Tuesday, October 4, 2011

CUKUPKAH SYUKURKU..?~

Syukur masih diberi nafas untuk kehidupan ini Syukur lagi kerana diberi tubuh yang sihat hari ini untuk menjalani waktu ini dengan amal dan ibadat Syukur untuk rezeki yang dilimpahkan walaupun sedikit dan moga diberkati setiapnya Syukur kerana masih mampu melihat alam fana’ ini Syukur atas kemampuan mendengar dan memberi tindakbalas melalui bicara kata dan hati Syukur untuk hati ini yang masih mampu dididik dan dilenturkan jiwanya kearah kebaikan Syukur atas kehadiran manusia disekeliling ku yang membentuk diri ini secara langsung mahupun tidak langsung malah adakalanya mencerminkan siapa diri ini Syukur kerana akal ini masih diberi peluang mengerahkan fikrah dan buah bicaranya yang masih cetek ilmunya Syukur jua atas umur dan hayat yang telah ditentukan tempohnya sejak azali Terkadang leka menjalani kehidupan di sini sehingga lupa kehidupan di sana Lupa kedatangan kehidupan di sana yang pasti menanti Lupa menyedarkan diri kehidupan di sini hanyalah permainan dan senda gurau semata Lupa yang umur ini hakikatnya semakin sedikit sewaktu masa semakin menginjak hari Lupa akan harta, kuasa, keluarga mahu pun sahabat handai yang kau ada sekarang pasti ditinggalkan Lupa akan dosa-dosa dahulu malah yang bakal mendatang belum tentu lagi di’hapus’kan sepenuhnya Lupa tentang amal yang sewajibnya dilaksanakan dan diberi perhatian secara syumulnya Lupa yang masa dan waktu ini hakikatnya digunakan untuk jalan kebaikan dan kebajikan Lupa diri mu sebenarnya adalah sama di kalangan makhluk bergelar manusia Cuma dibezakan oleh iman dan taqwa yang dipunyai hati dan diri Dan yang pasti lupa akan setiap yang bernyawa pasti mati! Hati bermonolog sendirian “Di mana aku sekarang? Sedarkah diri? Cukup kah syukurku pada Yang Hak? Hati bertingkah lagi “ Mudahnya kau bertanya akan kecukupannya sedangkan nikmat yang kau dapat, yang kau rasa, yang kau terima masih mengalir hingga saat ini, masih berjalan seiring waktu, masih tak jemu menemani bersama hela nafasmu malah masih setia dalam kehidupan ini…???” “Wahai hati, belajarlah bersyukur acapkali atas nikmat yang diberiNya dan bersabar akan setiap ujian yang diturunkanNya, belajarlah sesuatu dari kehidupan ini moga dikuatkan iman dan hati menempuh yang fana’ untuk yang kekal abadi….” Syukur Ya Allah.Alhamdulillah..ALL PRAISES TO ALLAH S.W.T... ~mendidik HATI suka BERSYUKUR~

1 comment:

hamba Allah said...

Allahu Akbar!!!
Alhamdulillah... syukur...