Assalamualaikum wtb sahabat2 semua..
smoga smua sihat, Alhamdulillah..
moga iman semakin bertambah, insya'ALLAH..
Sy menerima satu mesej dari seseorg.. byk juga sebelum ni msj2 berunsur nasihat yg dia berikan kpd sy.. sy rasa sgt dilindungi oleh dia.. juga dihargai, cewah.. hehe.. mesej ini adalah sebuah artikel yg bertajuk "sudikah awak menjadi isteri kedua saya".. pada mulanya, sy rasa biasa2 je.. mungkin dia nk share artikel dgn sy ke.. tp, bila lama2 sy tgok, sy je yg dye tagged artikel tu.. apa maksud dye sebenarnya? ada maksud x agak2? atau sekadar berkongsi? hmmm, ntah la.. mungkin dye sekadar ingin berkongsi, terlalu cepat utk menghukum atau membuat keputusan tntng perkara ni.. jom, sy share kan artikel itu.. sama2 bace yuk!
~AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA??~
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak
sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati
saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara
tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada
sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan
pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan
penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak
nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar
saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah
semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia
sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.
Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung
labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya
apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit
kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia
rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.
Hujung
minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan
jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang
diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah
yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.
Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang
membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di
hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak
memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat
sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah
memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.
Sudah
terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah
terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni
seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni
melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah
meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan
penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang
keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni
tersebut.
Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu
kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya
sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni
semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak
dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia
terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali
lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada
dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.
Suatu
petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan
dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi
gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya
selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa
Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah
sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna
lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan
keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa
sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan
sahabat baiknya.
Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah
mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa
apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.
"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya,
Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja
dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama
Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang,
pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu
gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk
berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar
berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini
sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja
dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi
pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya
berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak
kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana
usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri
pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni
aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni
berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh
ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
***************
Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah
kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama
yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri
pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran
dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan
menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu
sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya
perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah
bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau
insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami
yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.
Dia
mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam.
Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam
sanubari isterimu…
Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!
sekian saja artikel ini.. nnt sy kongsikan lagi artikel2 yg dia berikan kpd sy.. insya'ALLAH, moga ianya bermanfaat..
untuk "si dia" pemberi atau pengkongsi artikel, terima kasih awak!! kerana sentiasa mengingatkan diri ini ke jalanNYA..
waallahualam..
No comments:
Post a Comment