Tuesday, February 26, 2013

Kedudukan Seorang Wanita..


Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu
Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain
Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani..


Di dalam Al-Quran, Huurun’iin merupakan gadis-gadis pelayan di syurga (bidadari) untuk Ahli Syurga lelaki manakala Wildaan adalah teruna-teruna pelayan di syurga (bidadara) untuk wanita. Sesungguhnya, semua Ahli-ahli syurga adalah pemuda dan pemudi syurga. Pernah satu ketika Rasullullah SAW bersabda pada seorang wanita tua “Tiada orang tua sepertimu di dalam syurga”, wanita tua itu begitu sedih hati apabila mendengar sabda baginda SAW, kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi “Usah bersedih, maksudku ialah di syurga nanti tiada orang tua sepertimu kerana orang tua sepertimu akan menjadi muda belaka”. Sesungguhnya ganjaran syurga Allah SWT menanti pada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa dan beramal dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sama-samalah kita sentiasa beramal dan berdoa untuk menjadi Ahli Syurga.
Waullahu a’alam..

Friday, February 15, 2013

Sunyi tanpa dirinya..

Assalamualaikum wtb..
Apa khabar iman sahabat2 smua? Tepuk dada, tanya iman kamu ye..
Harap smua sahabat2 sihat, insya'ALLAH..

Tepat jam 6.oopg, 15hb Feb 2013, ku sampai smula ke Terengganu.. Hanya jasad di Terengganu, hati dan jiwa berada dirumah.. ALLAH.. mengapa ntah kepulangan kali ini, byk mengundang air mata ini.. sebak hati ini tatkala melihat wajah mak.. seakan2 dpt merasakan kesedihan yg mak hadapi.. jauh dr sudut hati ku, aku tahu, mak sedih dgn kepulangan ku ke terengganu.. katanya, bila aku dah pulang ke terengganu, dia tiada teman nk borak2, teman utk berjalan2, teman nk mkn sama2.. smua itu kami lakukan bersama.. abah, ada.. tapi kesibukkan abah bekerja menyebabkan mak keseorangan.. hiba hati ini mendengar luahan mak..

Seusai sampai di u, aku dgn pantas menunaikan solat subuh, dan mula utk berkemas.. tepat jam 10.oo pg, aku sudah siap berkemas, mandi, dhuha.. aku duduk dan termenung.. teringat aktiviti yg biasa ku lakukan bersama mak dirumah.. sungguh ya ALLAH, aku rindu dia.. aku rindu mendengar suaranya membebel2 mengenai kucing2 kami dirumah, aku rindu melihat dia memasak, aku rindu suaranya menjerit2 menyuruhku memberi kucing2 makan.. segalanya2 aku rindu.. berderai jua air mata ini.. aku rasa sepi, sunyi, dan sendiri tanpa dia.. mak, bukan sahaja ibu, malah, sahabat, teman dan segala2nya buat aku.. dia kegembiraan dan juga kesedihanku.. sungguh aku rindu dia ya ALLAH..

Tepat jam 11.oo pg, aku makan makanan yg mak bekalkan padaku.. makanan kegemaran aku..  selalu aku akan makan bersama2 mak.. tp kali ini sendirian.. hanya air mata peneman ku.. ya ALLAH, ntah mengapa kali ini aku merasa sgt2 sedih meninggalkan mak sendirian dirumah.. air mata ini tdk berhenti2 mengalir.. selalunya aku tabah dan dpt menahan kesedihan, tetapi kali ini tidak.. aku tak kuat ya ALLAH.. aku tak kuat.. T______T


Bismillah..
Ya ALLAH, sepermergian aku ke Terengganu ini, ku pohon kepadaMU, ENGKAU jaga mak untuk ku.. Panjangkan umurnya.. Sihatkanlah tubuh badanya.. Lindungilah dia dari azab seksaanMU.. Lindungilah dia dari segala musibahMU.. ya ALLAH.. ENGKAU ampunkanlah segala dosa2 ibuku.. Peliharalah dirinya.. Hanya kepadaMU tempat ku meminta pertolongan dan hanya padaMU ku berharap.. amin ya rabbal alamin..

I LoVe mY mUm uNtiL I dIeD..

Saturday, February 9, 2013

Ucapan Dan Doa Untuk Pengantin Baru..

Assalamualaikum wtb sahabat2 sekalian..
moga kalian sentiasa sihat dan sentiasa di bwah lindunganNYA..
insya'ALLAH.. aminn3x..

Musim2 cuti nie, ramai sahabat2 amal yg bakal mendirikan rumah tangga.. hehe.. bina masjid la katakan.. benda yg baik, tdk elok dilambat2kan.. ^^,

Disini, amal ingin kongsikan, sedikit ucapan doa yg boleh kita ucapkan kpd sahabat2 kita yg bakal berkahwin.. sbg sahabat, sudah tentu kita ingin lihat sahabat2 kita sentiasa bahagia kan.. moga2, sahabat amal ini, menjadi suami/isteri yg soleh/solehah.. insya'ALLAH.. mari kita sama2 renungkan..

Dari al-Hasan: Bahawasanya ‘Aqil bin Abi Thalib menikah dengan seorang wanita dari kabilah Jusysyam. Kemudian datanglah para tamu.

Mereka mengucapkan, “BIRRAFA’ WAL BANIN (SEMOGA BAHAGIA DAN BANYAK ANAK).”

Dia menjawab: “Janganlah kalian melakukannya, sebab Rasullullah SAW melarangnya.”

Mereka bertanya: ” Lalu apa yang harus kami ucapkan wahai Abu Zaid”

Dia menjawab: “Ucapkanlah “BARAKALLAHU LAKUM WA BARAKA ‘ALAIKUM (SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN PADA KALIAN DAN SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN ATAS KALIAN).” Begitulah kami diperintahkan”

Jadi doa kita yang sebaiknya pada pengantin adalah seperti yang diajarkan nabi. Bukan kata-kata lain yang biasa kita ucap dan dengarkan seperti:

“Semoga berbahagia di kehidupan baru…”

“Semoga kekal ke anak cucu…”

“Semoga murah rezeki…” dan sebagainya. Bukan kerana ucapan-ucapan itu salah, tetapi lebih kepada substance menyeluruh yang ingin disampaikan dalam ucapan dan doa-doa kita itu.

“Semoga berbahagia di kehidupan baru”,mungkin saja akan ada suatu masa yang mereka tidak bahagia. Mana ada orang yang berbahagia sepanjang masa di kehidupan baru. –melainkan kehidupan barunya itu syurga!

“Semoga kekal ke anak cucu”, mungkin saja mereka kekal di pandangan mata tapi ‘jauuuuuh’ di pandangan hati dan nurani mereka. Anak cucu ramai tak terkira tapi hati mereka tak sebahagia pasangan muda…

“Semoga murah rezeki”, mungkin saja mereka kaya harta melimpah-limpah, tetapi dibebani ketakutan dan kebakhilan. Ditimpa masalah kesihatan atau masalah lain yang tak pernah mereka inginkan!
Dan begitulah seterusnya juga untuk ucapan-ucapan lain…

Pendek kata, ada SISI NEGATIF dalam setiap doa mereka yang mereka LUPA untuk MENDOAKAN!!!

Barakah KEPADA kamu..

Barakah KEATAS kamu..

DIKUMPULKAN kalian dalam kebaikan..

“Semoga barakah KEPADA kamu”, adalah doa buatKEGEMBIRAAN yang bakal mereka terima buat perkara-perkara yang mereka sukai dari perkahwinan itu, dan “Semoga barakah KEATAS kamu” pula adalah doa buat KESUSAHAN, KESEDIHAN, ONAK DURI dan CABARAN yang bakal mereka hadapi dari perkahwinan itu! Dan akhir sekali adalah doa semoga mereka dikumpulkan dalam kebaikan…
Subhanallah doa yang diajarkan nabi ini merangkum SEMUA aspek, duniawi dan ukhrawi, realiti dan fantasi! Perkahwinan dan pernikahan adalah bukan semata-mata janji-janji indah yang bakal diterima oleh pasangan melainkan sebuah keindahan dalam pahit manis sebuah pengabdian. Ingatlah wahai diri dan teman-teman, tanggungjawab untuk yang mahu menghuni syurga tidak seringan dan semudah yang kita sangka.Kita harusUSAHA, REDHA, SABAR dan SYUKUR dengan segala nikmatnya… insya'ALLAH.. aminn3x..


Moga panduan ini dapat memberikan sedikit sebanyak input utk sahabat2 amal..
Sentiasalah mendoakan yg terbaik utk sahabat2 kita.. Moga2 ALLAH turut kembalikan apa yg di doakan kita kpd sahabat kita akan kembali kpd kita semula.. insya'ALLAH..

- Barakallahu lakum kullu sohibi.. ^^,

Sunday, February 3, 2013

Cintaku Dan Cintanya..

Assalam sahabat2 amal smua..
Amal harap, smua sihat2 dan moga iman kalian semakin bertambah, insya'ALLAH..
 Disini, amal ingin kongsikan kisah cintaku dgn cintanya..

Percintaan jarak jauh, kadang kala menyakitkan..

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu..

Tahukah engkau yang sebenarnya jarak itu ada hikmahnya Supaya kita tidak banyak melakukan dosa, Tahukah engkau Allah menjarakkan kita supaya kita mencintaiNya lebih dari segalanya.

Dan tahukah engkau yang Allah menjarakkan kita supaya kita merinduiNya dahulu sebelum kita merindui sesama sendiri.

Sesungguhnya aku bersedih apabila dijarak tetapi aku bersyukur karena jaraklah aku meletakkan cintaku padaNya lebih daripada dirimu.

Dan aku redha dengan segalanya kerana ALLAH adalah perancang terbaik.

Dan tidak mustahil kita akan bertemu kembali karenaNya. Aku kembali bangun dari jatuh tersungkur karena Allah sayangkan aku.

Walaupun aku rasa Allah jauh tetapi sebenarnya Dia dekat dihatiku. Selalu mendengar rintihan dan doa-doa yang kupanjatkan. Sesungguhnya jika kita kembali bersatu atas jalan cinta yang diridhaiNya, Cuma satu pesanku, janganlah engkau menjadikan jarak ini sebagai satu penghalang untuk cinta yang diridhaiNya karena apabila Allah mengkehendaki sesuatu, maka jadilah ia. 

 

Walau jauh kita berpisah, walau jarak yang menjadi penghalang cinta kita, percayalah kalau sudah tertulis di Luh MahfuzNya yang engkau adalah untukku, sejauh mana kita berpisah sekalipun, kita akan disatukan kembali karenaNya....... Aamiin..