belum tentu lagi di’hapus’kan sepenuhnya Lupa tentang amal yang sewajibnya dilaksanakan dan diberi perhatian secara syumulnya Lupa yang masa dan waktu ini hakikatnya digunakan untuk jalan kebaikan dan kebajikan Lupa diri mu sebenarnya adalah sama di kalangan makhluk bergelar manusia Cuma dibezakan oleh iman dan taqwa yang dipunyai hati dan diri Dan yang pasti lupa akan setiap yang bernyawa pasti mati! Hati bermonolog sendirian “Di mana aku sekarang? Sedarkah diri? Cukup kah syukurku pada Yang Hak? Hati bertingkah lagi “ Mudahnya kau bertanya akan kecukupannya sedangkan nikmat yang kau dapat, yang kau rasa, yang kau terima masih mengalir hingga saat ini, masih berjalan seiring waktu, masih tak jemu menemani bersama hela nafasmu malah masih setia dalam kehidupan ini…???” “Wahai hati, belajarlah bersyukur acapkali atas nikmat yang diberiNya dan bersabar akan setiap ujian yang diturunkanNya, belajarlah sesuatu dari kehidupan ini moga dikuatkan iman dan hati menempuh yang fana’ untuk yang kekal abadi….” Syukur Ya Allah.Alhamdulillah..ALL PRAISES TO ALLAH S.W.T... ~mendidik HATI suka BERSYUKUR~

Wednesday, September 28, 2011

HaWa,AmBillah Ikhtibar Dari Pohon Semalu…

salam bl0gger.. j0m2 dg0r cerita nie..^^" sm0ga ianya memberi manfaat buat kamu..>____< Pada suatu hari, rasullullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpihjak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan… Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasullullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut…. Rasullullah menyambung kata-katanya lagi. Kaum hawa hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek... Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa perempuan perlu mempunyai perasaan malu ( pada tempatnya ). Kedua : semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, perempuan perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga : semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna perempuan solehah hendaklah mempunyai keterikaan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul ‘Alamin. Dan akhir sekali : semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu kaum hawa sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Wednesday, September 7, 2011

~CINTA LAILATULQADAR~


Saat ini,aku masih termenung sambil membelek-belek seutas tasbih kristal di dalam kereta. Masjid Asy-syakirin yang tersergam indah yang bertentangan dengan keretaku itu ku pandang sayu.Tiada apa yang mampu kulafazkan melainkan hanya membisikkan kata redha dengan ketentuan Illahi.
Jasad ummi telah selamat dikebumikan..Masih berlegar-legar di ruang mindaku akan perbualan ku bersamanya seusai menunaikan solat terawih semalam.
“Nur,malam esok teman ummi bertahajud di Masjid Asy-syakirin,nak tak?”
“Boleh juga..,”ujarku sambil tersenyum mesra.Meskipun sudah bertahun-tahun aku menatap wajah ummiku,namun kusedari bahawa seri keimanannya tidak luntur dimamah usia.
“Baguslah kalau macam tu.InsyaAllah semoga Allah mengizinkan kita bertemu dengan Malam Lailatulqadar..”ujarnya lagi lantas melemparkan senyuman mesra.
“InsyaAllah..”
Seketika bayangan perbualan itu hilang dibawa angin malam yang dingin.Hatiku kembali sayu.Namun keinginan ummiku untuk bertahajud tetap ingin kuteruskan.
Tatkala aku leka melayani perasaanku sendiri,telefon bimbitku berdering.Kelihatan nama ‘Mak Su’ terpapar pada skrin telefon tersebut dan lantas aku menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum Mak Su..”ujarku sekadar berbahasa.Namun hatiku jauh dibawa angin lalu dan hilang entah ke mana.
“Wa’alaikummusalam..Nur kat mana ni?Mak Su risaulah..Nur jangan buat apa-apa yang tak diingini pula,”ujar Mak Su dengan terburu-buru.
“Astaghfirullah al-azim,Mak Su..Nur masih ingat Allah.Mak Su jangan la risau sangat,InsyaAllah..Nur tak akan apa-apa...”.Seketika lidahku kelu untuk melafazkan kata. “Sayang Mak Su..macam ummi Nur,”sambungku lagi dengan nada sendu.Tika itu talian kedengaran sepi.
“Erm...Mak Su.Nur ingat Nur nak bertahajud dekat masjid.Nur nak teruskan keinginan arwah ummi..”ujarku bagi mengutarakan keinginannya.Wajah ummi mulai bermain-main di mindaku.
‘Nur rindu umi..’bisikku sendirian.Meskipun kata-kata itu tidak meniti di bibirku,namun hanya Allah yang tahu rindu yang kian sarat kutanggung.
“Kalau macam tu,tak mengapalah..Jaga diri Nur elok-elok ..Mak Su pun sayang Nur juga,Assalamualaikum.”ucapnya pula lantas mematikan talian.Aku hanya tersenyum sendirian dek kerana keinginanku untuk meneruskan hajat ummi tidak dihalang.
Lafaz bismillah ku bisikkan penuh syahdu beserta kekuatan ku yang berbaki,aku menapak keluar dari pintu keretaku.Saat itu,di sekelilingku kelihatan sepi dan yang kedengaran hanyalah suara unggas yang bersahut-sahutan.Lalu langkah kuatur menuju ke tingkat atas masjid memandangkan tempat solat perempuan terletak di tingkat atas.

Seusai sahaja berwuduk, kugagahkan jua diri ini untuk menunaikan solat taubat dan diikuti dengan solat istikarah.Kedua solat ini telah sekian lama sebati dengan ku semenjak aku di tingkatan 1 lagi.Setelah salam terakhir telah ku ucapkan,aku menadah kedua-dua tanganku lantas memohon doa sepenuh hati kepada Khaliqku,Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya.Tanpa ku sedari,diriku mulai tenggelam diulit mimpi.

Kelihatan sebuah taman yang amat indah dan tika itu aku hanya menurut langkah ummi yang sejak tadi memimpinku seolah-olah ingin membawaku ke sebuah tempat.Sesekali dia tersenyum memandang ke arahku.Beberapa minit kemudian,langkah kami terhenti.Kelihatan sebuah teratak yang sungguh indah terbina kukuh di hadapanku.Pelbagai jenis bunga-bungaan kelihatan mekar berseri di sekelilingnya.Diriku terpegun saat terlihat ada sungai-sungai bewarna keemasan mengalir dibawahnya.Tika itu ummi melepaskan tangannya yang tadi erat memimpinku.Kukucup pipinya dengan rindu yang tidak pernah berbelah bahagi.Seketika hilang dibawa hembusan angin.
Aku mengalihkan pandanganku ke arah teratak itu serta-merta dan kelihatan seorang pemuda berjubah biru lembut menghulurkan tangannya kepadaku.Entah mengapa aku hanya menurut kehendaknya.Hulurannya kusambut lantas menaiki tangga untuk ke atas teratak.Kemudian lelaki tersebut menghulurkan pula senaskah tafsir Al-Quran baldu bewarna biru lembut.Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya.Dia tersenyum lantas meraih tanganku lalu diberikannya tafsir Al-Quran itu.
“Siapa awak..?”soalku dengan penuh kehairanan.
“Malam ni,Malam Lailatulqadar....InsyaAllah jika diizinkan-Nya kita akan bertemu..Uhibbukifillah,”ujar lelaki itu.Seketika segalanya seakan hilang dari pandanganku dan yang ada hanyalah kabus yang kian menebal.Tatkala itu aku terjaga dari tidurku.

Pandanganku melilau ke sekeliling lantas terhenti pada sekujur tubuh kanak-kanak perempuan yang sedang lena diulit mimpi.Lalu aku menapak menuju ke arahnya beserta telakung di tangan kananku.
“Macam sejuk je budak ni..”omelku sendirian.Tanpa berfikir panjang,kuselimutkan dirinya dengan telekungku yang kini telah pun bertukar tuannya dengan harapan mudah-mudahan kedinginannya akan berkurangan.
Tanpa berlengah,aku terus mengambil wuduk dan mendirikan solat tahajud.Entah mengapa kesejukan yang ku rasakan pada malam itu amat berlainan dari malam-malam Ramadhan yang sebelumnya.
“Betul ke apa yang diperkatakan oleh pemuda dalam mimpiku bahawa malam ini merupakan Malam Lailatulqadar...”soalku sendirian.
Seusai sahaja aku menuanaikan solat tahajud aku mengatur langkah menuju ke kedai yang berdekatan untuk bersahur.Berbekalkan keyakinanku pada Allah Ynag Maha Besar,aku meninggalkan kanak-kanak perempuan itu sendirian.
“Ya Allah,aku yakin bahawa Engkau akan sentiasa menjaganya..”bisikku lagi.
........................................................................................................................
Ketika di kedai makan,di saat diriku asyik menikmati hidangan sahur, kelihatan seorang pemuda menuju ke araku.
“Assalamualaikum,maafkan saya seandainya saya mengganggu saudari menjamu selera,”ujarnya dengan penuh sopan.Entah mengapa suara itu kurasakan seolah-olah pernah kudengari.Lantas kumengangkatkan sedikit kepalaku untuk melihat siapa empunya suara yang telah menegurku.
Alangkah terkedunya diriku kerana wajah empunya suara yang sedang berdiri di hadapanku sememangnya seiras dan saling tidak tumpah seperti pemuda yang hadir dalam mimpiku. “Ya Allah apa yang ingin Engkau sampaikan padaku ..”bisikku sendirian.
“Wa’alaikummusalam..er..tak mengapa,”jawabku gugup.
“Sebenarnya macam ni,saudari ada tak terjumpa sorang kanak-kanak perempuan yang berumur dalam lingkungan 7 hingga 8 tahun di tingkat atas masjid?”soalnya pula.Aku hanya menganggukkan kepala sebagai respon bahawa aku mengiakan apa yang diperkatakannya.
“Alhamdulillah..nama saya Naufal.Nanti boleh tak saudari tolong berikan bungkusan plastik ni pada Mia.Dalam plastik ni ada sebungkus nasi dan air.Tolong ya..”ujarnya lagi.
“InsyaAllah,nanti saya beri,”ujarku pula.
“Terima kasih,nanti lepas subuh,cakap dengan Mia saya tunggu dia kat bawah, Assalamualaikum,”ucapnya dengan senyuman dan berlalu pergi.Hanya pandanganku sahaja yang mengiringi langkahnya.Namun,persoalan yang kian bermain-main di mindaku tidak mampu untuk kurungkaikan.
Namun,entah mengapa hatiku mulai diselubungi rasa bahagia.Adakah rasa sayang telah mula membungakan cinta yang kian mekar..?Patutkah aku menyiraminya dengan rindu yang mulai terasa di segenap lubuk hatiku..Astaghfirullah al-azim...Apakah wajar perasaan yang sedemikian menyelubungiku...sedangkan dia milik Allah sepenuhnya...
.......................................................................................................................
Sebaik sahaja aku tiba di masjid tingkat atas dengan menjinjing sebungkus nasi beserta air,aku mengatur langkah menuju ke arah Mia yang dimaksudkan oleh Naufal tadi.
“Mia,Mia..bangun dik..”kataku padanya berulang-ulang kali.Tidak kunafikan Mia mempunyai wajah seiras Naufal.Kelihatan Mia terpisat-pisat bangun dari tidurnya.
“Ummi...,”kata Mia secara tiba-tiba.
“Tak,bukan..akak bukan ummi Mia...”.Aku sedaya upaya cuba menafikan apa yang diperkatakan oleh Mia.Seketika pandangan kami bertaut.
“Tapi..kan,suara akak sama macam ummi Mia..Mia rindu ummi,”ujar Mia yang mulai teresak-esak.Lalu kuhampiri dirinya dan meraihnya ke dalam pelukankanku.Ku biarkan Mia tenggelam dalam esak tangisnya dan tika itu seluruh kasihku tertumpah hanya untuknya.Hatiku kuat mengatakan bahawa Mia seolah-olah telah kehilangan sseorang yang amat disayanginya.
“Eh,sorry..Mia tak sengaja..Mia minta maaf sebab terpeluk akak.Pelukan akak sama macam arwah ummi Mia...Sejak Mia berumur 7 tahun ,Mia dah tak pernah rasa pelukan tu.Walid kata ummi Mia ada kat syurga,”ujarnya lagi lalu mengesat sisa air mata yang kian mengalir membasahi pipinya.
“Ala..kak..Mia rasa air mata ni macam tak nak berhenti je..”rengek Mia,manja.Aku hanya tersenyum semampunya.Kehilangan seorang ummi yang amat disayangi.Aku sendiri baru sahaja merasainya.Namun,yang membezakan kami hanya dek kerana faktor usia dan pemikiran yang cukup berbeza.
“Mia,tadi ada seorang lelaki..nama dia Naufal.Dia suruh akak bagi bungkusan plastik ni kat Mia,”ujarku lembut sambil tangan kananku menghulrkan bungkusan plastik yang ku maksudkan.Setelah bungkusan plastik itu bertukar tangan,kuusap kepalanya dengan penuh kasih.
Terima kasih kak..kalau akak nak tau,Naufal tu walid Mia..”ujar Mia,perlahan-lahan membuka bungkusan nasi yang diberikan kepadanya itu.
“Oh..patutlah muka Mia dengan dia sama..”ujarku pula.
“Kak,nama akak siapa ya..”
“Mia panggil je la kak Nur atau akak je,ya..”
“Ok!”
Ketika Mia sedang asyik menikmati nasi bungkusnya ,fikiranku sudah menerawang entah ke mana.Pelbagai persoalan sudah mula bermain-main di mindaku..
‘Ya Allah,apa maksud semua ini..
Kenapa aku ditemukan dengan Mia...
Semalam tidurku Engkau hadirkan seorang mujahid..
Dan hari ini...
Engkau menemukan aku dengan dirinya..
Ya Allah ,berikan daku petunjuk dan hidayah-Mu...’
“Alhamdulillah..kenyang Mia..Kak Nur..Teman Mia ambil wuduk boleh?”ujar Mia.
“Ya la Mia..Lagipun dah nak masuk waktu subuh dah ni.Jomlah! Akak pun nak ambil wuduk juga.Kita ambil sama-sama ya..,”ujarku pula sambil mencuit pipinya yang comel itu.Mia hanya ketawa kecil apabila diusik begitu.
Tatkala itu,kedengaran azan Subuh mulai berkumandang mengejut seluruh makhluk ciptaan-Nya.Sayu.
“Subhanallah,Ya Allah siapakah gerangan hamba-Mu yang mengalunkn kalimah-Mu ini.Adakah itu Naufal..Seorang lelaki yang hadir dalam hidupku secara tiba-tiba.Namun..sejujurnya Ya Allah..hamba-Mu ini telah mula mencintainya..Lillahi Ta’ala.Hatiku telah terpaut pada mujahid milik-Mu.Ya Allah,jangan biarkan cinta ini membuatkan aku jauh dari-Mu..,”bisikku lirih..
Seusai sahaja kami berwuduk,masing-masing memakai telekung sambil menunggu imam memulakan solat Subuh secara berjemaah.Seketika kedengaran imam melaungkan iqamat menandakan jemaah sudah ingin dimulakan.Entah mengapa,hatiku mulai terpaut dengan setiap bacaan ayat-ayat suci Allah oleh imam yang tidak kukenali itu.Kesyahduan mulai menyelubungiku.
“Kak,nak salam..”pinta Mia sambil menghulurkan kedua-dua belah tangannya seusai sahaja selesai memberikan salam terakhir.Aku hanya tersenyum lantas menyambut hulurannya itu.
“Mia nak cium pipi akak boleh?”pintanya lagi.Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum mesra.Saat pipiku dikucup Mia,aku dapat merasakan seperti beberapa titisan mutiaranya gugur mengenai pipiku.
“Sebenarnya,dulu Mia selalu buat macam tu kat arwah ummi..Terima kasih sebab bagi Mia peluang untuk buat macam tu kat Kak Nur..Rasa macam cium ummi Mia sendiri,”kata Mia sambil menundukkan kepalanya lalu mengesat air mata yang mula mengalir.
“Tak ada apa-apalah.Akak suka Mia buat macam tu kat akak,”kataku dengan nada sebak.Entah mengapa mutiara milikku juga mula membasahi pipiku.Lantas dikesat lembut oleh Mia.
“Akak sayang Mia..”
“Mia pun sayang akak..Kalau boleh Mia teringin nak jadikan Kak Nur ummi Mia.Boleh tak? Akak setuju?”soal Mia secara tiba-tiba.Riak penuh mengharap mulai terpancar di wajahnya.
“Mia,soal kahwin ni tak boleh buat main-main..”
“Tapi Kak Nur..”
“Mia..Entah-entah walid Mia masih cintakan arwah ummi Mia.Mia kena fikirkan perasaan walid Mia juga..”
“Kalau macam tu biar Mia pergi tanya walid sendiri.Akak tunggu kat sini ya..Jangan pergi mana-mana tau!Tunggu sampai Mia datang sini balik,”ujar Mia lalu berlari-lari anak menuju ke masjid tingkat bawah untuk mencari dan berjumpa dengan walidnya.
“Subhanallah...Mia..”.Panggilan itu langsung tidak diendahkan oleh Mia.
........................................................................................................................
Selepas beberapa ketika,Mia datang berlari-lari anak kepadaku.Ditangannya terdapat sepucuk surat.Tanpa mengatakan apa-apa,Mia terus menghulurkan surat itu kepadaku.Aku hanya mengambilnya tanpa banya soal..Dengan lafaz Bismillah..

‘Salam ukhuwah fillah buat saudari Nur...
Mungkin kita tidak saling kenal antara satu sama lain...
Namun,ketahuilah bahawa cinta lillahi Ta’ala itu tiada sempadannya..
Ana sememangnya menginginkan seorang zaujah..
Yang mampu menjadi sayap kiri ana..
Yang sentiasa di sisi ana di saat ana sedang berjuang..
menegakkan kalimah Allah di landasan mujahadah ini..
Kehadiran Nur malam semalam telah ana sedari..
Pandangan pertama ana itu telah meyakinkan ana bahawa..
Nur merupakan bidadari yang telah mencuri segenap hati milik Allah ini..
Maafkan ana seandainya ana telah melemparkan pandangan yang berkemungkinan haram pada saudari Nur..
Namun ketahuilah...
Bahawa dengan izin Allah..
Nur telah berjaya mengetuk pintu hati ini..
Yang telah sekian lama tidak dihiasi cinta
oleh seorang bidadari yang cintanya..
tulus ikhlas lillahi Ta’ala..
InsyaAllah..
Sambutlah salam cinta ana seandainya diizinkan..
Oleh pencipta kita Ya Rabbulizzati...’

Tanpa kusedari,pipiku kian hangat dibasahi air mata.
“Subhanallah,hanya dengan izin-Mu Ya Allah..”bicaraku lirih.
“Kak Nur..akak setuju tak..”soal Mia dengan penuh mengharap bahawa aku akan melafazkan kata setuju.Namun,entah mengapa lidahku kelu untuk berkata-kata.Lantas kukucup dahinya penuh syahdu dengan harapan bahawa dia faham akan apa yang tersirat di sebalik hatiku.
“Jom ikut Mia..”ujar Mia lalu mencapai tanganku dan serta-merta berdiri.
“Mia nak bawa akak pergi mana?”soalku pula.
“Mia nak bawa ummi jumpa walidlah..Walid kata ,kalau akak mendiamkan diri lepas baca surat tu,tu tandanya ..tandanya..”.Mia menggaru-garu kepalanya seolah-olah cuba mengingati sesuatu.
“Itu tandanya setuju Mia,”detikku di dalam hati.
“Ala Mia lupalah..Tapi jomlah ikut Mia,”.Lalu langkah kuatur untuk menurut apa yang dipinta oleh Mia.Aku yakin bahawa Allah sememangnya telah mengizinkan aku untuk menemui Naufal.Petunjuk yang diberi Allah melalui mimpiku semalam membuatkan keyakinanku kian teguh.InsyaAllah...
Sebaik sahaja sampai di perkarangan masjid,kelihatan Naufal sedang duduk di bangku yang berhampiran sambil khusyuk menelaah sebuah tafsir baldu bewarna biru lembut.
‘Subhanallah,Ya Allah hanya kepada-Mu aku menaruh sepenuh keyakinan.Aku yakin bahawa cinta yang kian mekar ini akan kekal di landasan mujahadah.Izinkan cinta ini mekar mengharum hingga ke syurga firdaus-Mu Ya Allah..”bisikku sendirian.
“Walid..”panggil Mia lalu meleraikan pimpinan tanganku dan terus berlari-lari anak menuju ke arah Naufal.Dicapai dan dikucup tangan walidnya dengan penuh kasih.Tika itu aku hanya sekadar pemerhati di sisinya.Kemudian sampailah pada gilirannya pula untuk mengucup anak kesayangannya itu.Kemudian pandangannya terhenti padaku.Aku hanya tersenyum dan tertunduk malu.
“Alhamdulillah,Nur juga terima juga cinta yang Allah anugerahkan kepada kita..”
“InsyaAllah..Namun ketahuilah bahawa persetujuan Nur sebenarnya bersyarat.” Naufal hanya mendiamkan diri dan menantikan kata-kataku yang seterusnya.
“Syaratnya..Nur mengimpikan seorang imam yang mampu memimpin Nur di landasan mujahadah dan pada masa yang sama dia sanggup meninggalkan Nur dek kerana amat mencintai syahid di jalan Allah..Naufal sanggup?”bicaraku tenang.
“Alhamdulillah,Allah mengurniakan bidadari yang tepat sebagai pengganti sayap kiri ana yang telah diambilnya dahulu.Subhanallah..Alhamdulillah..,”ucap Naufal dengan penuh rasa syukur.
“Untunglah..Mia dah dapat ummi baru..kan walid?”
“Ucap apa sayang..”soal Naufal sambil membelai lembut ubun-ubun anaknya.
“Alhamdulillah..”kata Mia dengan tangan seolah-olah baru sahaja mengaminkan doa.
“Sesungguhnya cinta itu hak milik mutlak Allah buat selamanya...”bisikku lirih.

Thursday, August 18, 2011

kisahku hari ini..


selamat berpuasa smua..(>_________________<)

ape khabar iman kite pada pgi yg penuh barakah ini..alhamdulillah,pada ramadhan yg ke18,aku masih dapat menikmati dan menjalani ibadah puase ini...secara tiba2,segenap diri aku nie merasakan betapa rendahnye martabat aku sebagai se0rg manusia..adakah aku sudah bersedia menghadapinye?adakah segala tuntutanMU telah ku laksanakan?hurmmm..jawapanku adalah"tidak"....T_________________T"

Aku merasa kerdil tatkala aku bertemu dgnMU..betapa kecilnya aku..betapa kurangnye keimanan dan ketaqwaanku padaMU..sudahlah aku kerdil di sisiMU,aku juga merasa hina di sisi hambaMU yg lain...seperti kata 0rg tuaku"tidak semua manusia suka dgn apa yg kita lakukan"...kata2 itu byk memberiku kesedaran agar tidak terlalu membuat kerenah di hadapan mereka..aku merasakan aku selamat dari perbualan mereka dgn melakukan segalanye secara sendirian..walaup0n agak sukar utk ku menanggung bebanannye tetapi aku merasa selesa dan selamat..ape jua masalah ku aku sahaja yg menanggungye,,aku tidak mahu menyusahkan 0rang lain dgn masalahku..itu adalah masalahku,dan aku sendiri yg harus menanggungnye..



kadang2 ingin jugak aku luahkan kepada keluargaku tp aku tidak sampai hendak berbuat demikian..ia se0lah2 aku membawa keluarga kepada masalah yg ku hadapi itu..kadang2 juga ingin jugak aku luahkan pada yg tersayang tp aku sanggup menyusahkan dirinya utk bersama2ku memikirkan penyelesaian utk masalahku..jadi,aku membuat keputusan sendiri..mulai saat ini,aku tidak akan pernah berk0ngsi masalahku dan kesedihan ku kepada mana2 hambaMU..aku hanya akan memikirkan sendiri dan bercerita sendri masalahku bersamaMU..sahabatku yg paling2 baik dgnku..yg sudi mendengar segala keluhanku adalah ENGKAU..ya,ALLAH..kerna ENGKAU maha mendengar lagi maha mengasihani..

subhanALLAH..maha suci ALLAH..^^'

Thursday, August 11, 2011


adehh..T___T..nape la x sedap atie je aku nie..hurmmm~_______________~..x lame agi,nk bukak sem dah..aku dah la menumpang blik 0rg t0k sem 3 dgn sem 4..bkn aku x nak sewa umah,tp masalah yg b'laku skrg nie,aku s0rg je yg ddk luar..yg gagal dpt asrama..aduhai..dugaan,ujian yg ALLAH beri nie kadang2 m'buat an aku x kuat t0k hadapinye..kadang aku rase an aku se0rg hamba ALLAH yg tdk b'syukur dgn segala pemberiannye..sbb kadang2 t'detik kt hati aku nie,napelah ujian yg ENGKAU berikan padaku..spatutnye sbg hambaNYA aku p'lu katakan dlm hati,ya,ALLAH aku b'syukur dgn segala ujian sama ada yg mengembirakan atau menyedihkan aku..aku b'syukur krn ENGKAU syg padaku..ENGKAU igt pada aku..sbb itu ENGKAU berikan ujian sedemikian rupa padaku..ya,ALLAH..adakah aku kuat utk menghadapinye...adakah aku mampu mengharunginye..ya,ALLAH berikan aku kekuatan t0k aku trus b'tahan mengharungi segala ujian duniaMU kpdku..berikan aku keteguhan iman utk aku m'hadapinye..sentiasalah di sisiku,krn ENGKAUlah sahabatku yg terbaikk..ENGKAU sudi m'dgr segala kesedihan dan kegembiraanku..krn ENGKAU tuhanku yg maha mendengar...

Wednesday, August 10, 2011

❤¸¸.•* "Sebab Mata Lelaki Gemar Melihat Badan Wanita" ¨*•❤


salam ukhwah dari saya, syukur alhamdulillah saya diberi kesempatan sekali lagi untuk berkongsi apa yang telah dikongsikan. Bukan buat saya seorang, malah buat anda semua. Mungkin sudah ada yang membaca mengenai artikel ini, tetapi tidak salah bukan jika dibaca sekali lagi untuk peringatan kita.
Sebuah artikel yang telah dikongsikan di laman Facebook yang bertajuk “Sebab Mata Lelaki Gemar Melihat Badan Wanita” untuk tatapan anda semua buat kali ini. Semoga dengan artikel ini dapat membantu umat Islam semua, terutama kepada kaum Hawa.
Malam pasangannya siang, jaga pasangannya tidur, rajin pasangannya malas dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubung kait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa? Semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan.
Dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yang warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing. Jangan keluar seorang diri, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar.
Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat. Seperti firman Allah, “Dan tundukkanlah pandangan mudan jagalah kemaluanmu.”
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri-curi melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga. Semoga dengan apa yang disampaikan ini dapat membantu kita semua terus berada di dalam kejahilan. InsyaAllah, wassalam.

Friday, July 29, 2011

~Harapan ramadhanku~


WAHAI TUHAN..INI HARAPANKU PADA RAMADHANMU..~

Ramadhan, masih adakah kesempatan waktu untuk kita bertemu?Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan tiba.

Dalam mengira detik-detik yang akan berlalu hingga menemui Ramadhan, hati terasa amat berdebar-debar juga merasa sayu. Apakah masih ada lagi waktu untuk diri kita mengecapi kemanisan Ramadhan yang mungkin hanya bakal tiba dalam seminggu dua?

Masih adakah hari-hari esok untuk kita bertemu dengan Ramadhan?

Setelah setahun kita menunggu, apakah masih ada Ramadhan untuk kita pada kali ini?

Ya, debaran ini mungkin lebih indah dari menghitung hari pernikahan. Ia adalah satu kekasih yang ditunggu-tunggu saban tahun. Yang datang hanya sementara. Yang datangnya meminta kita mengorbankan hal-hal keduniaan lalu menumpukan sepenuhnya diri kita kepada Pencipta.

Sungguh, inilah bulan kemuliaan. Moga Allah menyampaikan kita kepada bulan kerahmatanNya ini. Moga kita bertemu dengan Ramadhan kali ini. Dan moga kita telah persiapkan diri untuk menemui bulan yang kita nanti. Puasa kita, ibadah kita, tilawah kita, moga Allah memberi keberkahan atas setiap persediaan diri kita.

Doa daripada Rasulullah s.a.w diriwayatkan daripada Anas r.a:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan."(H.R Baihaqi)

Moga dalam keberkahan persediaan ini, Allah menyampaikan kita kepadanya.

~✿ Wahai Tuhan, sampaikanlah kami kepada bulan kerahmatan dariMu, Ramadhan Kareem. Hari demi hari dihitung, mogakan bertemu wahai bulan yang dirindu oleh semua kaum mukminin..✿~

Tuesday, July 26, 2011

Lelaki kacak untuk didampingi..


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat
dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa
Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila
seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak
akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang
mendiami antara dadanya dan kain kafan itu Bila
selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli
keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan
datanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cuba untuk
memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat
membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal
dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang
kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke
syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan
berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala
dengan suara yang kuat.""Janganlah engkau bimbang.
Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak
akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai,
orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu
hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu
adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat
Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa
berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita
adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan
sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah
ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan
mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun
untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi ! yang
akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali
amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah
menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung
dan janji Allah itu adalah benar.

Friday, July 22, 2011

~DOA UNTUK KEKASIH.. ~


Ya Allah.... Seandainya telah
engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah
kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu
abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha
mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup
ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau
takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh
dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari
ingatanku... Dan peliharalah aku dari
kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya
jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan
merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa
bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah
hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah
patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan
takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau
takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana
engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik
buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi
pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini
mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah
kemaksiatan dan kemungkaran... Maka
kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat
membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang
Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Tuesday, July 19, 2011

~SETIAP WANITA ITU CANTIK….~


Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya
“Mengapa ibu menangis?”
“Kerana ibu seorang wanita,” dia berkata kepada anaknya.
“saya tidak mengerti,” jawab anak kecil tersebut.
Sang ibu memeluk anaknya dan berkata “Dan kamu tidak akan pernah mengerti”
.
Kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya
“Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan?”
“Semua wanita menangis tanpa ada alasan,” hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya.
Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan masih merasa hairan mengapa wanita menangis.
.
Akhirnya dia mengadu pada Tuhan, dan dia bertanya,
“Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”
Tuhan berkata “Aku menciptakan wanita istimewa.
Aku menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia,
tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan.”
“Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan karenah dari anak-anaknya”
“Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan di saat semua orang sudah menyerah,
dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh saat sedang lelah maupun sakit.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun mereka menyakitinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”
“Aku memberinya kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isetrinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dicurahkan.
Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila pun diperlukan.”
“Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan luaranya, atau cara dia menyisir rambutnya.“
“Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, kerana mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam.

Saturday, July 16, 2011

~nisfu sya'aban~


Nisfu Sya'ban... Renung2kan dan selmat beramal;-)

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”