Tuesday, February 26, 2013

Kedudukan Seorang Wanita..


Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu
Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain
Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani..


Di dalam Al-Quran, Huurun’iin merupakan gadis-gadis pelayan di syurga (bidadari) untuk Ahli Syurga lelaki manakala Wildaan adalah teruna-teruna pelayan di syurga (bidadara) untuk wanita. Sesungguhnya, semua Ahli-ahli syurga adalah pemuda dan pemudi syurga. Pernah satu ketika Rasullullah SAW bersabda pada seorang wanita tua “Tiada orang tua sepertimu di dalam syurga”, wanita tua itu begitu sedih hati apabila mendengar sabda baginda SAW, kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi “Usah bersedih, maksudku ialah di syurga nanti tiada orang tua sepertimu kerana orang tua sepertimu akan menjadi muda belaka”. Sesungguhnya ganjaran syurga Allah SWT menanti pada hamba-hamba-Nya yang bertaqwa dan beramal dengan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sama-samalah kita sentiasa beramal dan berdoa untuk menjadi Ahli Syurga.
Waullahu a’alam..

No comments: