Saturday, April 27, 2013

KEINGINAN SETIAP WANITA

Assalamualaikum wtb sahabat2 semua..
apakah kabar nyer iman semua?
harap semakin bertambah.. insya'ALLAH..

Entri hari ini, tentng apa dia keinginan setiap wanita.. termasuklah sy.. apa yg seorg wanita ingin kan? mari baca artikel ini yuk!

Ketika seorang wanita telah siap lahir dan batin.
Maka keinginan terbesar baginya adalah segera menuju gerbang 'PERNIKAHAN'.

Ia begitu merindukan untuk segera menjadi ibu rumah tangga.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi seorang isteri.
Ia begitu merindukan untuk segera menjadi seorang ibu dari anak-anaknya.

Dalam setiap doanya.
Dalam setiap sujud kepada-Nya.
Ia benar-benar merindukan seorang lelaki yang punya komitmen jelas untuk menjadi suaminya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memujinya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk merayunya.
Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memacarinya.
Dan ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Ia hanya berharap seorang pemimpin.
Ia hanya berharap seorang pembimbing.
Ia hanya berharap seorang imam.

Yang akan menjadi penyempurna ibadahnya.
Yang akan membawanya mulia di hadapan-Nya.

Khusus Sahabat Hikmat yang masih dalam penantian.
Semoga Allah segera mempertemukan dengan pasangan yang baik.

Amin ya Rabbal 'Alamin...





*moga2 ALLAH permudahkan urusan jodohku pada masa akan datang.. insya'ALLAH, aminn3x.. 

waallahualam..

Friday, April 26, 2013

Ku tidak mengerti, apakah ertinya semua ini?

Assalamualaikum wtb sahabat2 semua..
smoga smua sihat, Alhamdulillah..
moga iman semakin bertambah, insya'ALLAH..

Sy menerima satu mesej dari seseorg.. byk juga sebelum ni msj2 berunsur nasihat yg dia berikan kpd sy.. sy rasa sgt dilindungi oleh dia.. juga dihargai, cewah.. hehe.. mesej ini adalah sebuah artikel yg bertajuk "sudikah awak menjadi isteri kedua saya".. pada mulanya, sy rasa biasa2 je.. mungkin dia nk share artikel dgn sy ke.. tp, bila lama2 sy tgok, sy je yg dye tagged artikel tu.. apa maksud dye sebenarnya? ada maksud x agak2? atau sekadar berkongsi? hmmm, ntah la.. mungkin dye sekadar ingin berkongsi, terlalu cepat utk menghukum atau membuat keputusan tntng perkara ni.. jom, sy share kan artikel itu.. sama2 bace yuk!

~AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA??~

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…


Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!


sekian saja artikel ini.. nnt sy kongsikan lagi artikel2 yg dia berikan kpd sy.. insya'ALLAH, moga ianya bermanfaat..


untuk "si dia" pemberi atau pengkongsi artikel, terima kasih awak!! kerana sentiasa mengingatkan diri ini ke jalanNYA..  

waallahualam..

Thursday, April 18, 2013

Usrah is my prority! thumb up!!!

Assalamualaikum wtb sahabat2..
moga kalian sentiasa sihat n sentisa recharge iman ye..
insya'ALLAH..

Entri hari nie... usrah.. atau keluarga.. atau family.. alhamdulillah, sehingga hari ni, byk yg dapat sy belajar di duniaNYA.. tentang kasih syg, tentng cinta dan mcm2 lagi.. segalanya dtg dr keluarga.. kadang2, terselit perasaan kesal, mgape aku yg dipilih hidup di duniaNYA ini.. naazubillah min zalik.. bukan niat utk tidak mensyukuri nikmatNYA.. tp hanya secalit perasaan terbit sedemikian.. hidup sy penuh dgn dosa.. dosa yg melimpah2.. meski sy belajar ilmu agama, still dosa yg dibuat.. ALLAH.. lemah sungguh diri ini.. iman hanya senipis kulit bawang..

Walaupun mcm tu, sy tetap ingin jd yg terbaik dlm keluarga.. antara adik beradik, sy seorg sahaja yg sek arab, alhamdulillah.. berkat doa mak.. jd, sy ingin sekali menjadi pencerah kpd keluarga sy.. bantu family sy agar tidak jauh drNYA.. Alhamdulillah, skrg nie pon mrk sentiasa mntk sy mnjadi rujukan.. hehe.. walau x pndai mana, sy tetap akan bantu mereka sbb mereka adalah keutamaan sy.. klu sy x sure tntg suatu perkara, sy search kt internet, x sure lagi, sy tnye sahabat2 sy yg ariff dlm bab2 nie.. hehe..

Baru2 nie, abang sy hadapi byk masalah.. ujian drNYA.. byk tekanan yg terpaksa di terima.. dia mntk sy kaunseling dia.. hehe, pada mulanya, sy rasa mcm kelakar je, adik kaunseling abg,, tp, lama2, sy rasa kan ianya perlu.. sy harus selamatkan abg sy.. sbb sy syg dia.. sy x nk dia susah, x nk dia gagal, sy nk berjaya dan tenang hadapi ujianNYA.. mak juga mtk tolong sy sentiasa bantu abg, kirimkan ayat2 AQ utk abg baca.. maklumlah, abg jauh dari kami.. abg di luar negara, kami di Malaysia.. sy dan mak risau kalau dia wat sesuatu luar kewarasan dia.. nauzzubillahi min zali'.. mtk2 tidak..

Sahabat baik sy adalah mak sy.. sape2 nk tahu cite tntg sy, tnye mak sy.. hehe.. mak, adalah sahabat paling terbaik yg ALLAH kurniakan pada sy.. selepas arwah ayah meninggal dunia, mak lah tmpat kami bergantung.. pengorbanan mak sgt besar.. x mampu utk sy balas sehingga sy menghembuskan nafas terakhir sy nnt.. huhu..

Apa yg sy nk cerita kt sini ialah, keluarga sy adalah keutamaan sy.. biasanya, sebelum sy bertindak apa2, keluarga yg sy utamakan.. di hati sy, ranking 1, ALLAH, second mak sy, third family.. mereka adalah org2 terpenting.. klu dulu, sy risau juga tntg jodoh sy, sibuk sgt nk cari, hahaha.. tp skrg, sy faham yg mana lebih aula.. mak kata, doalah, insya'ALLAH akan permudahkan.. aminn2.. sy ikot je ape mak sy kata.. sbb sy syg mak.. touching plak ase.. huhuhu



Sy, sentiasa doakan yg terbaik utk seluruh family sy.. mereka adalah segalanya2 bg sy.. tnpa mereka , x delah sy jadi mcm nie.. terima kasih mak, abg dan adik.. moga ALLAH sentiasa lindungi kita sekeluarga dr segala mushiba dan tetapkn hati kte utk tabah menghadapi ujianNYA.. moga ALLAH eratkan hubungan kte sekeluarga, insya'ALLAH..

""ur r the best gift from ALLAH.. L0vE u sO mUCh!!""

Monday, April 8, 2013

IKHTILAT..

Assalamualaikum wtb sahabat2 amal sekalian..
lama dah rasanye x menulis dan berkongsi ilmu di laman ini..
moga kalian sihat2 saja deh..
moga iman kalian juga semakin bertambah, insya'ALLAH..

Hari ini, sy nk kongsikan sedikit cerita yg sy peroleh dari satu page di fb.. bg saya, mmg menarik dan benar2 terjadi pada diri, cewah.. hahaha.. sedikit sebanyak ianya, dpt menyedarkan saya dan sahabat2 smua sblum jauh ke dasar salah.. huhu..insafi diri.. T__T

Jadi, jom, bace kisah nie.. ^^,

Wahai hati sang lelaki , apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu,

“Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”

Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.



#####################


"Salam ukhti,,,moga istiqamah di jalan dakwah,,ana doakan ukhti sentiasa thabat dalam jalan ini." Sender:Akh Umar 0141234567

Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum,,ada rasa bahagia yng menjalar di dalam dada,,,hati semakin berbunga,,
"ehh,,kenapa dengan aku ni??" Namun segera disangkal "ahh,,mungkin seronok kerana ada rakan seperjuangan yang mendoakan"

Dia terus mengunci pintu bilik,,merebahkan tubuhnya di atas katil sambil membawa secebis rasa bahagia membaca sms tadi yang sebahagian besar bukan kerana isinya,,tapi kerana nama pengirimnya,,


"Ana sedang berhalaqah,,doakan semoga mad'u-mad'u yang sedang ana dekati ini bertambah keimanannya terhadap Allah,,dan jangan lupa doakan ana juga,,;)" Sender:Akh Umar 0141234567

Lantal akal memprotes "haiisshh,,kenapa tiba-tiba dia cerita dekat aku??"namun entah mengapa,,terasa ada puputan bayu yang bertiup halus,, tanpa disangaka dirinya merasa bangga kerana dia menjadi wanita terpilih yang menerima sms tersebut,,

Keesokan harinya,,,dia menerima satu mesej lagi,,,

Salam ukhti,,ana doakan semoga ukhti dapa t menjawab imtihan dengan tenang,,yakinlah,,innallaaha ma'ana,,ma'at taufiq wannajah!!

Hatinya melonjak-lonjak gembira,,mesti aku boleh jawab betul-betul exam kali ni,,
tapi,

Sender:Ukhti Elya 0129876543

senyumannya semakin memudar,,,ahh ,,bukan dari dia,,frustnya,,T_T
namun,,

selang beberapa minit handphonenya berbunyi lagi,,


"Yakinlah Allah sentiasa memmbantu hambaNya yang memperjuangkan agamaNya,,,ana mendoakan ukhti berjaya dalam imtihan!!Sender:Akh Umar 0141234567

yess!!mesej dari dia!!Sinaran mentari pagi itu kelihatan seperti warna spektrum yang indah memancar. Senyumannya mengambang lagi. Hatinya bagai bunga-bunga yang mengambang di musim semi. Mekar dan indah.


_________________________________________________________________________________


cerita di atas adalah gerak hati para da'ie yang mungkin sangat dekat dengan kita,,,dan tidak mustahil juga gerak hati itu pernah hadir dalam hati kebanyakan daripada kita,,
mungkin juga ada yang tersenyum kecil sambil berkata ,,"ehhh,,macam cerita aku je ni"


Mari cermati bahagian akhir daripada cerita tadi. Kalimat SMS keduanya hampir sama, yang isinya mengucapkan dan mendoakan agar berjaya dalam peperiksaan. SMS yang sama tetapi menghasilkan perasaan yang amat jauh berbeza. Kerana baginya yang lebih utama itu siapa yang mengirimnya, bukan apa yang dikatanya.

Namun sebenarnya, apakah Allah itu membezakan doa antara lelaki dan perempuan? Mengapa menjadi bahagia saat dia yang berlawanan jantina yang mendoakan?

Perkara inilah yang perlu kita cermati dan lihat dari kaca mata yang benar. Terkadang kita tidak perasan dan membiarkan diri kita hanyut dalam alam luar sedar. Dengan berbekalkan alasan bahawa, "Itu hanya sebuah SMS,” atau “Alah, email je.”

Namun,,sedarlah bahawa
itulah perangkap syaitan. Ia menguji kita dengan menggunakan fitrah insani yang telah lama berada dalam jiwa. Fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).[Q.S. Ali ‘Imran, 3:14]

Apalah gunanya kita jadi bersemangat dan semakin kuat, lantaran sumber semangat dan kekuatan itu adalah sesuatu yang tidak jelas? Malah kemungkinan ia hanyalah jelas-jelas sebuah dosa. Kerana hati berbunga-bunga, menikmati sorotan nafsu di dalam jiwa. Jadilah zina hati yang membuahkan dosa.

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[Sahih Muslim, hadis ke 2282]

Wahai hati, apabila engkau menginginkan SMS-SMS seperti itu, maka tanyakanlah kepada hatimu. “Apa yang aku inginkan sebenarnya? Penghargaan daripada dia atau Dia?” Lalu beristighfarlah. Sungguh, kita semua mengetahui bahawa diri kita lemah. Maka kuatkanlah dengan zikrullah.


Wahai hati, apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu, “Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”
Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.


Yakinlah,,saat itu pasti datang jua,,biiznillah,,
Ada saatnya. Akan ada saatnya nanti telefon bimbit kita akan berdering dengan masuknya SMS-SMS romantis. SMS-SMS yang walaupun hurufnya hitam semua, tetapi tetap ber’aura’kan merah jambu. Untuk seseorang dan dari seseorang yang telah dihalalkan untuk berbagi hidup dan segala kata cinta yang ada di dalam kamus-kamus cinta. Cinta yang bermuara kepada pencipta-Nya. Cinta dalam Cinta.


Bersabarlah untuk saat indah itu.

“Salam. Abang nak mengisi dauroh ni. Kat depan ni ada lautan bidadari bertudung labuh. Tapi tak ada secantik bidadariku di istana Baiti Jannati. Tunggu abang balik ye.”



“Salam. Jaga hati ye. Nanti saya masak sedap-sedap untuk abang."

subhanallah,,so sweet!!



"" moga ALLAH menetapkan hati kita untuk terus berada di landasan syariat Islam, insya'ALLAH.."" 

Wallahualam..