ANTARA DUA CINTA YANG INGINKU MILIKI CINTA INSANI DAN CINTA ILLAHI.. PASTI YANG UTAMA CINTA ILLAHI.. KERNA CINTANYA YANG HAKIKI.. ANTARA DUA INSAN YANG INGINKU MILIKI KEKASIH HATI DAN SAHABAT SEJATI.. PASTI YANG UTAMA SAHABAT SEJATI.. KERNA SETIANYA SUKAR DI TEMUI..
Saturday, May 21, 2011
~jAnGaN tAkUt DaN jAnGaN bErSeDiH hATi~
Selawat dan salam diucapkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w..ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan mereka-mereka yang mengikuti mereka dari masa ke masa sehingga ke hari kiamat.
Semoga sahabat semua berada di dalam keadaan sihat walafiat, beriman, bertakwa dan bergembira di atas nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan Allah s.w.t kepada kita semua.
Nabi s.a.w. berkata kepada Sayyidina Abu Bakar r.a. ketika Nabi dan beliau bersembunyi di Gua Tsur :
La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”
Firman Allah s.w.t.
Maksudnya : " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka itu dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi.”
Apabila dilanda musibah atau kesedihan, Allah s.w.t. mengajar kita :
Firman Allah s.w.t maksudnya : “(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :’Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji’uun." (Surah Al Baqarah ayat 156)
“Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah Al Ra’ad ayat 28)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al Baqarah ayat 286)
Oleh itu hadapilah segala ujian dan dugaan dan bersabar dan bertenanglah menghadapinya. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar..~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment